Duit lebih untuk kawen..yippe

Showing posts with label media. Show all posts
Showing posts with label media. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Me in Assalamualaikum,Tv Alhijrah

 Azlia,Sara,Amin dan Tun dalam Assalamualaikum
 Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui kemunculan saya dalam rancangan live Assalamualaikum beberapa bulan yang lalu.
Bukan tak nak beritahu,cuma ada beberapa kali terkena juga media atau produksi yang call saya nak ambil gambar style tudung dan etc,saya excited dah bagitau kawan dan keluarga,last minute tak jadi,So,untuk tidak mahu kejadian berulang,
Maka kali ini saya senyapkan sahaja.
Cuma selepas habis rancangan ada juga feedback yang memberangsangkan.;)
Itu saya suka.
Ahli keluarga saya sorang pun tak tahu.
Paling saya tak jangkakan adalah opah saya yang di Taiping tengok segmen ini pada hari itu.;P
Bila jumpa dia,dia berceritalah macam kenal je budak yang tengah bercakap dalam tv ini.
haha;p rupa-rupanya cucu dia.

Sebenarnya saya dijemput pihak tv kerana untuk memenuhi segmen darah muda
tajuk : Dari dunia profesional ke dunia fesyen.
Dulu saya bekerja di sebuah syarikat swasta oil and gas sebagai eksekutif akaun.
Kerja saya dulu banyak deal dengan supplier,meeting dgn MD,CEO,of course membentangkan mengenai prestasi kewangan syarikat.
Ketika itu saya muda lagi.Kerja itu bagus,bukan senang nak dapat.
Ketika interview saya rasa macam tak layak je sebab ada yang lagi bagus.
Tapi rezeki berpihak kepada saya Alhamdulillah.

Cuma,lama-lama saya macam memaksa diri untuk berbuat sesuatu yang bukan diri saya.
Saya jadi tak enjoy bekerja.
Jadi saya hanya kerja bukan bekerjaya.
Faham maksud saya?
Simple je

Kerjaya : Kerja + Minat + Berjaya = :)

Kerja     : Terpaksa + Bosan +stres = :(
Sebab itu saya berhenti dan berbuat sesuatu yang saya minat dan buatkan ia sebagai kerjaya.
Rupa-rupanya lagi best!
Cuma masa saya lain dari orang.
Kadang-kadang letihnya pun lain macam;)
Saya minat makeup orang supaya nampak jelita,saya suka buat tudung koleksi saya sendiri.
Saya mahu ada jenama saya sendiri,saya mahu ada butik saya sendiri.
Umur sekarang rasanya amat sesuai untuk memulakan segalanya secara SERIUS.
Tiada istilah berpatah balik.
Teruskan!

Oklah,Good night

p/s :Belajar apa saja ilmu di dunia,satu masa dan satu ketika akan digunakan kelak;p


"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM

Sunday, May 29, 2011

Majalah Wanita

 Assalamualaikum.
Hye apa khabar semua?Harap semuanya sihat.
Semalam Alhamdulillah berjaya menjadi emcee bagi majlis fashion show
Himpunan sejuta belia di Putrajaya.
Akan cerita kemudian jika dah dapat gambar dari photographer dan kawan-kawan.
Btw, kalau sesiapa yang beli majalah wanita Mei 2011,
Selak0selak mesti nampak muka saya.Masa ini pun tak prepare apa-apa pun;p
Dapat panggilan dari owner cantek adab serta owner A Lazo untuk sesi shoot magazine wanita.









 Muka innocent yang saya suka!hehe :)


 Ada Bengkel Jom Cantik Solek Sendiri pada 11 Jun ini...sil berhubung dengan Pn Fadzillah.


 Best dapat urutan muka percuma ini :)

Insyaallah tunggu keluaran wanita julai /ogos nanti pula ya:)

"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God." WWW.SARAHATA.COM

Thursday, May 26, 2011

Utusan Jawi :My beloved sister

Salam.
Sebenarnya saya pun tak perasan ada masuk Utusan Jawi adik saya nih.
Masa itu saya makeup adik saya ini untuk ruangan gaya bertudung untuk Majalah Wanita.
Tapi ada wartawan tu approach adik saya
Masa saya bawa dia pergi Utusan di Bangi tempoh hari.



