Duit lebih untuk kawen..yippe

Showing posts with label sewa dewan. Show all posts
Showing posts with label sewa dewan. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Dewan oh dewan

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah misi mencari dewan telah selesai.
Memang mencari dewan untuk kahwin amat memeningkan kepala.
Nasihat saya,kepada yang nak kahwin di dewan,
tempah setahun sebelum tarikh kahwin.
Saya pun sebenarnya terlewat namun bernasib baik je.
Oh ya,tarikh kahwin dilewatkan seminggu iaitu 11 Nov 2012(Ahad)
Kami bercadang 10 pagi nikah di Masjid Shah Alam ,bersanding jam 2 petang hari yang sama.
Sesiapa yang buat depan rumah no problem cari je katerer yang ada pakej khemah sekali.

Alkisahnya masa mula-mula pergi dewan itu nak jumpa person in charge En jasni,
dia tak ada,padahal kami pelik sebab dia dah deal dengan En Tunang tarikh dan waktu hari itu.
Tapi bila call tak angkat,msg tak reply,Nak tanya security guard pun kemana diaorang pergi.
Saya ketika itu baru je habis job makeup di Shah alam,
Maka agak keletihan,dan emosi mudah terganggu.
Ketika itu saya macam rasa malas dan tawar hati tak nak kawen kat dewan itu.
Sampai gaduh-gaduh dalam kereta dengan En Tunang macam mana dia deal dengan person in charge.
Sampai satu tahap En Tunang try cool down kan saya dia cakap ini baru dugaan sikit je,awak dah emosi macam ini,kita tak tahu apa masalah org itu,mungkin hp dia hilang atau kena curi.
Saya tiba-tiba terdiam dan kembali berfikir rasional,
Saya cakap dengan En Tunang,kalau pic itu tak kol balik kita dalam masa 3 hari,bermakna dewan itu bukan untuk kita kahwin.and we agreed about the deal.
So,balik itu,saya memang pening kepala sangat-sangat,ye lah kena cari back up plan kalau betul lah dewan itu dah penuh dan kami tak dapat call langsung pic ;(
Maka,kami beroperasi mencari dewan-dewan lain juga,tapi hampa semua takde kosong.
Memang rasa down sangat-sangat,rasa nak postponed kahwin tahun depan,
Tapi En Tunang marah saya balik,dia kata dia nak tahun ini,dia akan cuba juga tahun ini.
No matter what happen,
Kuat semangat juga En Tunang aku nih ;D

Pada hari ke3 dimana kami pasrah je apa yang akan berlaku,memang kena cari dewan lain lah nampaknya,
tetapi tiba-tiba my phone berbunyi katanya panggilan dari En Jasni,
Wah hati berbunga riang,En Jasni kata dia minta maaf sebab dia pergi memancing dan masuk hutan
So,memang tak de line,dan dia lupa sangat2 ada appoinment tarikh hari itu,
Saya dengar pun ok,maafkan lah sebab dia memang minta maaf sangat2,so tak jadilah nak marah-marah,
So go back to the deal,dia kata 3 Nov sudah ada orang sebab ada orang lain yang book sebelum ini tukar tarikh.Priority mestilah diberikan kepada customer yg sudah bayar deposit.Sedih T_T.
Tapi En Jasni bagitau ada satu tarikh memang kosong iaitu 11 Nov 2012.
Tanpa berfikir panjang,saya setuju je,nanti lain-lain baru fikir;p

Selagi tak bayar deposit,saya rasa tak selamat,
So,satu hari itu saya jumpa En jasni in person bayar deposit terus,Lega!
En Tunang tak dapat teman sebab dia outstation.
Oh ya,bila jumpa En Jasni depan-depan,ya dia peramah!
Sape-sape nak no telefon En Jasni untuk tempah dewan kahwin 2013,
boleh komen di bawah dengan tinggalkan email anda atau email saya
sarahataresources@gmail.com

Dewan yang dipilh Dewan Guthrie Sime Darby Bukit Jelutong
Oh ya,harga sewa dewan itu RM1300,deposit RM400.
RM1300 itu bayar sebulan sebelum majlis.
RM400 bayar semasa booking tarikh,ianya akan dipulangkan sebulan selepas majlis.
Ada aircond,pa sistem,surau lelaki,perempuan,ada bilik persalinan(aircond),tandas.
Dewan itu tak besar sangat,boleh muat dalam 34 meja bulat itu dalam dewan.
Kawasan rumah tepi dewan itu rumah besar-besar so tak delah crowded sangat.
Cuma masalah parking je la kot nanti.takpe itu nanti security yang uruskan.

