13-15 Januari lalu Sara dan kawan-kawan lain ke Bandung,Indonesia.
Percutian ini memang sudah dirancang lama.Adanya promosi Air Asia cepat-cepat grab.
Kami kesana 3 hari 2 malam termasuk kos hotel 2 malam tido dan tiket flight RM400 seorang.Murah tak?
Nak dijadikan cerita memang Sara rushing pada hari jumaat tu (13 Jan) sebab 9-13 Jan ada kursus CIC(will update later cerita ini).
13 Jan itu ada presentation,jadi nak tak nak Sara kena offer diri jadi peserta pertama present, kalau tak terlepas flight jam 2 petang.
Bayangkanlah time tu duit Indonesia tak tukar lagi,nasib baik passport dah ready.Sebelum itu ada masalah lagi duit cek tak clear lagi di bank,OMG!macam mana nak travel kalau fulus takde.Sangat tertekan..
Sebelum pergi tu,adalah dapat nasihat dari kawan boleh guna ATM machine,banyak CIMB disana so kalau tak nak bawa cash banyak,make sure di CIMB Malaysia dah tukar setting ATM/DEBIT LUAR NEGARA.maka selepas itu bolehla keluarkan fulus di Indonesia dengan senang hati.Tapi transaksi ini sah untuk akaun simpanan (saving ) sahaja.Akaun Semasa(Current) tak boleh.Nasib baiklah bagitau awal-awal so,Sara prepare suruh adik transfer duit masuk akaun saving.Nanti kalau nak cash out jangan terkejut tiba-tiba jadi juta-juta duit awak tu..tapi juta rupiah la;p
Umie dan Ika sebelum berlepas.;)
Ini pun nak dimaklumkan,masa dalam flight.Nanti akan ada pramugari yang cun dan pramugara yang tampan edarkan kertas ini iaitu custom declaration dan visa(rasanya lah).Kita perlu isi so kalau nak pergi Bandung lepas ini bawaklah pen hitam ya.Custom declaration itu dorang akan collect lepas sampai kat airport.dan kad keras sikit tu (visa) kita perlu simpan baik-baik sampai hari kita mau pulang ke Malaysia kita perlu returnkan balik kad itu.
Sabuk pengaman = Tali pinggang keledar/keselamatan
Masyaallah.Indahnya ciptaan mu.
Masa ini dah masuk Bandung.Ini kawasan mereka pemandangan dari atas.
Dah sampai airport.Kecil saja airportnya macam stesen bas di kampung-kampung itu.Kami buang masa hampir sejam lebih beratur je.
Alhamdulillah sampai juga di bumi Bandung ini.Cuaca sejuk juga disini.
Ketika ini memang kami amat buntu sebab tak kenal sape-sape pun.Kami pergi berlima dan kesemuanya perempuan.Agak bahaya juga sebenarnya sebab first time pergi takut kena tipu dan macam-macam lagi.Tapi best juga pergi semua perempuan nih,no BF,no FIANCE,only girls!Masa inilah nak menggunakan kepakaran berbahasa dan pembawaan diri.
Jadi step pertama perlu menyewa teksi untuk ke hotel Cassadua.Dinasihatkan ambil tiket teksi di kaunter dekat airport tadi.Harga 40K rupiah.So,selamat sikit dari ambil angkutan.
101 was my room with kak Mah..bestnya siap ada breakfast pagi-pagi.Layanan superb!
Sampai je hotel terus bersiap-siap nak keluar.Yelah bercuti di tempat orang takkan nak tido kot.Sangat rugi.mestilah nak merasa sesuatu yang unik di Bandung.Disebabkan kami tak kenal sape-sape,jadi kami call balik Pak Ujeng pemandu teksi tadi ambil kitaorang bawak jalan-jalan malam itu.Dalam kereta kami bertanya dia, boleh tak jadi supir kami untuk keesokan harinya?Pak Ujeng kata boleh 500K naik MPV satu hari (12 jam)..Kami ok je kot sebab pergi 5 orang dan Pak Ujeng akan bawa kami ke tempat yang kami nak pergi.Yea!
Sebelum masuk Hotel Cassadua ini,korang akan terkejut sebab akan masuk dalam kawasan rumah yang cantik.Kawasan rumah private ala-ala tropicana golf resort.
Misi malam itu adalah ingin makan,jadi Pak Ujeng bawa kami jalan-jalan.Tapi,Sara nak keluarkan fulus dulu di CIMB.Jangan risau memang banyak mesin ATM CIMB.Lepas tu kitaorang pergi BTC Mall.Shopping complex disana.Tapi kitaorang pergi foodcourt nya jumpa Rumah Ikan.
Kami tempah ikan gurame,tempe,bawal,lele,udang,kangkung,nasi merah dan teh botol.
Teh ini rasa lain sikit.sedap macam rasa bunga.
Tengok nasi kami.Unik tak?Yang bestnya sangat murah;)
Kayalah kejap.Satu hari had pengeluaran 1 juta sahaja.Orang disini kalau kaya,kaya betul.Kalau susah,susah betul.Kalu kat traffic light mesti ada budak atau orang-orang yang akan ketuk tingkap minta sedekah atau suruh beli barang.Kawan nasihatkan jangan dilayan sangat,nanti semua akan kerumun kita.
Pengiraan perbelanjaan pada hari itu.Akan bersambung ke Part 11 ya.
"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
WWW.SARAHATA.COM
Salam....tumpang bertanya...dkt airport sana ada tak atm cimb ;)
ReplyDeleteMmg best bandung sis..syorga beli belah!!
ReplyDeleteJgn lupa beli kain lace utk kawen..akk dulu g sana kwn mntk tolong belikan...mmg murah!!
Anonymous :dikawasan airport saya jumpa maybank,tak jumpa cimb;p
ReplyDeletechekgu azrine:kain lace disana memang murah;)
caj pengeluaran baper rm erk...tq
ReplyDeletesalam..thanks for the info...nsib baik sudi share dgn en google..same la situasi..cheque lom clear..cash tgl celah jari..mlm ni dh flight..hmmm azab..
ReplyDelete