Duit lebih untuk kawen..yippe

Showing posts with label Dewan Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Dewan Kahwin. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

Dewan oh dewan

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah misi mencari dewan telah selesai.
Memang mencari dewan untuk kahwin amat memeningkan kepala.
Nasihat saya,kepada yang nak kahwin di dewan,
tempah setahun sebelum tarikh kahwin.
Saya pun sebenarnya terlewat namun bernasib baik je.
Oh ya,tarikh kahwin dilewatkan seminggu iaitu 11 Nov 2012(Ahad)
Kami bercadang 10 pagi nikah di Masjid Shah Alam ,bersanding jam 2 petang hari yang sama.
Sesiapa yang buat depan rumah no problem cari je katerer yang ada pakej khemah sekali.

Alkisahnya masa mula-mula pergi dewan itu nak jumpa person in charge En jasni,
dia tak ada,padahal kami pelik sebab dia dah deal dengan En Tunang tarikh dan waktu hari itu.
Tapi bila call tak angkat,msg tak reply,Nak tanya security guard pun kemana diaorang pergi.
Saya ketika itu baru je habis job makeup di Shah alam,
Maka agak keletihan,dan emosi mudah terganggu.
Ketika itu saya macam rasa malas dan tawar hati tak nak kawen kat dewan itu.
Sampai gaduh-gaduh dalam kereta dengan En Tunang macam mana dia deal dengan person in charge.
Sampai satu tahap En Tunang try cool down kan saya dia cakap ini baru dugaan sikit je,awak dah emosi macam ini,kita tak tahu apa masalah org itu,mungkin hp dia hilang atau kena curi.
Saya tiba-tiba terdiam dan kembali berfikir rasional,
Saya cakap dengan En Tunang,kalau pic itu tak kol balik kita dalam masa 3 hari,bermakna dewan itu bukan untuk kita kahwin.and we agreed about the deal.
So,balik itu,saya memang pening kepala sangat-sangat,ye lah kena cari back up plan kalau betul lah dewan itu dah penuh dan kami tak dapat call langsung pic ;(
Maka,kami beroperasi mencari dewan-dewan lain juga,tapi hampa semua takde kosong.
Memang rasa down sangat-sangat,rasa nak postponed kahwin tahun depan,
Tapi En Tunang marah saya balik,dia kata dia nak tahun ini,dia akan cuba juga tahun ini.
No matter what happen,
Kuat semangat juga En Tunang aku nih ;D

Pada hari ke3 dimana kami pasrah je apa yang akan berlaku,memang kena cari dewan lain lah nampaknya,
tetapi tiba-tiba my phone berbunyi katanya panggilan dari En Jasni,
Wah hati berbunga riang,En Jasni kata dia minta maaf sebab dia pergi memancing dan masuk hutan
So,memang tak de line,dan dia lupa sangat2 ada appoinment tarikh hari itu,
Saya dengar pun ok,maafkan lah sebab dia memang minta maaf sangat2,so tak jadilah nak marah-marah,
So go back to the deal,dia kata 3 Nov sudah ada orang sebab ada orang lain yang book sebelum ini tukar tarikh.Priority mestilah diberikan kepada customer yg sudah bayar deposit.Sedih T_T.
Tapi En Jasni bagitau ada satu tarikh memang kosong iaitu 11 Nov 2012.
Tanpa berfikir panjang,saya setuju je,nanti lain-lain baru fikir;p

Selagi tak bayar deposit,saya rasa tak selamat,
So,satu hari itu saya jumpa En jasni in person bayar deposit terus,Lega!
En Tunang tak dapat teman sebab dia outstation.
Oh ya,bila jumpa En Jasni depan-depan,ya dia peramah!
Sape-sape nak no telefon En Jasni untuk tempah dewan kahwin 2013,
boleh komen di bawah dengan tinggalkan email anda atau email saya
sarahataresources@gmail.com

Dewan yang dipilh Dewan Guthrie Sime Darby Bukit Jelutong
Oh ya,harga sewa dewan itu RM1300,deposit RM400.
RM1300 itu bayar sebulan sebelum majlis.
RM400 bayar semasa booking tarikh,ianya akan dipulangkan sebulan selepas majlis.
Ada aircond,pa sistem,surau lelaki,perempuan,ada bilik persalinan(aircond),tandas.
Dewan itu tak besar sangat,boleh muat dalam 34 meja bulat itu dalam dewan.
Kawasan rumah tepi dewan itu rumah besar-besar so tak delah crowded sangat.
Cuma masalah parking je la kot nanti.takpe itu nanti security yang uruskan.

