Salam semua..
Apa khabar?
Semoga semua sihat.
Sara baru je balik bercuti dari Terengganu,Kelantan,Pahang dan Perak.
Di bawah adalah gambar-gambar terpilih di Terengganu
Kira ini siri jelajah Malaysia -Part 1
Sara bertolak pada pukul 11 malam.
Disebabkan ini kali pertama memandu tanpa orang yang mahir dengan kawasan terengganu
Maka perjalanan terasa begitu jauh.
Sara ikut jalan MRR2 menghala ke Genting Highland,
Dari situ terus je jalan sampai nampak arah ke Kuala Terengganu.
Namun sebelum itu ada kawan berpesan supaya jangan tetipu dengan signboard
highway ke arah kuala terengganu itu,
sebab jalan itu jalan mati.
Pada mulanya tak percaya apa dia cakap,
Tapi,memang betul ya,tak ade highway untuk ke sana,
kitaorang memang perlu melencong ke arah cherating untuk sampai ke Terengganu.
Maka terjadilah episod jalan-jalan di kampung.
Banyak trafik light sebab memang itu jalan yang ada.
Tapi sebelum sampai ke Cherating itu,
Mata masing-masing dah mengantuk pukul 330am tido sekejap masing-masing dalam kereta
kat perhentian RnR (tak ingat ape nama tempat sebab terlalu mengantuk)
Kitaorang teruskan perjalanan pukul 530am..
Anggaran perbelanjaan pergi ke Kuala Terengganu:
Minyak :RM50/RM60/rm+++(Bergantung jenis kenderaan)
Tol :RM30
Dah masuk bandar Kuala Terengganu.
Ini pukul 830am rasanya.
Lepas breakfast kitaorang jalan-jalan cari hotel
Menara Permint jadi main landmark kitaorang nak sampai dan pergi destinasi mana-mana
Hotel pilihan :Seri Malaysia Kuala Terengganu
Harga 1 malam :RM130 per room(Harga Sebenar)
Tapi hari itu ada promotion,RM120 je..
Sara tido sorang-sorang,
Dahlah malam sebelum itu tengok cerita Khurafat,
So,waktu tido buka semua lampu dan tv
Membazirkan elektrik Hotel Seri Malaysia je:)
Teruja sebab tak pernah tengok tulisan jawi :MCDONALD di KL
View ini di belakang Hotel Seri Malaysia je.
Kalau tak silap ini Padang Warisan/Pulau Warisan
Sorrylah Sara selebet je time nih.
Bercuti kan,tak kan nak pakai makeup tebal-tebal :)
Ini di Masjid Kristal.
Saya bersama 2 jurutera(eh skema nya ayat!)
Mereka mewakili company Intellifix untuk mengajar software Iron CAD/T-Flex kepada
para cikgu di Terengganu.(Betulkan saya kalau salah nama software tu:)
Melayan perasaan di Masjid Kristal.
Sedihnya sebab kat kawasan air laut sekitar masjid ini kotor dengan sampah dan kayu-kayu..
Rasanya tempat peranginan popular dan menjadi kunjungan ramai
sepatutnya bersih dan dijaga rapi.
Harap pihak sana ambil tindakan tentang kebersihan di sekitar kawasan masjid itu.
Kolam pun perlu dicuci.
No komen *_*
Ya Allah,sangat teruja dengan yang ini juga.
Rasanya ada di Terengganu saja kot.
Klik untuk gambar lagi jelas.
Sungguh indah Masjid ini.
Kalau masjid saja cantik namun kurang pula makmum nak berjemaah,
sudah tidak nampak molek jadinya,
Rasa tenang bila berda di kawasan masjid :)
Sedikit info mengenai Masjid Kristal :
- Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelanconganTaman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.
-Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari2008 jam 6.00 petang.
-Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.
Sekian,sambung esok Part 2.
Good Night:)
No comments:
Post a Comment
Komen yang elok-elok je tau!