****************************************************************************
 Disebabkan ramai inbox email saya tanya pasal dewan ini dan no contact person in charge,saya letak teruslah disini no fon nya :

012-9279313 -en jasni

-deposit RM400 (returnable after 1 month of your wedding)
-harga dewan sahaja (aircond+pa system) RM1300 full payment 1 month before your wedding day
-cleaning service tambah RM100
-Kalau nak karpet yg tutup cover court badminton tambah RM400-RM500 (Anggaran) 


untuk gambaran lebih lanjut boleh tengok youtube ini:
Hafetz Ranua Wedding,Toh Puan Maria son's wedding






Ok,sudah setel boleh proceed dengan katerer,photographer,mua,videographer,designer baju,door gift.


P/s :huhu,entry panjang juga pasal dewan ini ;p




"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
WWW.SARAHATA.COM

Thursday, March 15, 2012

Misi Mencari dewan

Assalamualaikum.
Hye you all buat apa harini?
Saya baru pulang dari Putrajaya ada sikit urusan.

Memang pening jugakla bila masuk kerja kahwin untuk diri sendiri.
Dulu masa kawan bertunang,kita yang tolong ingatkan dia dah beli goodies ke,paperbag ke,
Kalau yang nak buat di dewan,sudah tempah ke.
Nah!,inilah saya nak cerita sikit pasal dewan.
Masyaallah,boleh pecah kepala nak mencarinya.

Sebelum nak cerita jauh ciri-ciri dewan yang saya nak,tapi harga takdelah mahal sangat yang sudah atau kalau boleh sudah masuk kerusi meja,alas meja,sarung kerusi :

1.Dewan itu perlulah ada aircond
2.Dewan itu boleh memuatkan sekurang-kurangnya 500 orang.
3.Dewan itu ada lampu yang cantik
4.Dewan itu ada karpet
5.Dewan itu ada toilet yang bersih
6.Dewan itu ada bilik persalinan pengantin
7.Dewan itu ada pa sistem & rostrum
8.Dewan itu ada kain besar
9.Dewan itu ada LCD Screen
10.Dewan itu ada surau/dekat surau/masjid
11.Dewan itu FREE PARKING
12.Dewan itu tidak blok jalan utama
13.Dewan available 3 Nov 2012.

Haha,demand tak ciri-ciri dewan yang saya nak,seolah-olah nak grand tapi tiba-tiba nak FREE parking.
Actually saya da jumpa  exactly apa yang seperti yang saya nak diatas iaitu Dewan Gemilang Kelana Jaya.
TETAPI,ya ada tetapi kami lewat membuat tempahan dewan...Uwarghhhh!;(
Maka tak jadilah buat disitu.

Jadi,kami usha juga dewan yang seakan-akan ciri-ciri diatas:

1.Wisma Sejarah-Sudah Full,Sorry;(
2.Muzium Shah Alam -Proses renovation,Sorry ;(
3.Kelab Golf Pandan Jaya -Sudah Full,Sorry again;(
4.Taman Tasik DBKL ,I takut hujan habis semua hidangan,decoration n etc ;(
5.Felda Villa -Full
6.Dewan Merak Kayangan -Full
7.Centrum Setiawangsa-Hurm..Screen projektor tengah2 hall.
8.Dewan Banquet MBSA -haha,dewan ini top mestilah dah di cop ;p


So,satu hari itu berjalan-jalan ke blog B2B dan Exb2b,Banyak info dapat daripada mereka.
I tak ingat i usha blog sape tapi dia pernah atau akan buat wedding di situ.
Million thanks to you sebab sudi beri contact no En Jasni tu ya.

