Duit lebih untuk kawen..yippe

Friday, October 5, 2012

Colmar Tropicale,Bukit Tinggi

Colmar Tropicale terletak di Berjaya Hills Resort,Bukit Tinggi Pahang.Kedudukannya 2600 kaki dari paras laut..Seni bina bangunan dan kawasan inspirasi dari bandar Colmar di Alsace,French.
So,sesiapa nak merasai pengalaman ala-ala di perkampungan French,marilah datang sini.

Cuma nak datang sini jangan keliru termasuk perkampungan Bukit Tinggi.Itu silap.korang takkan jumpa punya.Sebab kitaorang sengaja tak nak pakai gps,maka dengan penuh konfiden masuk kawasan perkampungan itu.yang kami jumpa lain..haha.sampailah sesat ke kampung janda baik.jumpa resortpengantin,cheringin hills.

Memang sudah sesat sangat la kan,maka bantuan gps diperlukan.haha
Maka perjalanan lebih mudah dan terus ke destinasi.
Nampak signboard Berjaya Hills Resort,terus masuk situ.
Ada pak guard jaga,dia akan bukak palang.
Kemudian palang kedua,korang perlu membayar sebanyak RM12 untuk dewasa,RM6 untuk kanak-kanak.
barulah boleh teruskan perjalanan ke Colmar Tropicale.




 Beratur okeh nak ambil gambar bawah jam ini.Pelik pergi hari biasa pun ramai juga orang.
Kebanyakan pelancong dan pasangan berhoneymoon yang baru kawen.
kami? tutt...;p

Selepas itu kami decide ingin ke Japanese Village.
untuk menjimatkan tenaga kereta,boleh naik shuttle bas yang disediakan.
tapi kene tunggu orang penuh baru boleh naik.
Disebabkan kami ni malas nak menunggu dan hari beransur petang,
Maka naik kereta je lah ke perkampungan jepun itu.

Selepas paking kereta,korang perlu naik tangga dan menapak sebelum masuk kekawasan ini.
Agak semput la juga.haha



 Teruja ikan besar-besar di tepi kiri kanan ku;D


Kalau dapat buat spa di kawasan private ni best juga.
Sambil mata kedip-kedip manja dengan orang sebelah.
Haha;D
Boleh pergi spa sini kalau da jadi isteri,private session berdua.opps!

Rasa seperti alice in wonderland.hee..
Bukan saya yang nak gedik ambil pose macam ini.
Orang yang ambil gambar yang suruh pose macam ini.
Saya mengikut je.Agak kurang yakin dengan hasil tangkapan dia.
Tapi tengok outcome,bolehlah untuk tangan yang bukan berseni.;D
(Selamba je kutuk,entah dia baca ke tak blog picisan ini)

 Sebenarnya ada lagi,taman bunga di bawah,tapi keadaan waktu tidak mengizinkan.
Sudah mahu pukul 7,dan tiada orang lain disitu.
Takutla juga.

 Bergambar kat sini hati-hati.
Malang tidak berbau.
Sebab bawah itu macam gaung.
Saya gayat dan pening kepala kalau tengok dari atas.
Sebab itu mengelak naik cable car.
Erk,melalut plak out of topic;D

 Oh ya,untuk pengetahuan semua,disini TIADA mesin ATM,
Maka dinasihatkan withdraw duit siap2 sebelum sampai sini,
Sebab kos makanan disini mahal,
Tiada jualan nasi lemak mak jemah rm3.50 kat sini.
Nak makan nasi lemak,nasi goreng ke RM20 sepinggan,
Air mineral rm4 sebotol,
Jus apple RM11 secawan.
Harga ala-ala kenny rogers,starbuck.
Kalay pergi berdua oklah lagi.
Kalau ada anak-anak 4-5 orang.
pokai lah juga poket.
sebab ada permainan juga untuk budak-budak main.
satu token RM2.
Kalau nak jimat,beli air mineral siap-siap dan bawakla bekal berkelah.
Best juga;)

Terasa diri begitu kerdil disini.
sesiapa yang nak stay 1 malam oklah juga bawakla duit banyak siap-siap takpun bawak kredit card.
Rate satu malam untuk superior room dalam RM265 + deposit RM300 = RM565.
Ini hasil pertanyaan ku di kaunter.
kalau hari cuti lagilah mahal.



 Oklah,sekian saja cerita saya,



Nanti kita pergi tempat lain pulak ya,
ketika ini terdengar orang sebelah bernyanyi lagu dalam filem "mann"
oh sejak bila ni?;D
Selalu saya je nyanyi sesuka hati dalam kereta ke,tengah makan ke,
karaoke apalah lagi kan.
tata~


"Great things may come from small beginnings." "Alhamdulillah,Good things come to those who wait" WWW.SARAHATA.COM

2 comments:

  1. Assalamualaikum...


    saya just blogwalking kat sini. baru tahu pasal blog ni..

    anyway kalau ada masa, silalah berkunjung ke blog saya. byk info menarik boleh dikongsi bersama.

    happy blogging :-)


    regards,
    BLADE H

    ReplyDelete
  2. Best nye jalan-jalan. Cantik pemandangan yang di lawati..

    ReplyDelete

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...