Duit lebih untuk kawen..yippe

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

Majlis Kahwin :Duchess Place,Sumira Place Titiwangsa

When talking about wedding,all women who are single must be very exciting when their turn has come..

Same goes to me..aha,but my turn not this year,maybe next year ;)

Every women have their own dreams.
One of it is their wedding looks a like.

My wedding dreams?

Exactly same as the pictures below.
let's the pictures do talking yeah ;)

 Nice ambiance,clean and perfectly white






Don't worry you can make it real.
Just book your wedding place at the Duchess Place,Ampang
Bungalow unit decorated as wedding hall.

next Sumira place at Titiwangsa :

also bungalow unit at Titiwangsa being as one stop centre for your wedding place.
This place managed by pengantin eksklusif.
like their tagline :'Eksklusif tidak semestinya mahal'






that's all for tonight!
Let's catch the dreams! not just chase and just dream of it
;)






"Great things may come from small beginnings." "Alhamdulillah,Good things come to those who wait" WWW.SARAHATA.COM

Friday, June 15, 2012

Photographer pilihan



























Cantik tak hasil shoot beliau?
Menangis tengok sebab cantik dan memang taste saya.

itulah official photographer saya.
musartworks photography.
Walaupun jauh duduk di Temerloh,saya sanggup hired dia
untuk my big day;)
Gambar dalam website dia mungkin lebih cantik!

FB : Musartworks Photography

"Great things may come from small beginnings." "Alhamdulillah,Good things come to those who wait" WWW.SARAHATA.COM

Monday, May 21, 2012

Shawl Exclusive Belina by SaraHata

 Sesiapa yang ingin membuat tempahan tudung belina boleh email saya sarahataresources@gmail.com

 Ini Full lace,shawl kosong RM50


Ini half lace,shawl kosong RM35

 Ini half lace,shawl kosong RM35


  Ini half lace,shawl duo tone RM40

 Ini Full lace,shawl 1 tone RM50
 p/s :Kalau full lace,shawl dou tone RM60




 Good things come to those who wait.Alhamdulillah;)

"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
WWW.SARAHATA.COM

Tuesday, April 17, 2012

Tips Diet

Diet?
Apa yang anda tahu mengenai diet?
Diet yang sihat ialah pengambilan makanan yang sihat dan tidak mengambil endah kandungan zat dan protein dalam makanan.

Bab kata salah seorang kawan saya yang bekerja sebagai dietitian(tak tahu betul ke ejaan),kandungan kalori setiap makanan perlu diambil kira.Purata pengambilan kalori  setiap hari adalah  :

Paling elok kita makan 1500kcal dalam sehari sebab bukan hari-hari kita aktif,ada hari-hari kita lemau juga,asyik nak tido jer.

Jadi untuk mendapatkan jumlah 1500kcal dalam sehari,kita perlu bahagikan pemakanan kit kepada 5 sesi setiap hari.huhu;p Kerapnya makan;)
Iaitu Breakfast,Lunch,Snacks,Dinner,Supper.

Ada orang kata jangan makan malam nanti ko gemuk balik.Hurm,sebenarnya kalau ko makan banyak tak hengat malam tu siangnya dari pagi tak makan apa-apa,ya ko boleh gemuk.Sebab?Metabolisme badan sudah lambat bekerja.Bayangkan perut sudah kosong dari pagi,minum air jarang sekali,sah-sah pergi toilet sekali dua je,nampak sangat sistem pembuangan kurang baik.Maka kebanyakan makanan malam itu sudah menjadi lemak bukan nya tenaga.Kalau makanan kita berubah menjadi tenaga,bakinya kita akan buang melalui peluh,air kencing dan kita akan "yak" juga..

Saya teringat masa sekolah menengah berat saya cuma dalam 48kg sahaja.Wah bayangkan dengan tinggi 160cm dengan berat macam itu,terasa ringan je diri ini dan aktif bertaekwando.Huhu (ok,ini tunang saya tak tau).Mestilah ramai yang suka.hehe;p.Ya saya sedar ketika itu sekolah saya banyak tangga,nak pergi kelas naik tangga,nak masuk asrama pun naik tangga,pergi dewan makan naik tangga,pergi kantin naik tangga,ya sekolah saya berbukit bukau didalamnya.Jadi saya cepat lapar dan makan je.Satu hari tak miss makan.(sebab lain makcik tu masak sedap kot).