Alhamdulillah,after that my fiancee called  person in charge and he happily told that 3 Nov 2012 SAHAJA masih kosong.
Owh!!I rasa masa tu macam bulan jatuh ke riba.
As I told before,kalau kita berusaha betul-betul,God will help u.
The most important is USAHA!
Sabtu ini jumpa terus En Jasni bayar deposit dan nak tengok keadaan dewan.
Cuma i tak dapatlah dewan yang dibayangkan,kurangnya tak adalah carpet,cuma tapak court badminton,tak adalah lampu chandelier,ada lampu kalimantang,tak adalah kain langsir berat di tingkap,ada tingkap yang tak berlangsir.Hahaha.

Takpelah mungkin Dia suruh kita jangan tamak.;p
Kita tak boleh dapat apa semua yang kita ingin kan,Dia akan berinya dengan cara yang lain.
Mungkin after marriage dapat rumah cantik ke?
Babymoon after honeymoon ke?(mood gatal,hehe)
Betul tak en Fiancee??;p

Apa nama dewan itu?dimana?
Akan diberitahu selepas bayar deposit;)

TEASER:
Tempatnya disini,Sila teka .hehe


Special thanks to apaipictures.com dan pasangan Rizal dan Aida.;)






"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
WWW.SARAHATA.COM

Tuesday, October 4, 2011

Senarai dewan dan hotel untuk kahwin

Dewan


1. Dewan Dr. Siti Hasmah - RM 5K sewa dia but includes kerusi, meja, sarung kerusi, alas meja, meja makan beradap. Aircond semua charge termasuk lah but dewan ni tak allow buffet style eating. Phone : 03 - 21421332
2. Dewan Wisma Sejarah -Sewa RM 1750 utk 1 hari. Includes PA System, 300 kerusi & 30 meja. Phone : 03 - 2681 5388
3. Dewan Masjid As Shafie Maluri - Sewa RM 2200. Phone : 03-9281 2472
4. Dewan Tabung Haji - RM 1500
5. Dewan Gemala Risda - RM 6K. Max 600 pax sitting at a time.
6. Senarai Dewan-dewan under DBKL - go to THIS.
7. Dewan Sri Siantan, Selayang - tak sure sewa dia but not more than RM 1.5K.
8. Dewan Beringin Tmn Sri Gombak - pon tak sure but fully aircond.
9. International Youth Centre Cheras - RM 1.2K sewa dia. Phone 03-9171 9204.

10.Dewan Kastam,Kelana Jaya - Tak sure
11.Dewan Puspanita KL - Jalan Hose -RM5K (4hours) RM6K (8hours) 03-2142 1332 / 2148 2625 / 2145 9424
12.Dewan Komuniti Presint 8, Putrajaya 03-8889 3600.
13.Dewan Komuniti Presint 16, Putrajaya 03-8887 7000 or 03-8887 7669.
14.Pusat Komuniti Taman Tun Dr. Ismail, Jalan Athinahapan Kuala Lumpur - 03 – 7728 7591 (En. Abdul Latip).
15.Dewan Masjid Putrajaya - 03-8888 5678,
16.Dewan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta 03-62018780
17.Dewan Seri Endon, Putrajaya -rm5k-rm10k  +603 - 8884 0300.
18.Dewan Serbaguna Kg. Dato' Keramat - 03-4256 4853.
19.Dewan Serbaguna Jalan Tun Razak - 03-4022 3934.

20.Dewan besar UTM,Jalan Semarak -
21.Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid (JKR,KL) - RM4000/RM1800(untuk staff jkr)
22.Dewan Gemilang Kelana Jaya - RM16K-RM30K (All including dais,f&b,kerusi,meja,aircond)
23.Dewan Sri Siantan,Putrajaya -RM6K
24.Dewan Sri Melati,Putrajaya -RM4K
24.Villa Perdana - RM5K (bertunang/nikah),RM12K-RM25K (Resepsi)
25.Villa Ukhwah - RM3500
26.Dewan Seroja,P15 Putrajaya - RM3500
27.Dewan Perdana,Pusat Latihan Perindustrian Bangi- RM1700++ -03-89261996

Garden Wedding 

Taman Tasik Titiwangsa - 03-4023 8294
Taman Tasik Permaisuri, Cheras - 03-9173 1571
Taman Warisan Putrajaya - 03-8887 7000



Exclusive Banquet Halls

Sime Darby Convention Centre, 1A Jalan Bukit Kiara 1, 19,000 sq ft column free grand ballroom that can seat up to 2,600 guests. For details, call 03-2089 3688 or call Izreen Abdullah (016-688 0014)

Berjaya Times Square Suites & Convention Centre, 1 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur. Tel: 60 3-2142 3500.

