Duit lebih untuk kawen..yippe

Showing posts with label Sarahata Resources. Show all posts
Showing posts with label Sarahata Resources. Show all posts

Sunday, March 18, 2012

Me in Assalamualaikum,Tv Alhijrah

 Azlia,Sara,Amin dan Tun dalam Assalamualaikum
 Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui kemunculan saya dalam rancangan live Assalamualaikum beberapa bulan yang lalu.
Bukan tak nak beritahu,cuma ada beberapa kali terkena juga media atau produksi yang call saya nak ambil gambar style tudung dan etc,saya excited dah bagitau kawan dan keluarga,last minute tak jadi,So,untuk tidak mahu kejadian berulang,
Maka kali ini saya senyapkan sahaja.
Cuma selepas habis rancangan ada juga feedback yang memberangsangkan.;)
Itu saya suka.
Ahli keluarga saya sorang pun tak tahu.
Paling saya tak jangkakan adalah opah saya yang di Taiping tengok segmen ini pada hari itu.;P
Bila jumpa dia,dia berceritalah macam kenal je budak yang tengah bercakap dalam tv ini.
haha;p rupa-rupanya cucu dia.

Sebenarnya saya dijemput pihak tv kerana untuk memenuhi segmen darah muda
tajuk : Dari dunia profesional ke dunia fesyen.
Dulu saya bekerja di sebuah syarikat swasta oil and gas sebagai eksekutif akaun.
Kerja saya dulu banyak deal dengan supplier,meeting dgn MD,CEO,of course membentangkan mengenai prestasi kewangan syarikat.
Ketika itu saya muda lagi.Kerja itu bagus,bukan senang nak dapat.
Ketika interview saya rasa macam tak layak je sebab ada yang lagi bagus.
Tapi rezeki berpihak kepada saya Alhamdulillah.

Cuma,lama-lama saya macam memaksa diri untuk berbuat sesuatu yang bukan diri saya.
Saya jadi tak enjoy bekerja.
Jadi saya hanya kerja bukan bekerjaya.
Faham maksud saya?
Simple je

Kerjaya : Kerja + Minat + Berjaya = :)

Kerja     : Terpaksa + Bosan +stres = :(
Sebab itu saya berhenti dan berbuat sesuatu yang saya minat dan buatkan ia sebagai kerjaya.
Rupa-rupanya lagi best!
Cuma masa saya lain dari orang.
Kadang-kadang letihnya pun lain macam;)
Saya minat makeup orang supaya nampak jelita,saya suka buat tudung koleksi saya sendiri.
Saya mahu ada jenama saya sendiri,saya mahu ada butik saya sendiri.
Umur sekarang rasanya amat sesuai untuk memulakan segalanya secara SERIUS.
Tiada istilah berpatah balik.
Teruskan!

Oklah,Good night

p/s :Belajar apa saja ilmu di dunia,satu masa dan satu ketika akan digunakan kelak;p


"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM

Friday, August 5, 2011

Exclusive Design Shawl by SaraHata


Salam.
Apa khabar semua?
Sudah hari ke-4 kita berpuasa.
Syukur semua masih mampu berpuasa di bulan Ramadhan ini.
Btw,kali ini sara nak bercerita sikit behind the scene pembikinan
photoshoot Shawl exclusive design by SaraHata ni..

Actually model ini adik sara sendiri yang no 4.
Sebab dia ada ciri-ciri yang sara kehendaki,
Tinggi,kurus dan ada lesung pipit;)

Sebenarnya nak bawa shoot di Tasik Perdana,
Tapi memandangkan lambat ambil dia,
So,we all decide shoot di kawasan deretan kedai situ sahaja.



Masa makeup di tepi jalan ini,tak delah rasa apa sangat sebab tak ramai orang pun.
Tapi,separuh jalan dah makeup,tiba-tiba hujan pulak.
Aduh,memang kelam kabut dibuatnya nak pack barang makeup semua.
So,sambung makeup dalam kereta.
First time makeup oarng dalam kereta sambil hujan diluar.
Tapi best jugak,ada aircond dan lagu.
So,lepas ini boleh lah makeup orang dalam kereta kalau ada shoot di luar.
:)

     Ini muka sebelum.

 Ini muka selepas makeup.Start makeup jam 430 petang,
Photographer dah bagi hint2 bosan menunggu,so jam 5 petang berjaya habiskan makeup.
So,hasilnya tidak berapa wow lah.
Tapi,sesiapa nak booking saya makeup untuk apa-apa event,boleh je:)
email :sarahataresources@gmail.com
nanti saya bagi qoutation.


 Actually tudung ini patern semua sama je.
Panjang 1.75 m.
So memang boleh melilit ikut kreativiti masing-masing.
Kalau pakai baju kurung,better baju yang kosong atau corak yg kecil/sedikit.


Yang ini sudah SOLD OUT!
Personally i love this colour,
Electric Blue.

Yang ini pun saya suka.
Warna sangat lembut.
Kalau nak baik cepat2 tempah.
Saya buat sangat limited.
Kalau sesiapa nak bertunang.bernikah pakai cantik ini:)

 Dark purple.


 I suka ini juga!


 Wow merah berani!:)


 Hitam itu menawan.


 Half Lace pun Sara boleh buat.
kena temapah awal-awal ya.

3 hari sebelum raya dah tak ambil tempahan dah.
Kalau ada mungkin dapat selepas raya.



Yea,paling vogue yang ini-Satin Lace Shawl.
Ada warna maroon,grey,electric blue,gold.
Sara guna High Quality Satin ya.
Bukan guna yang satin murah tu.

Sebenarnya ada 20 jenis warna lagi.nanti Sara upload sikit-sikit.
Buat masa sekarang yang ini dah siap.


Harga?
sangat mampu milik.
RM49.90 termasuk postage bagi Shawl  Lace Exclusive.
RM69.90 termasuk postage bagi Satin Lace  Exclusive.

Nak order boleh SMS :Order / Shawl lace / Warna hantar ke +014 235 1922.
                                    (SMS sahaja akan dilayan ya)

atau email :sarahataresources@gmail.com
                 subject :Shawl Lace/Satin Lace
                 Details :Nama,Alamat,No telefon,Bukti pembayaran,Warna,


Pembayaran :

CIMB Sarahata Resources :14360000278106
MBB Siti Sarah                    :164409563420




"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God." WWW.SARAHATA.COM

Friday, April 16, 2010

Ekperasi Anggun-Metro



hye-hye semua,
mari ramai-ramai beli paper metro ahad ini ya.
ada surprise di ruangan Eksperasi Anggun..:)










hilany hidzir


siti amira

Saturday, January 30, 2010

Sarahata Resources

Harapan yang lama disimpan,akhirnya tercapai jua.Sarahata Resources telah ditubuhkan secara rasmi.Kami membekal pakaian dan aksesori wanita,perunding imej dan kecantikan,perancang majlis dan perkahwinan (event and wedding planner),Grooming and makeup class,serta pembekal alat-alat tulis.

Jadi sesiapa nak barang-barang diatas,boleh hubungi saya ya :)




*Tengah fikir nak buat blog yang macam website :)
sape2 mau tolong?

Love,
Sarahata
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...