Masa saya berjumpa dengan tunang saya dulu pun berjaya mengekalkan berat badan itu,sempat dia mengusik,"dulu saya jumpa awak besar ini je (sambil menunjukkan jari kelingking),sekarang ini awak dah besar ini  (dia tunjuk ibu jari).." hahaha.Ya,saya tau dia bergurau tapi kadang-kadang kena ambil serius juga.Dia sudah kenal saya 6 tahun.
Ya,6 tahun kot banyak perubahan dia dapat lihat.

So,dalam tempoh 6 bulan sebelum menjelang hari bahagia,saya akan cuba dapatkan berat badan idaman,dah dapat berat idaman sudah tentu bentuk badan idaman tiba-tiba juga menjadi.Yea!


Dewasa
          Umur (Tahun)
            Tenaga (Kalori)
Lelaki
Aktif
Sederhana
Berat Badan
55 kg


20 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60


2,530
2,400
2,280
2,020
Perempuan
Aktif
Sederhana
Berat Badan
50 kg

0 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60


2,000
1,900
1,800
1,600







Fakta yang perlu diambil perhatian:
Jenis Diet
Tugas
Kesan
Pengambilan Herba/Jamu Memberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja.
Bertindak seperti ubat untuk mengurangkan selera makan.
Kesan jangka panjang : rasa loya, rasa lesu, sembelit dan tekenan darah yang rendah
Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang.
Kekurangan tenaga dan nutrien
Pengambilan Pil Diet
Memberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja.
Bertindak seperti ubat untuk mengurangkn selera makan untuk sementara waktu sahaja.
Kesan jangka panjang : boleh menyebabkan kebergantungan pengambilan pil yang serius
Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang.
Kekurangan tenaga dan nutrient pda badan
Penggunaan Julap / Teh Pelangsing Menggalakkan kesusutan air dalam badan. Kehilangan air yang banyak namun lemak tetap tinggal dalam badan
Mengakibatkan kekurangan karbohidrat yang menyebabkan ketosis iaitu dimana proses penguraian lemak di badan tidak dapat dilengkapi
Sumber : “Makan Dengan Bijak – Pelaburan Sepanjang Hayat” terbitan Jabatan Dietik & Dietari, Institut Jantung Negara

 Saya tak pernah ambil pil-pil ini.Saya takut dengan kesan sampingan nya seperti kelihatan pucat,tidak bermaya,cirit birit,pening kepala,loya,muntah.
Cara mudah,kurangkan pengambilan nasi,setengah pinggan sahaja,makan banyak sayur dan buah.

Lagi satu sunnah Rasullulah SAW,Baginda suruh kita makan buah dulu sebelum makan nasi.
Nak tau sebab apa?
Sebab buah cepat hadam,so memang membuatkan sistem penghadaman lancar,kalau kita makan nasi dulu,kemudian baru kita makan buah sebenarnya akan menghasilkan toksik dimana sepatutnya bahan itu perlu dibuang dulu,tapi ditahan nasi yang belum di digest sepenuhnya dalam perut,maka berlakulah cirit birit,angin kus-kus,sendawa,kentut.opps!;p(Betulkan saya jika saya salah)

Ok,sekarang saya happy berat dah kurang 2 kg,kalau every month turun 2 kg,
memang boleh capai target lah berat 50kg di hari bahagia nanti;)







p/s :dah kurus senang buat kerja,pakai baju apa pun ok jer,tak delah nampak buruk sangat lemak terjojol sana sini.;p malu tau.kalau badan macam dipam-pam jangan pakai baju ketat.sedar diri.sekian

"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM

Friday, March 30, 2012

Tutorial membuat bunga tisu 1

 Assalamualaikum dan selamat pagi!
Hari ini Sara nak share macam mana nak buat bunga tisu ini.
Setahu Sara dia ada 2 cara,tapi kali ini Sara tunjuk cara yang pertama dulu ya.
Barang-barang yang diperlukan :
 - Paper Crepe
 - Pen
 - Gam besar (untuk buat bulatan)
 - Gunting
 - Dawai
 - Satu jarum Peniti


 Mula-mula buat bulat-bulat di atas kertas crepe itu.
Satu paper crepe boleh buat 6 bulatan
Tapi Sara gabungkan 2 bulat itu untuk membuat 1 bunga,
Maka satu paper crepe boleh dapat 3 bunga tisu ;)

 Next,Sara potong bulat-bulat itu.
Perlu hati-hati ya,
Sebab paper crepe ini lembut,kalau terkasar sikit boleh koyak.