Carcosa Seri Negara - Taman Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 603 2282 1888.
KLCC Convention Centre - Joyce 012-284 6407.

Restaurants

Seri Melayu Restaurant - Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Tel. 603 - 2145 1833
Saloma Cafe, Jalan Ampang. Tel. 603 - 2161 0122

Hotels in Kuala Lumpur

Concorde Hotel, Kuala Lumpur - 2 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 603 2144 2200.
Concorde Hotel, Shah Alam - 3 Jalan Tengku Puan Zabedah C9/C, Seksyen 9, 40100 Shah Alam. Tel: 603 5512 2200.
Corus Hotel, Kuala Lumpur - Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Pakej dari RM540++ per table. Tel. 603-2161 8888.
Dynasty Hotel Kuala Lumpur - 218 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur. Tel. 60 3 4043 7777.
Eastin Hotel - 13 Jalan 16/11, Pusat Dagang Seksyen 16, 46350 Petaling Jaya, Tel. 60 3 7665 1111.
Hotel Grand Continental - Jalan Belia / Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel. 60 3 2693 9333.
Grand Seasons Hotel - 72 Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur. Tel. 60 3 2697 8888.
Holiday Villa Subang - 9 Jalan SS12/1, 47500 Subang Jaya. Tel. 60 3 5633 8788 .
Hotel Equatorial Bangi - Off Persiaran Bandar, 43650 Bandar Baru Bangi. Tel. 60 3 8925 1111
Hotel Istana Kuala Lumpur - 73 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. Tel. 60 3 2141 9988.
Hotel Nikko Kuala Lumpur - 165 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Tel. 60 3 2161 1111.
Impiana KLCC Hotel & Spa - 13 Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur. Tel. 603-2147 1111 or Call Marzianie at 017-3375690
JW Marriott Kuala Lumpur - 183 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Tel. 60 3 2715 9000.
Kuala Lumpur Hilton - 3 Jalan Stesen Sentral, 50470 Kuala Lumpur. Tel. 60 3 2264 2264.
The Legend Hotel - Putra Place, 100 Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur. Tel. 60 3 4042 9888.
Le Meridien, Kuala Lumpur - Tel. 603-2273 7888
Mandarin Oriental Kuala Lumpur - Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur. Tel. 60 3 2380 8888.
Marriott Putrajaya - IOI Resort, 62502 Putrajaya. Tel. 60 3 8949 8888.
Palace Of The Golden Horses - Jalan Kuda Emas, Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan. Tel. 60 3 8943 2333.
Pan Pacific Kuala Lumpur - Jalan Putra, 50746 Kuala Lumpur. Tel. 60 3 4042 5555.
Pan Pacific KLIA - Tel. 603-8787 3333.
Renaissance Kuala Lumpur Hotel - Corner Of Jalan Sultan Ismail & Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Tel. 60 3 2162 2233.
The Royale Bintang - 17-21 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Tel. 60 3 2143 9898.
Shangri-La Hotel Kuala Lumpur - 11 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel. 60 3 2032 2388.
Sheraton Imperial Kuala Lumpur - Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel. 60 3 2717 9900.
The Summit Hotel - Persiaran Kewajipan, USJ 1, UEP Subang Jaya, Tel. 60 3 8023 3000.
The Westin Kuala Lumpur - 199 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Tel. 60 3 2731 8333.




Banyak kan pilihan?
Tetapi dinasihatkan kalau nak kahwin guna dewan,
Perlu rancang setahun sebelum tarikh kahwin.
Sebab memang ramai sekarang kahwin di dewan.
Mungkin tak nak semakkan rumah,nak elak kes kecurian,dan parking kereta menggangu kawasan jiran,
Happy married !

;)

"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...