Duit lebih untuk kawen..yippe

Monday, March 25, 2013

Percutian ke Pulau Krabi part 1

Assalamualaikum.Lama tidak menulis disini.
Maaf dengan jadual yang sibuk.
Sebelum lupa,nak update serba sedikit tentang percutian ke Pulau Krabi pada 15 Mac-17 Mac yang lalu.
Sebenarnya percutian ini telah dirancang 3 bulan yang lalu.Total yang bersetuju ingin turut serta adalah seramai 7 orang.Namun pada saat-saat akhir,hanya 3 orang yang dapat ikut serta.Sedih T_T.
Tapi tidak mengapa,thing positive,mungkin ada hikmahnya.
Disana we will try to meet new people and make a friends ya.

 Ketika ini bertolak ke airport.

 Subhanallah..sungguh indah ciptaan-Mu..sebak seketika ketika berada diatas,

 Ohya,seperti biasa,ingin memasuki negara lain,dokumen visa ini perlu diisi.
Mungkin ada sesetengah negara perlu kita apply visa.Kalau ada,buat sebulan sebelum naik flight ya.
So far,thailand,singapore vietnam tak perlu.Kalau ke China.Australia,Europe, ya perlu apply visa.

 That guy from Malaysia approach us,nama dia Nafis.Dia tanya apa plan kami apabila tiba di Krabi?
We all da plan memang sampai sana ada driver ambil dan terus hantar ke guest house Gafiyah di Krabi town.So,that guy with his friends planning to follow us.

 Itu dia lead traveller kita,Cik Wahida memberi arahan ;)

 Saya selaku yang paling muda,ikut saja planning kakak hebat ini,

 Naik la toyota.dengan bayaran 600 baht (RM60).Okla,boleh kongsi 3 orang.
Perjalanan dari airport ke pekan Krabi mengambil masa dalam 30 minit-40 minit juga,

 Cerita pasal tukar duit,selalunya memnag nak tukar yang paling dekat dengan rumah Jusco Maluri atau di Tesco Ampang.Namun,satu hari sebelum itu saya sibuk dengan hal lain..memang tidak sempat.Jadi jam 10 malam tukar di money changer di Bukit Bintang berdekatan KFC.bukak sampai jam 11malam,Alhamdulillah takde la kelam kabut nak ke airport esok paginya.
I tukar RM527 je so dapatlah 500baht ;)
itupun balik KL berbaki 1200baht lagi(RM120).
Sangat bijak berbelanja.huhu

 Ohya,setibanya kami di Gafiyah guest house,kami terus diberi cadangan oleh pemilik guesthouse untuk membuat tempahan aktiviti untuk esok pagi.terdapat 3 pulau yang menjadi tumpuan pelancong iaitu Phi Phi Island,4 island,Hong Island..setiap pulau tersebut terdapat pulau-pulau kecil untuk dikunjungi.
Kami sepakat ke Phi Phi island dengan harga 1200baht seorang(RM120).Apa yang kami dapat?
pengangkutan pergi balik ke tempat peninapan,speedboat pergi balik,snorkeling set,jaket keselamatan,makanan tengahari(halal).


 Ini bilik kami di Gafiyah Guest House,Krabi town.

 ini aktiviti waktu petang setelah check in bilik.

Tinggalkan segala beg tangan glemer,kasut berjenama,tudung berjenama,
tinggalkan di Malaysia.
Maka bawa saja keperluan asas yang murah dan senang dibawa dan senang dijaga ;)

 Ini bukan di Langkawi ya,di Krabi town,Thailand.
Bercerita pasal Langkawi,saya tak pernah pergi lagi..huhu

 Huhu,tiba-tiba jadi geng pergi makan.salah sorang warga jepun yang pakai selipar biru tu,Kota.yang lagi sorang sebelah saya,nama glemer Rain.

