Duit lebih untuk kawen..yippe

Tuesday, March 26, 2013

Percutian ke Pulau Krabi Part II

Post lepas :  KRABI PART I


Hai!
Lupa nak beritahu,masa di Krabi adalah satu jam LEWAT dari waktu Malaysia.
Kalau jam tangan jam 8 pagi,waktu di Krabi baru jam 7 pagi,senyap sunyi lagi.
Memang boleh rasa bangun lambat..;p
Masuk part II krabi trip.
Masuk hari kedua maka bersedialah untuk rela kulit lebih gelap dari asal ;)
Untuk aktiviti panatai tinggalkan baju berjenama antarabangsa anda.
Memang pakai baju paling sempoi untuk keselesaan sepanjang hari.

Semalam kami sudah tempah siap-siap setibanya di Gafiyah guest house untuk aktiviti Phi-Phi island.
Bayaran sepatutnya 1,800 baht seorang,tapi kami jadi pelanggan guest housenya,dia bagi harga 1,200baht seorang.Ada juga yang dapat 900 baht sahaja,tapi jika memang you all stay di Aonang.Maka bolehlah dapat harga itu. Kami duduk di Krabi town,jarak perjalanan mengambil kami ke Aonang dalam 30 minit juga.



 Aktiviti sebelum tidur semalam ;)


Muka bersemangat dalam shuttle otw ke Aonang.

 ok,dah sampai Aonang,kami perlu menunggu lagi beberapa pelancong dari hotel yang berbeza.

 Sebelum bertolak,bergambar dulu ;)


Baru perasan caption di selipar yang i pakai "Confused by too many choices"
Erk?
Pakai selipar cun mana pun,sebelum menaiki bot,kesemua pelancong perlu kumpulkan selipar dan diletakkan di dalam plastik hitam.

Sepanjang melawati pantai memang kami berkaki ayam.tak perlu bawa tuala,tak perlu bawa baju untuk tukar.memang dari pergi sampai balik baju itu sahaja.Jangan risau pasal basah.memang akan kering atas bot dengan sendirinya.


Are you ready guys?
Masuk je speedboat ezcited terus duduk dek depan yang open air itu.
Tak fikir sudah tentang kecantikan kulit,;)

Sebelum bot memulakan perjalanan.memang laju ya dia bawak.
Sesiapa yang agak-agak mabuk laut itu memang perlu tampal koyok di perut sebelum naik bot.
ini petua orang lama.

Ini boyfriend sape i tak tahu.yang penting kat sana semua declare single.haha ;D




Sepanjang mengambil pakej Phi Phi Island,kami dibawa melawati pulau-pulau kecil.ada yang diturunkan kami,ada yang dibawa sekadar menikamti pemandangan sahaja.Kira-kira ada 7 pulau kecil yang kami lawati.
Seperti Maya Beach,tempat Leonardo Dicarpio berlakon cerita the "Beach"

Ada juga di bawa ke Mosquito Island,disini mereka lepaskan kita bersnorkeling di tengah-tengah laut.



Kemudian kami juga dibawa ke Phi Phi lay,disitu terdapatnya Viking Cave,mengikut katanya dahulu disini tempatnya pelayar suka singgah dan kini tempat itu menjadi tumpuan burung layang-layang laut,Katanya ada banyak sarang burung disini.Mungkin untuk menjaga hasil dan habitat binatang tersebut maka kami tidak dibenarkan untuk memasukinya.



Setelah itu kami ke Losamah Bay dan Pileh Bay.Suasana disana membuatkan kita tergamam dengan keindahan alam semulajadi ciptaan yang Maha Esa.Subhanallah..

You can see the sky without any clouds right?memang panas terik mencengkan mata dan kulit.
Memang perlu bawa sunglasses berUV to protect your eyes.


See,ikan -ikan Krabi sangat jinak,they are very welcoming.Tak takut pun dengan i ;)

I pakai SPF 110 to protect my skin.memang agak likat sebab spf tinggi,namun untuk kulit agar kekal jelita,i letak jugalah di tangan.Untung kami yang bertudung sebab perlu pakai lengan panjang dan seluar panjang.
Jadi,kadar burning di kawasan tangan,kaki dan muka sahaja.

But,it was so funny when you come back to hotel,you can see the different between your neck and face.
Berbelang.haha ;D



Inilah Viking Cave.

Yang ini mungkin salah satu pulau yang i sebut tadi.kami dilepaskan untuk bersnorkeling.
Yahuu!!Tengah-tengah laut beb ;)

Ketika ini kami di Phi Phi Island,untuk makan tengahari.
Makan sampai kenyang.ada pelbagai pilihan menu,Perut melayu tetap cari nasi juga walaupun ada juga terhidang spagethi carbonara dan lain-lain.Oh,don't worry makanan halal ;)

Ketika ini sudah jam 5petang.Sudah mahu pulang ke Krabi town.Ketika ini kami dihantar menaiki tut tut.
Best juga menghirup angin petang dengan baju kebasahan kering macam itu je.

Ketika sampai di Aonang travel agency centre,


Ada beberapa gambar yang cun semua di kamera kawan Sara.Nanti kalau rajin Sara upload ya.
Semua gambar diatas pakai kamera handphone Samsung je.

Esok kalau i rajin i akan cerita pengalaman massage di spa thai ya.;)

Selamat malam.






"Great things may come from small beginnings." "Alhamdulillah,Good things come to those who wait" WWW.SARAHATA.COM

10 comments:

  1. Jeles sbb dh smpai krabi..plan nk pi tp asyik xjd jer nih aishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..next time mesti pergi tau!!pulau dan laut sangat cantik!!

      Delete
  2. tq sharing tips ke krabi.. last minit google info sblm pegi 25/4 nie...

    *tips kesihatan boleh jenguk blog saya www.vitamin4kesihatan.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheq eem..wah..rasa bangga sebab blog saya jadi rujukan juga;) tq ye.

      Delete
  3. assalamualaikum sara, best gila. walaupun tak reti berenang, terasa skrg gak nak g snorkelling! hehehhe. nice view sara :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. shiela..insyaallah it should be ok..pastikan jaket itu pakai betul2 sebab memang laut dalam ye;)

      Delete
  4. nak tanya , saya ni memang tak reti nak brenang ni, kalo pakai life jacket tu mmg cnfirm tak tenggelam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Green Apple :hehe..jangan risau.saya pun tak tahu berenang.tapi..pastikan life jacket itu elok dan ada tali di bawah 'celah kangkang' kita..

      sebab kalau tiada tali kawasan itu,bole sebabkan life jacket terapung dan boleh tenggelam ;)

      Delete

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...