Salam.
Hai semua.
Kali ini nak bercerita percutian ke Kota Kinabalu part 2 pula.
Selepas ke Kudat,kami berpatah balik ke Kundasang Sabah.
Jadi kami sampai disana sudah malam dalam jam 830 malam.
Kami bermalam di Kiram's Village,Mesilau Kundasang Sabah.
website nya : Kiram's village.com
Kami bermalam di bilik Chili & Onion.
Harga satu malam RM80.Tiada kipas,tiada aircond.
tapi jangan risau,mesti you all akan terasa nak unggun api je.sejuk sangat.atas gunung kan;)
Tapi memang nak pergi sini lagi.
terasa nyaman,bangun pagi-pagi boleh nampak gunung kinabalu.
Simple as me,for holiday ;)
suasana ketika jam 6 pagi.
Tadaa..di Kiram's Village
Bergambar la puas-puas.
Ini sesi bergambar kena angin gunung kundasang pula;)
4 hartawan,eh silap 4 jelitawan.;)
(kalau hartawan pun apa salahnya in future kan?;)
Kemudian selepas sarapan pagi,kami ke ladang lembu ini.
nak masuk seorang tiket RM3.
Sila sedia dengan tisu berbau harum ya.
Kerana baunya sungguh menusuk hidung.
Bergambar memang terror buat muka-muka happy.
Senyum je,dalam hati tengah tahan nafas 2 minit.
huhu
Seronok korang ya melayan anak-anak kambing putih kelaparan ini.
Sara pun turut excited memberi kambing ini makan.hehe
Yes,i'm feeding a calf just now.
takut tapi nak kontrol cun juga.
perempuan macam itulah.;)
Kami di New Zealand in Malaysia.
;)
Sambil makan aiskrim susu lembu
bergambar sebegini,wajib!
Kemudian,kami ke kundasang
untuk melihat gunung kinabalu.
Namun hampa..
Kabus yang sangat tebal tak nampak apa-apa.
dan sangat sejuk cakap pun keluar asap putih..
kaki tangan semua kebas,tak sampai 10 minit kami gerak pergi tempat lain.
tiba-tiba nampak semua cerah berseri dalam gambar ini.
Mungkin keadaan cuaca yang sangat sejuk.
Tak nampak apa.ini pun di kaki gunung.
Next trip kami ke rumah terbalik.
nak masuk ni pun tiket rm10 dikenakan seorang.
Sara rasa mahal sebab rumah terbalik sebiji itu saja.
tak dibenarkan ambil gambar isi dalam rumah tersebut.
Kalau masuk dalam rumah terbalik itu korang akan rasa pening sikit,yelah terbalik dari keadaan asal.
kalau nak tau macam mana,pergi sendiri ya;)
Next trip ke pasar filipina/pasar jamilah
(will confirm it later,lupa nama tempat)
Tau tau kenapa namanya sebegitu.
tapi tempat ini jual banyak barang cenderahati,keychain,baju t-shirt dan lain-lain
Kopi tenom ada di Sabah saja.
Sedapla kopi tenom ini,rasanya lain sikit dari kopi lain.
Ada je paparazzi snap gambar ini kan.
Next destination,
kami makan di kedai seafood.
memang sudah lapar sangat tak sempat nak bergambar.
cuma sebelum makanan sampai,
Sara teruja pula tengok belut hidup ini.geli jugak tengok.
selepas makan semua,
kami pulang.
sudah penat.
esok pula nak snorkeling di dua pulau.
pulau manukan dan pulau mamutik.
tak sempat pergi pulau sapi .
tunggu next entry part3 ya;)
salam sara...best tengok percutian sara ke sabah ni. sara ambik pakej ke? berapa kos dan berapa bajet utk semua tempat ni?
ReplyDeletewassalam kak cik,sara x ambil pakej travel agency..semua free and easy ranang sendiri dengan kawan2..lebih relaks and enjoy the moment;)
Deletesalam sara,seronok betul percutian kamu ke sabah,kaknik nak tanya...sara kiut pekej ke pergi sendiri,harap maalum
ReplyDeletesalam sara...saya begitu teruja bila tengok blog ni,seronok sangat.tq,kaknik akan ke kk pada cuti dec nanti,cuma kaknik nak tanya...sara ambik pekej ke...pergi sendiri ngan kawan2,harap maalum.
ReplyDeletewassalam kak nik..maaf lambat reply..Sara pergi sendiri..free n easy rancang dengan kawan2 tak ambil pakej pun ..selamat bercuti ya;)
Delete