Duit lebih untuk kawen..yippe

Monday, January 24, 2011

Jelajah Malaysia -Part 2 (Tasik Kenyir,Cameron Highland,Lata Iskandar)

Salam.
Seperti yang dijanjikan,
Jelajah Malaysia siri II pulak kali ini.

Sebenarnya ada juga singgah Tasik Kenyir,mana entah gambar,nanti dah ada Sara upload ye.

Pernah pergi Strawberry Farm di Cameron Highland?
Rasanya semua pernah pergi.
Sara dulu masa sekolah rendah ikut rombongan sekolah..
Umur 24 tahun pergi lagi sekali.
Tersenyum teringat kenangan:)

Btw,memang best lah release tension jalan-jalan ni.
Tapi make sure fulus harus ada,kalau tak,percutian tidak bermakna....:)


Ini di ladang teh :)









Then,kitaorang gerak ke Strawberry Farm

Tak tahu apa nama bunga nih.
Cantik sebab warna purple+pink :)


Oh ya,nak masuk strawberry farm ini FREE je tau.
Parking pun FREE je..
Internet wifi pun FREE je di cafeteria

Pastikan pergi ke:
BIG RED STRAWBERRY FARM
www.bigred.cameronhighlands.com
Email :brstrawberryfarm@yahoo.com
Tel :05-4913 327
Fax : 05-4911 344
(berhampiran dengan pekan Brinchang)

Masa pergi tu hari Jumaat,
Maka terserempak budak-budak balik sekolah.
Yang lainnya semua pakai sweater.
Macam budak-budak  sekolah dalam cerita korea tu..:)



Hah,3 Jejaka yang menemani percutian saya ini.
Baju merah single lagi,tengah-tengah dah tunang(hihi :P),baju hitam dah kawen..(haha ;D)



Iskh-iskh gelojohnya.
Sedap beb makan strawberry coklat nih..
Balik KL,Sara petik sendiri strawberri dan cairkan coklat..
Nyum-nyum :)


Jangan tamak macam ini.
Tidak bagus:)


Sedang memetik strawberi :)


Alamak,salah boyfren lah..
Marah tunang die nanti :)


Air terjun Lata Iskandar Perak
Tempat yang cantik..
Tapi tidak diselenggara dengan baik.
Boleh sara nampak pampers baby di buang merata-rata je.
Sampah bertimbun tak diangkat.
Paling tak tahan,
Ada anjing kat situ yang ikut-ikut kitaorang.
Haish, sara memang melarikan diri dari anjing itulah tapi dia nak datang dekat juga..
Tak suka :( 

Selepas minum-minum kejap di Lata Iskandar,
kitaorang memang nak gerak pulang ke Kuala Lumpur..
Sebelum sara switch tempat drive dengan en syed,
Sara tido dulu kat sebelah..
Namun Sara mimpi bukan-bukan.
Mimpi yang kitaorang akan accident.
Tiba-tiba terjaga,tapi tak ceritalah kat dia.
Just fikir itu mainan tido sahaja..


Then,sampai di satu stesen minyak,Sara plak  yang memandu...
Sampai di kawasan Felda Trolak,Perak
Ketika nak turun bukit tu,dengan tiba-tiba kereta bergerak ke kiri,
Memang tidak dapat mengawalnya,
Maka langgarlah dulu divider hitamputih.
Then,terjadilah adegan drift pusingan kereta dan terdampar di longkang.
(Ini kenyataan saksi yang nampak kereta berpusing)

:(

.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Selepas di periksa,3 tayar pecah okey..
Tak tahu macam mana boleh jadi macam itu..
Ikut kata orang situ,
pernah jadi juga accident kat kawasan itu..
Musykil nih.
Antara tayar pecah,ataupun tiupan angin lintang

Pastu tetiba ada plak  yang sibuk-sibuk tanya no plat kete,
Hah ni mesti nak main no ekor nih..

Pasal no ekor nih nak cerita jugaklah,
Dulu masa En Syed tolong basuh kereta,
ada seorang India tegur dia,
Cakap no plat kete Sara pernah menang hadiah RM25000..
huhu..

Tapi ingat ya,kita umat Islam haram main no-no ekor nih..:)



Muka mangsa selepas kejadian
(siot je boleh senyum lagi)
Tapi,ape-ape pun syukur Alhamdulillah semua selamat..

Hah,muka bersalah gila cik Sara nih.
Amboi Paparazzi nak ambil gambar pun janganlah di saat-saat getir nih.
Dahlah lesen P lagi,eksiden pulak tuh..
:(


Kalau sign cek untuk projek besar banggalah juga,
Ini sign nak claim insurance..
Dorang nih tengok dengan betul-betul teliti.
Terror betullah paparazzi ni amik gambar.
Memang tak sedar pun.



Oklah bye..
Syukur semua selamat.
Jangan risau saya tak ade pape..
Cuma luka sikit-sikit je:)


Alahai,mungkin kereta merajuk sebab saya nak tuka dia dengan kereta ini :
(kalau termakbullah hasrat :)


kalau dapat kete lain pun ok jer:)

Bye!


"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."

No comments:

Post a Comment

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...