Duit lebih untuk kawen..yippe

Wednesday, April 4, 2012

Dewan oh dewan

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah misi mencari dewan telah selesai.
Memang mencari dewan untuk kahwin amat memeningkan kepala.
Nasihat saya,kepada yang nak kahwin di dewan,
tempah setahun sebelum tarikh kahwin.
Saya pun sebenarnya terlewat namun bernasib baik je.
Oh ya,tarikh kahwin dilewatkan seminggu iaitu 11 Nov 2012(Ahad)
Kami bercadang 10 pagi nikah di Masjid Shah Alam ,bersanding jam 2 petang hari yang sama.
Sesiapa yang buat depan rumah no problem cari je katerer yang ada pakej khemah sekali.

Alkisahnya masa mula-mula pergi dewan itu nak jumpa person in charge En jasni,
dia tak ada,padahal kami pelik sebab dia dah deal dengan En Tunang tarikh dan waktu hari itu.
Tapi bila call tak angkat,msg tak reply,Nak tanya security guard pun kemana diaorang pergi.
Saya ketika itu baru je habis job makeup di Shah alam,
Maka agak keletihan,dan emosi mudah terganggu.
Ketika itu saya macam rasa malas dan tawar hati tak nak kawen kat dewan itu.
Sampai gaduh-gaduh dalam kereta dengan En Tunang macam mana dia deal dengan person in charge.
Sampai satu tahap En Tunang try cool down kan saya dia cakap ini baru dugaan sikit je,awak dah emosi macam ini,kita tak tahu apa masalah org itu,mungkin hp dia hilang atau kena curi.
Saya tiba-tiba terdiam dan kembali berfikir rasional,
Saya cakap dengan En Tunang,kalau pic itu tak kol balik kita dalam masa 3 hari,bermakna dewan itu bukan untuk kita kahwin.and we agreed about the deal.
So,balik itu,saya memang pening kepala sangat-sangat,ye lah kena cari back up plan kalau betul lah dewan itu dah penuh dan kami tak dapat call langsung pic ;(
Maka,kami beroperasi mencari dewan-dewan lain juga,tapi hampa semua takde kosong.
Memang rasa down sangat-sangat,rasa nak postponed kahwin tahun depan,
Tapi En Tunang marah saya balik,dia kata dia nak tahun ini,dia akan cuba juga tahun ini.
No matter what happen,
Kuat semangat juga En Tunang aku nih ;D

Pada hari ke3 dimana kami pasrah je apa yang akan berlaku,memang kena cari dewan lain lah nampaknya,
tetapi tiba-tiba my phone berbunyi katanya panggilan dari En Jasni,
Wah hati berbunga riang,En Jasni kata dia minta maaf sebab dia pergi memancing dan masuk hutan
So,memang tak de line,dan dia lupa sangat2 ada appoinment tarikh hari itu,
Saya dengar pun ok,maafkan lah sebab dia memang minta maaf sangat2,so tak jadilah nak marah-marah,
So go back to the deal,dia kata 3 Nov sudah ada orang sebab ada orang lain yang book sebelum ini tukar tarikh.Priority mestilah diberikan kepada customer yg sudah bayar deposit.Sedih T_T.
Tapi En Jasni bagitau ada satu tarikh memang kosong iaitu 11 Nov 2012.
Tanpa berfikir panjang,saya setuju je,nanti lain-lain baru fikir;p

Selagi tak bayar deposit,saya rasa tak selamat,
So,satu hari itu saya jumpa En jasni in person bayar deposit terus,Lega!
En Tunang tak dapat teman sebab dia outstation.
Oh ya,bila jumpa En Jasni depan-depan,ya dia peramah!
Sape-sape nak no telefon En Jasni untuk tempah dewan kahwin 2013,
boleh komen di bawah dengan tinggalkan email anda atau email saya
sarahataresources@gmail.com

Dewan yang dipilh Dewan Guthrie Sime Darby Bukit Jelutong
Oh ya,harga sewa dewan itu RM1300,deposit RM400.
RM1300 itu bayar sebulan sebelum majlis.
RM400 bayar semasa booking tarikh,ianya akan dipulangkan sebulan selepas majlis.
Ada aircond,pa sistem,surau lelaki,perempuan,ada bilik persalinan(aircond),tandas.
Dewan itu tak besar sangat,boleh muat dalam 34 meja bulat itu dalam dewan.
Kawasan rumah tepi dewan itu rumah besar-besar so tak delah crowded sangat.
Cuma masalah parking je la kot nanti.takpe itu nanti security yang uruskan.

