Duit lebih untuk kawen..yippe

Sunday, April 20, 2014

Percutian Ke Korea Part 1

Assalamualaikum !

Hari itu sarah ke Korea dari 1/4-6/4.

********************************************************************

Sambungan.hari ini 23/9/2014 baru ada masa terluang untuk menulis mengenai percutian ke Seoul,Korea.
Maaf,lewat.

"Annyeonghaseyo"!

Trip kali ini Sara pergi dengan Kak Kat,Kak Mala.Seperti trip sebelum ini juga,memang Sara suka pergi dalam kumpulan yang kecil dan tidak melebihi 5 orang kerana lagi mudah untuk diuruskan.Trip ke Korea tidak memerlukan visa.Pastikan passport valid ye dan kad insurance anda bawak juga dan pastikan insurance anda boleh cover kalau kes di luar negara. ;)

Ini kali pertama Sara memakai perkhidmatan agen yang menguruskan penginapan,lokasi yang ingin dikunjungi.teksi.tiket tram/keretapi serta makanan.Kami hanya bayar mereka sahaja.Jika tidak salah anggaran dalam RM1890 seorang untuk trip 6 hari 5 malam.Boleh bawa tambahan RM800++  untuk duit shopping ^^ dan emergency.Rate mereka lebih kurang sama mata wang australia.3 kali ganda duit Malaysia.

1000 korean won (kwn) = rm3.50+-

Harga tiket penerbangan Air Asia ketika itu untuk pergi balik Sara beli last minute juga dalam RM680 juga.Anyway,2 orang kawan Sara dapat harga murah sikit..hee..Itulah akibat beli lewat lagi.huhu

So total perbelanjaan korea  yang saya kira aman,selesa dan tidak membebankan nak fikir makan kat mana,nak pergi mana adalah RM3370..Kachingg!! Kalau nak lagi selesa,Naik MAS dan hotel yang best..Sure dalam RM6K++ bajet anda.

Ada juga yang selesa secara back pack.Ya,akan jimat banyak gila.Oh sorry,saya tidak segentar dan setegar itu.Balik Malaysia nanti sakit adalah..Kita holiday nak happy dan menyegarkan minda kan?Tepuk dada,tanya selera. ;)

Sara pergi ketika musim bunga;)
Suhu ketika ini dari 2'c- 15'c.So,sila bawa hand glove,long john,seluar legging tight,muffler.jacket,losyen kaki tangan,lip balm,moisturizer.
Tiba-tiba rasa kulit cantik dan cerah seminggu di sana ;)

Ketika ini adalah kali terakhir menggunakan LCCT sebelum mereka berpindah ke KLIA2.
Kami bertolak jam 12 malam waktu Malaysia.

Penerbangan kira-kira 6/7 jam juga baru sampai Seoul,Korea.
Dinasihatkan beli makanan untuk in flight food siap-siap sebelum fly ye.
Percayalah lepas bangun tidur tersangatlah lapar.
Berbunyi-bunyi perut..
Tiada nasi lemak di Korea.hehe
Yeay,alhamdulillah kami sudah sampai..


Sampainya kami di airport,kami perlu naik keretapi ekspress untuk mengambil beg.
Ya,saya sangat kagum dengan punctuality mereka.


Setelah ambil beg semua,maka kami pun mencari agen yang menunggu di perkarangan airport.
Cari je nama kita dorang pegang kertas.hehe

Miss Jo/Miss Ho (sorry dah lupa nama T_T) yang menyambut kedatangan kami.
Nasib baik boleh berbahasa inggeris.Takdelah termanggu ka
mi tidak faham.
Kebanyakan mereka tidak faham bahasa inggeris.
Hendak tak nak.kita kena tahu cakap bahasa korea ler..;p

Dari aiport kami dibawa ke guest house menggunakan perkhidmatan airport limousine.
Chewaah..naik limousine gitu.
Tolong berangan naik limousin putih yang panjang putih berkilat..hehehe

Hakikatnya airport limousine itu adalah sebuah bas!haha
Limousine itu terus membawa kami ke guest house Jongnowan yang terletak di 
29,Iksundong,Jongno-gu,Seoul,Korea

Selepas letak beg di bilik, mandi manda segarkan diri,
Jom turun ke dapur guest house ini
Hee..mereka sudah sediakan bahan untuk kita masak sendiri 
Sara masak omellete je pun.
;p


Selepas breakfast,kami naik bas dan singgah ke Insadong.
Kami semua dibekalkan T-Money /Seoul City Plus yang mana boleh didapati kedai-kedai seperti
7 Eleven,GS25 convenience store,Family Mart,train stations.
Nak top up T-Money di Subway stations.

Oh,pasal internet pulak,
Di Jongnowon guest house ada free wifi.
So,tiada masalah nak upload gambar dan wassaup atau skype family.
Tak pernah pulak nak skype ni.
Wassaup/wechat pun sudah ok.
;)

Jika ingin ke luar negara gunakanlah perkhidmatan skype.
Murah je.
Dalam rm10 untuk tempoh 3 bulan.hehe
Pastikan line internet tip top.Jika tidak bercakap putus-putus.


Sara tidak menggunakan perkhidmatan roaming pun walaupun line maxis kat sana masih ok.
Mahal sangat !

Hampir kesemua tempat di Korea ada liputan WIFI. 
Perkhidmatan wifi terbaik di Korea adalah Olleh wifi.
Tidak percuma.
Anda perlu beli di 7Eleven atau GS25 
Penggunaan 24 jam sebanyak KWN3,300 (dalam RM10)
Mudah sahaja,
Macam kita nak isi prepaid top up.
Cuma kita perlu register wifi ID.



Posing di Insadong.
Window shopping dulu sebelum beli t-shirt,beg,dan souvenir yang lain.

Kita bersambung Percutian ke Korea Part 2 nanti.




"Great things may come from small beginnings." "Alhamdulillah,Good things come to those who wait" WWW.SARAHATA.COM

3 comments:

  1. salam blh x share story p trip ke korea.. plan nk buat travel solo ke korea..:)

    thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam awak,sorry late.ok dah buat entri untuk part 1;)

      Delete
  2. salam, boleh share tak pergi dengan agent mana? RM1890 seorang untuk trip 6 hari 5 malam mcm murah.

    ReplyDelete

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...