 Masa ini jalan-jalan di pasarnya,teruja tengok buah-buahan yang dibungkus rapi dan dijual dengan harga 20baht (RM2).

 Saya try juga satu,buah tembikai je.Buah itu akan diblenden jadikan jus.
Serius sedap!!! pure juice.

 Lapar,maka kami cari kedai yang ada lambang bulan bintang (logo halal) mereka disana,
Maka ambil la nasi ini,Bagi saya,nasi ini sedap,habis licin saya makan,kira kenyanglah.
Macam nasi arab ayam.

 Tadikan gambar buah je,tiba-tiba pelik yang ini ada cumi dan yogurt macam mana dorang nak buat juice.


 Di night market,kebetulan ada persembahan kebudayaan mereka.
So,enjoy the moment!

 Awek thailand kalau betul-betul tulen,cantik kot..ada yang cantik,tapi tergamam tak sempat ambil gambar.haha.
Yang ini awek yang jual t-shirt i love krabi.Saya sambar 5 helai kot,dapat tawar 100baht sehelai(RM10).oklah tu.





 Hairdryer digunakan untuk keringkan baju.hehe
Saya pun pernah buat macam ini dulu ;)
Tapi mereka guna ini untuk customade baju yang ditempah oleh pelanggan.
Quite interesting,we choose the design,then they will paste it to plain clothe.

 Sangat menarik!daun pandan digubah jadi bunga ros.


 I love art!!of course teruja dengan lukisan kan ;)
 Cuba teka ini diperbuat daripada apa?
Sara pun tak dapat agak,ingat kaca.belrk pegang semua rupanya dari botol air..




 Sebelum tidur,our neighbours from Germany,Catherina and Lisa.


Banana chocolate pancake harus cuba! tapi personally i lagi suka banana nutella pancake lagi sedap dari chocolate;)

Eh,i sudah ngantuk,esok atau lusa i sambung Krabi Part 11 ya..itu lagi best ke pulau ;) 

"Great things may come from small beginnings." "Alhamdulillah,Good things come to those who wait" WWW.SARAHATA.COM

29 comments:

  1. srnoknya ada mmber2 kaki travel..sy ni suka travel cmni tp xda geng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. shu :Alhamdulillah,so far dapa kawan kaki travel yang sempoi memang best..kalau dapat geng yang rasa nak selesa sangat dan cun sentiasa susahla sikit..sebab travelling berkejaran dengan masa,perlu pantas ;)

      Delete
  2. best2. saya pun tgh plan nak pg. nak belasah je pg. tapi boleh cakap thai. insyaAllah mudah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juma :wah pandai cakapthai..kagum;) naik bas pun boleh sampai ke krabi..

      Delete
  3. Assalamualaikum awak. salam perkenalan. saya tengah survey pasal krabi ni. hehehe best tak awak ke sana? hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sheila..best sangat!!sara nakpergi lagi mungkin dah kawennanti honeymoon dgn hubby.hehe;)

      Delete
  4. Hye...saya plan nak g krabi sebab tengok dalam pics pulau2nya cantik... Tapi kalau awk tak pernah g langkawi lagi saya cadangkan awk pergi n duduk kat area pantai cenang...memang berbaloi langkawi...
    N anyway kalo ke korea tak perlu visa kalau masuk kurang 3 bulan...hee.. Saya ada blog info pasal korea www.myfir2u.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehyeke..my fried haritu pergi kenavisa.maybe i salah pandang kotatau sebab dia pg lama ;)ok willvisit yours later.

      Delete
  5. pegi naik pakej air asia ke? brapa abis utk flight dan hotel ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergidgn air asia pakej promohotel 3 hari 2 mlm + fligt pergi balik dalam rm460 ;)

      Delete
  6. boleh tanye? pegi krabi ni naik airasia ke? brapa kos abis utk flight and hotel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaweks :ya naik air asia.masa itu ada promo flight pergi balik dan hotel rm460.