Ini tak siap lagi nih..lipstik pun tak letak lagi..
Percubaan saya ingin menjadi jurusolek.
Cantik tak?;)



Hah ini dia keratan Utusan Jawi pada Isnin lepas.
Makeup,Fashion & Hijab Stylist :Sarahata (014-235 1922)

Alhamdulillah saya boleh membaca jawi dengan lancar..
(Bukan sepatutnya orang melayu boleh baca jawi dengan baik ke?)

:)

p/s :tengah tunggu keluaran Majalah Wanita Utusan Karya..Bulan depan atau bulan lagi satu :)




"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."

Wednesday, March 23, 2011

Surat Khabar Harian Metro

Salam 
Sahabat dan rakan blogger sekalian.
Semoga hari ini lagi hebat dari semalam

Maaf entri saya kebanyakannya lewat dari tarikh sebenar.
Sibuk sikit.
Jadi jika ada kesempatan barulah nak upload semua gambar.

Gambar ini memang ramai dah tahu,

nak tahu siapa yang makeup?
MUA :Tya Adnan
Wardrobe :Yasalma Collection
Lokasi :NSTP,Jalan Riong (Harian Metro)




Pada sesi shoot kali ini saya bersama
Cik Fatin Suhana yang comel :)



Inilah hasil gambarnya.
Kalau sesiapa nak tempah baju kawen,baju dinner ke,
boleh pergi jumpa kak yasalma.


Sara paling suka dress ini.
Cantik sangat.
Betul tak tipu.
:)
Tapi masa shoot ini Sara pakai baju ini terbalik ;p
corak belakang ke depan :)



Baju ini besar sangat pulak,
kena bantuan pin baby itu untuk dikecilkan sikit ;p


Oh ya,pasal ini pun Sara lupa nak update,
mengenai Photoshoot Muslimah I yang dianjurkan Sarahata Resources



Ok sekian,
Next masuk TV pula..:)
TV apa?
hehe tunggu jer..


"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM

Tuesday, March 22, 2011

Surat Khabar Mingguan Malaysia


Assalamualaikum kawan-kawan.
Alhamdulillah.
Pada 13 Mac lalu,
Ada pula gambar saya di dalam akhbar Mingguan Malaysia,
dalam akhbar Pancaindera ruangan Citra Wanita.




Baju tajaan :Yasalma Collection
Makeup :Nuriez Studio
Lokasi :Ar Rawsha Restaurant







Bersama kak Bintu Rasyada Mingguan Malaysia.
Terima kasih kak belanja aiskrim dan teh arab di restoran Ar-Rawsha :)

Bersihkan hati dan niat untuk berjaya.
Insyaallah nanti nak upload dalam akhbar Metro pula ya.



"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God." 
 WWW.SARAHATA.COM

Thursday, July 29, 2010

tawaran menarik.aku lepaskan.

disebabkan sejak akhir-akhir ini aku sangat sibuk.
maka ruang masa untuk aku menulis sangatlah terhad.
ada satu berita menarik yang berlaku beberapa bulan lepas tapi aku tidak coretkan disini.

berlaku dalam bulan lima atau enam rasanya.
aku dapat panggilan dari media prima.
ingat tak dulu aku terpilih untuk interview menjadi pembaca berita.
yes,hari itu aku dapat berita gembira ya.
mereka mengatakan aku terpilih.
kalau korang mesti tak lepas peluang punya kan?.
tapi,untuk saat itu aku TERPAKSA melepaskan peluang yang orang lain tungu-tunggu itu.
MENGAPA?
hanya aku,keluarga dan rakan-rakan terdekat mengetahui sebabnya.
tetapi itu tidak melemahkan semangat aku.
insyaallah akan aku cuba lagi tahun hadapan.
sedih memang sedih.
yelah bukan senang nak dapat kerja di sri pentas itu.
tetapi aku ada sebab besar tidak terima offer itu.
sekian.




p/s:menulis ketika ini sebab teringat sebab ahli keluarga semua setuju.yang paling suka tentunya emak.tapi,maafkan saya mak,ada misi lain yang patut saya lakukan.ada rezeki tahun hadapan saya akan cuba lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...