Duit lebih untuk kawen..yippe

Monday, April 8, 2013

Percutian ke Krabi - Part III

KRABI - PART I
KRABI - PART II


Assalamualaikum..
Maaf lewat sangat update cerita pasal ke krabi part akhir.Kekangan waktu.
Takpe,hari ni i try habiskan cerita ya ;)

Ini adalah sambungan sesi malam hari kedua di Krabi.
Malam itu kami bercadang ingin bersuka ria di Aonang.
Kami tinggal di Krabi town.macam pekanlah.pukul 9 malam da senyap sunyi.
Disebabkan malam masih muda kami ke Aonang untuk melihat kemeriahan di sana.
Aonang itu boleh diumpamakan seperti Bukit Bintang,KL ;)
Tuan hotel Gafiyah guest house bermurah hati ingin menghantar kami ke Aonang.
Bukan kosong je,bayar juga charged minyak 400baht.
Dalam 45 minit juga perjalanan.

 Sudah sampai Aonang.Disini banyak juga hotel,restoran dan tempat menjual cenderahati.
 Rumah urut,dan kelab juga banyak.

 Kami berhenti makan di restoran ini.Aduhai,sudah lama ditinggalkan,saya sudah lupa nama restoran halal ini.
Tapi jangan risau kalau ada tulis halal dalam bahasa jawi atau ada lambang bulan bintang Insyaallah halal.
Disini agak sukar untuk pastikan muslim atau tidak sebab bila nampak je kami yang berhijab dorang bagi salam.
Sangat kelakar kami terpaksa melalui satu bar tiba-tiba penyanyi bar itu beri salam dari dalam bar apabila nampak kami.bar itu open air.

tak tahu nak rasa awkward or annoying.

 Sajian lestari di Aonang.Makan besar la kiranya.Tomyam memang kaw-kaw.Harga sama je macam restoran kat Malaysia.total semua dalam 1200baht juga.


 Dah pukul 12 malam.cadang nak ambil teksi dengan bayaran 500baht balik ke Krabi town sebab rasa lebih selamat.Namun,malangnya tiada teksi dikala jam 12malam..so naik je la tuk tuk service ini dengan bayaran yang sama..agak suspen sebab open air dan melalui kawasan yang gelap juga.

Selamat sampai,balik bilik
semua zZZzz..



Pagi itu selepas solat Subuh,kami sempat landing kejap.
Disini lewat 1 jam dari waktu Malaysia.
Maka sempatlah kemas barang nak pulang nanti.
Dalam jam 10 pagi kami keluar untuk sarapan pagi.

Jalan punya jalan jumpa lah kedai yang bertanda bulan bintang.Maka makanlah nasi diatas.
i tak tahu apa nama nasi itu,cuma bolehlah masuk tekak i yang cerewet ini.
Alhamdulillah kenyang.

Sambil itu try juga Nutella pancake dan kopi ais.Nampak tv di belakang itu?dorang kat sana pagi-pagi dah layan movie hantu.huhu

 Kreatif!!meja yang kami duduk itu adalah asalnya tempat mesin jahit lama.


 Sudah kenyang,kami bercadang ingin try spa di thailand.
Haruslah mencuba di Thailand kan terkenal dengan urutan powernya.
Cadangan awal ingin naik gajah dan canoeing namun kekangan waktu tak dapat kami lakukannya.

Eh,nampak tak apa yang kat atas trafik light itu?;)



 Jalan-jalan terjumpa tokong ini
Di waktu tengahari nampak bersinar sungguh.
Kami tak naik atas pun.
Ambil gambar di bawah je.







 Jalan punya jalan nampaklah spa yang interior agak menarik ini.
Jadi kami booking for ladies only untuk 3 orang.
ingat nak trylah buat body massage dan scrub.
tapi kami perlu ke airport dalam 1230pm.tak sempat..sob-sob
Maka buat foot massage jelah.dengan bayaran 250baht seorang.



 inilah harganya..berpatutan bagi saya.


 2 orang yang sedia menunggu giliran


Amoi ini begitu bersungguh mengurut kaki saya.
apa yang saya boleh katakan sangat umpphhh!!
menjerit-jerit i tau.
i sorang je oversensitive.haha
kawan i yang lain rileks je.
Mungkin reseptor geli i terlebih di kaki.mungkin...;D

 Actually,before urut,dorang basuh kaki kita dulu..gambar terbalik.


ok time to go.
sudah 1230pm.
Maka perlu pulang ke hotel semula dan ke airport.


Naik honda tu dihantar ke airport.
Nasib baik pandai cakap bahasa inggeris,
dan orang thai pun berbahasa inggeris maka komunikasi menjadi mudah.
Bayangkan kalau tak reti langsung.
haru dunia.


Selamat bercuti bagi mereka yang ingin ke sana ya.
kos saya dari flight,hotel,transportation,activities dan makan selama 3 hari 2 malam
RM1000 seorang
;)






"Great things may come from small beginnings." "Alhamdulillah,Good things come to those who wait" WWW.SARAHATA.COM

3 comments:

  1. Assalamualaikum awak. ohh awak just snorkelling je takda naik gajah ek? heee saya nak survey naik gajah tu. dekat dengan krabi town ke aonang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Shiela..sedih masa tak cukup nak naik gajah..naik gajahdekat-dekat krabi town..

      Delete
  2. salaam, best nyer you punya blog very informative. Best kan melancong jalan sendiri2 menjimatkan dan you manage your own time. Kalau ikut pakage kena ikut iterenary and kena gi tempat2 yg kira tak payah buang mase je pegi

    ReplyDelete

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...