 Kemudian,Sara gabungkan 2 bulat itu dan tebukan lubang menggunakan jarum peniti
Ini perlu dibuat bagi memudahkan kemasukan dawai nanti.
Kalau terus masuk dawai akan koyak paper crepe ini.


 Dah tebuk guna jarum tadi,so bolehlah masukkan dawai
Caranya macam gambar diatas.

 Selepas itu,bolehlah membuat proses membuat kelopak.
Hanya renyukkan je kertas itu sehelai demi sehelai.
Tapi renyukkan secara cantiklah ya,
Bukan macam nak buang kertas itu ya ;p

 Tadaaaa..Dah siap!Inilah bungan tisu saya

 Inilah hasil malam tadi sambil tengok tv,sambil tangan pun buat kerja.
Selamat Mencuba!



p/s :tema resepsi saya turqouise + baby pink ;)








"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM

Friday, January 6, 2012

Dewan Gemilang Kelana Jaya

Kelmarin dah survey dewan.
yup,saya dan en syed sangat teruja dengan dewan gemilang kelana jaya ini kerana :

1.Lokasi yang strategik.Di Kelana Jaya between Giant KJ, Pejabat Pos  dan MPOB,Dewan Kastam.So, memang tepi LDP je tempatnya bukan tempat terceruk.
2.Parking yang luas dan ada pihak sana yang jaga parking so tak payah hire rela jaga parking.
3.Ada surau untuk lelaki dan perempuan.
4.Tandas okla.Sebab dulu dewan gemilang ini adalah asrama semai bakti.
5.Keadaan dewan yang ok.
6.Sudah ada lif so no problem la kalau atuk nenek nak ke dewan.
7.Mungkin keadaan pelamin standard itu yang agak kureng sikit.tapi kalau nak bawak vendor luar kena tambah RM1500.
8.Deposit RM5000 untuk pengesahan tarikh.
9.Harga dah naik dulu RM27 sekarang ada 3 pakej.Gemilang 1 RM32,Gemilang 2 RM36,Gemilang 3 RM40 satu kepala.
10.No hidden charge unless stated atau penambahan di saat akhir oleh pihak pengantin.


Pakej ini lengkap semua kerusi bersarung riben (ikut pilihan tema pengantin),meja,aircond,carpet merah,pelamin standard,PA sistem,rostrum,lagu pengantin,LCD projektor,layar putih,Kek 3 tingkat (tapi sadly dummy jerk),Bilik menunggu VIP,bilik bersiap pengantin,makanan,setup meja berhadap,pintu gerbang.

Pengantin hanya perlu cari :Makeup artist,Baju Pengantin,Photographer,Goodies bagi tetamu,Flower girls.

Kalau jemput around 500-600 tetamu amat bersesuaian dengan keadaan dewan ini.

Saya sudah jatuh hati.Mari sama-sama kumpul fulus at least RM2x,xx.xx ;P
Banyaknya kena berjimat,kurangkan berjoli dan bershopping.



"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM

Friday, October 28, 2011

Kawan Kahwin

Best pergi kenduri kawen orang ni.Makan sudah tentu sedap punya;) Sebenarnya ini pun last minute invitation.Tapi nak jadi tetamu kene datang by card invitation per couple.kalau tak tak bole masuk.So,saya dengan pasangan tolong jaga kaunter guest book dan photobooth ;)

 Beautiful.Congrats Hera!

 Ini pasangan berangan je ni.

 Eh,kakak ini pakai tudung saya buat lah ;)

 Comel-comel.
 Pengantin kedua diarak masuk ke dewan.

 Mar-\i-mari sign guest book disini.Rasa nak buat juga photobooth dan guestbook for my wedding nanti.

 Cantik pelaminnya.

 Tetatmu yang hadir

 hah,bila tu?


 Macam dia je wedding planner.menyesal saya snap kan;p


Oklah semoga berbahagia kepada pasangan pengantin baru.Takdelah baru sangat.nikah da 4 bulan kan? ini majlis bertandang sebelah lelaki.

Saya punya turn bila?
Tunggu je,tidak usah terburu-buru..
Kahwin kalau bole saya nak sekali sahaja seumur hidup..
Jadi bila serunya sampai.akan terjadilah nanti.
;)




"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
WWW.SARAHATA.COM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...