****************************************************************************
 Disebabkan ramai inbox email saya tanya pasal dewan ini dan no contact person in charge,saya letak teruslah disini no fon nya :

012-9279313 -en jasni

-deposit RM400 (returnable after 1 month of your wedding)
-harga dewan sahaja (aircond+pa system) RM1300 full payment 1 month before your wedding day
-cleaning service tambah RM100
-Kalau nak karpet yg tutup cover court badminton tambah RM400-RM500 (Anggaran) 


untuk gambaran lebih lanjut boleh tengok youtube ini:
Hafetz Ranua Wedding,Toh Puan Maria son's wedding






Ok,sudah setel boleh proceed dengan katerer,photographer,mua,videographer,designer baju,door gift.


P/s :huhu,entry panjang juga pasal dewan ini ;p




"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
WWW.SARAHATA.COM

Thursday, March 15, 2012

Misi Mencari dewan

Assalamualaikum.
Hye you all buat apa harini?
Saya baru pulang dari Putrajaya ada sikit urusan.

Memang pening jugakla bila masuk kerja kahwin untuk diri sendiri.
Dulu masa kawan bertunang,kita yang tolong ingatkan dia dah beli goodies ke,paperbag ke,
Kalau yang nak buat di dewan,sudah tempah ke.
Nah!,inilah saya nak cerita sikit pasal dewan.
Masyaallah,boleh pecah kepala nak mencarinya.

Sebelum nak cerita jauh ciri-ciri dewan yang saya nak,tapi harga takdelah mahal sangat yang sudah atau kalau boleh sudah masuk kerusi meja,alas meja,sarung kerusi :

1.Dewan itu perlulah ada aircond
2.Dewan itu boleh memuatkan sekurang-kurangnya 500 orang.
3.Dewan itu ada lampu yang cantik
4.Dewan itu ada karpet
5.Dewan itu ada toilet yang bersih
6.Dewan itu ada bilik persalinan pengantin
7.Dewan itu ada pa sistem & rostrum
8.Dewan itu ada kain besar
9.Dewan itu ada LCD Screen
10.Dewan itu ada surau/dekat surau/masjid
11.Dewan itu FREE PARKING
12.Dewan itu tidak blok jalan utama
13.Dewan available 3 Nov 2012.

Haha,demand tak ciri-ciri dewan yang saya nak,seolah-olah nak grand tapi tiba-tiba nak FREE parking.
Actually saya da jumpa  exactly apa yang seperti yang saya nak diatas iaitu Dewan Gemilang Kelana Jaya.
TETAPI,ya ada tetapi kami lewat membuat tempahan dewan...Uwarghhhh!;(
Maka tak jadilah buat disitu.

Jadi,kami usha juga dewan yang seakan-akan ciri-ciri diatas:

1.Wisma Sejarah-Sudah Full,Sorry;(
2.Muzium Shah Alam -Proses renovation,Sorry ;(
3.Kelab Golf Pandan Jaya -Sudah Full,Sorry again;(
4.Taman Tasik DBKL ,I takut hujan habis semua hidangan,decoration n etc ;(
5.Felda Villa -Full
6.Dewan Merak Kayangan -Full
7.Centrum Setiawangsa-Hurm..Screen projektor tengah2 hall.
8.Dewan Banquet MBSA -haha,dewan ini top mestilah dah di cop ;p


So,satu hari itu berjalan-jalan ke blog B2B dan Exb2b,Banyak info dapat daripada mereka.
I tak ingat i usha blog sape tapi dia pernah atau akan buat wedding di situ.
Million thanks to you sebab sudi beri contact no En Jasni tu ya.

Alhamdulillah,after that my fiancee called  person in charge and he happily told that 3 Nov 2012 SAHAJA masih kosong.
Owh!!I rasa masa tu macam bulan jatuh ke riba.
As I told before,kalau kita berusaha betul-betul,God will help u.
The most important is USAHA!
Sabtu ini jumpa terus En Jasni bayar deposit dan nak tengok keadaan dewan.
Cuma i tak dapatlah dewan yang dibayangkan,kurangnya tak adalah carpet,cuma tapak court badminton,tak adalah lampu chandelier,ada lampu kalimantang,tak adalah kain langsir berat di tingkap,ada tingkap yang tak berlangsir.Hahaha.

Takpelah mungkin Dia suruh kita jangan tamak.;p
Kita tak boleh dapat apa semua yang kita ingin kan,Dia akan berinya dengan cara yang lain.
Mungkin after marriage dapat rumah cantik ke?
Babymoon after honeymoon ke?(mood gatal,hehe)
Betul tak en Fiancee??;p

Apa nama dewan itu?dimana?
Akan diberitahu selepas bayar deposit;)

TEASER:
Tempatnya disini,Sila teka .hehe


Special thanks to apaipictures.com dan pasangan Rizal dan Aida.;)






"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
WWW.SARAHATA.COM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...