      Delete
  7. salam sis .. nk tny bole xsis wat entry pasal perbelanjaan kt sane .. sbb sy mmg nk g sane .. tp xtaw nk amik pakej or juz redah jew .. sy nk honeymoon ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam shima..
      rasanya roughly sis ada bagitau perbelanjaan disana.
      sis ambil tiket penerbangan air asia dan hotel sekali.sebab masa itu murah rm460 je.
      tapi kalau ambil tiket flight pergi balik je pun boleh..hotel atau guest house di kawasan Aonang banyak.perlu sediakan wang lebih sajalah.

      Better stay Aonang sebab senang nak buat aktiviti.Dari situ nak daftar travel agnesi ke pulau2..beli pakej kat situ pun boleh..

      Boleh refer percutian ke Krabi part 1,part 2,part 3..

      perbelanjaan seorang secara kasar termasuk flight,mkn minum dan lain2 rm1000.

      Delete
    2. salam.nak tanya..utk airport transfer ke chalet perlu booking awal ke kereta?camne nak booking.pastu untuk travel agensi ke pulau2 lebih baik booking awal ke atau terus beli kat situ?

      Delete
    3. Dinda..dari airport ke chalet kami naik teksi je;)

      untuk ke pulau2 boleh refer pada tempat menginap,tanya dorang,dorang boleh tlg arrangekan.nnt ada van yg ambil korang dari hotel

      Delete
  8. bestnya jalan2. Akak suka kalau yang kos murah2 gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Dai..Alhamdulillah ketika kudrat masih ada dan rezeki ;)

      Delete
  9. Dinda :maaf lewat reply..kami tidak booking..turun dari airport,pergi ke syarikat perkhidmatan teksi dan bayar masa itu.
    ke pulau-pulau masa sudah sampai hotel baru kami decide nak pergi pilihan pulau..yang itu pihak guest house kami yang tolong uruskan,,sudah sampai lokasi baru kami bayar ;)

    ReplyDelete
  10. Betui ke sis tukaq duit 500b baki 1200b?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sis Jamaliah..

      Rm527 dapat lebih kurang 5000bht

      So berbaki 1200bht (rm120)

      Delete
  11. 27 December 2013 at 9:18 am


    salam. nak kongsi pengalaman bercuti di perth baru baru ni. kami sekeluarga 10 org semuanya menginap di mahira holiday homes. owner org islam malaysia. memang berbaloi dan harga berpatutan sebab saya dah puas survey harga hotel dan semuanya mahal belaka. mereka juga ada car rental. boleh contact 012330098. anak owner ada di kl.

    saya ambil fullboard pakej dari mereka. memang servis bagus. semuanya diuruskan. kita cuma naik kapal terbang dan jumpa org yang akan jemput kita di airport perth. pakej pun murah sahaja. puas saya survey., memang ni yg paling berbaloi.

    rasanya diaorg ada buat lagi full board pakej untuk tahun 2014. cubalah tanya

    ReplyDelete
  12. hi sara.. bestnya awk dapat kawan2 join masa kat sana. hehe saya dlm masa 6bln 2 kali kembali ke krabi dan phuket.. explore habis2an. memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..sampai 2 kali pergi dalam masa 6 bulan.suka sangat awak dengan Krabi dan Phuket ye?;)

      Delete
  13. Assalamualaikum daua bari balik dr krabi. Nasihat saya jgn sewa d nong eed hotel. Sila baca ulasan penginap lain. Saya terkena dosini . Pengurusnya x bertanggongjawab dan kurangajar walaupun muslim.
    Sewa motp dikedai mr kord deposit hanya 3000 bath dan copy passport sahaja.

    ReplyDelete
  14. salam. saya ara,now tgh plan&survey untuk ke krabi
    macam mana saya nk contact awak untuk tanya pasal benda2 ni semua.
    boleh add wechat id saya?
    ara_ezzaty

    ReplyDelete

  15. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...