****************************************************************************
 Disebabkan ramai inbox email saya tanya pasal dewan ini dan no contact person in charge,saya letak teruslah disini no fon nya :

012-9279313 -en jasni

-deposit RM400 (returnable after 1 month of your wedding)
-harga dewan sahaja (aircond+pa system) RM1300 full payment 1 month before your wedding day
-cleaning service tambah RM100
-Kalau nak karpet yg tutup cover court badminton tambah RM400-RM500 (Anggaran) 


untuk gambaran lebih lanjut boleh tengok youtube ini:
Hafetz Ranua Wedding,Toh Puan Maria son's wedding






Ok,sudah setel boleh proceed dengan katerer,photographer,mua,videographer,designer baju,door gift.


P/s :huhu,entry panjang juga pasal dewan ini ;p




"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
WWW.SARAHATA.COM

5 comments:

  1. bole beri saya no contact en jasli.. kerusi and meja termasuk skali ke? bole email saya red_hair83@yahoo.com.. terima kasih :)

    ReplyDelete
  2. hi..boley bagi saye contact details en jasni...RM1300 tu termasuk ape eks? pembersihan dewan mcm maner? email : shasha idayu@gmail.com

    ReplyDelete
  3. I needed to thank you for this good read!
    ! I definitely enjoyed every bit of it. I have got you saved as a
    favorite to check out new things you post…

    Here is my page :: Green coffee bean weight loss

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Cik Saharata.. boleh ke sy dapatkn map utk dewan nie..
    mybe Cik ada soft copy ke...sy perlukan sgt2 urgent.. boleh Cik emailkn di nuruladilah.az@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Nak tak majlis perkahwinan anda eksklusif seperti perkahwinan VIP / artis..
    persembahan band / artis pun ada (permintaan)...kami ada PAKEJ LENGKAP PERKAHWINAN + DEWAN
    untuk anda ...

    mari saya tunjukkan...

    APA YANG DISEDIAKAN UNTUK ANDA : ~

    v DEWAN BERHAWA DINGIN ( max kapasiti 2000 )
    v KATERING ( makanan memang sedap)
    v MAKAN BERADAP
    v DEKORASI PELAMIN BARU EKSKLUSIF.
    v DEKORASI DEWAN BARU DAN EKSKLUSIF.
    v BUSANA BARU PENGANTIN ( Tempahan Khas ) ~baju pengantin cantik dan handsome
    v BUSANA NIKAH ( Tempahan Khas )
    V Bilik tetamu vip
    V Bilik istirehat keluarga
    V Bilik pengantin
    v SOLEKAN PERSANDINGAN.~ solekan dari make up artis profesional
    v AKSESORI PENGANTIN ( Lelaki + Perempuan )
    v FOTOGRAFI. ( lengkap set album )
    v VIDEOGRAFI. ( lengkap set rakaman )
    v COMPLIMENTARY ( Dome untuk VIP )
    v P.A SISTEM DAN DJ.
    v JUGA KAD JEMPUTAN ( mengikut bilangan pax ).
    v SUDUT SANTAI ( istimewa )

    FOC UNTUK ANDA : ~

    v FOC SEWA BUNGA TANGAN ARTIFICAL.
    v FOC FLOWER STAND.
    v FOC FLOWER ARCH.
    v FOC RED CARPET.
    v FOC PHOTOBOOTH.
    v FOC KEK 3 TINGKAT
    V FOC KAMBING GOLEK
    v DAN BANYAK LAGI FOC!!!

    KEMUDAHAN UNTUK ANDA :~

    Parking Lot Free ( Basement)
    Surau
    Tandas
    Escalator
    Lift

    JOM datang tengok dewan di GARDEN RESIDENCE CYBERJAYA
    lepas tu kita boleh bincang pakej...

    'JOM RAIKAN HARI BAHAGIA ANDA BERSAMA KAMI'


    sebarang pertanyaan hubungi :-

    Pejabat - 03 8063 3020
    Phone/ whatsapp - 019 790 2090 | 019 312 7724

    Email - dewancyberjaya@gmail.com

    website - www.sriastana.com
    blog - dewanastanacyberjaya.blogspot.my
    FB - www.facebook.com/dewanastanacyberjaya



    booking sekarang tarikh majlis anda dan LOCK DATE/TARIKH anda

    ReplyDelete

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...