Duit lebih untuk kawen..yippe

Saturday, January 29, 2011

Tips memilih pakaian

Hye Gadis Cantik!

Semalam kita dah buat ujian kenali bentuk badan.
Siapa yang tak tahu boleh cek di link ini

Seterusnya hari ini tips untuk memilih pakaian:






Jenis Pear :
Baju :Pakaian perlu lebih perincian di bahagian atas.
Dan pakai warna gelap di bahagian bawah.Baju longgar di bahagian atas dan banyak corak
Seluar :Perlu warna lebih gelap,dan kembang sedikit di bahagian bawah.
pakai tight jeans boleh,boot cut,legging.
Skirt :A-line style









Jenis Apple :
Baju :Perlu warna gelap untuk mengurangkan nampaknya bentuk dada yang lebih besar.Elakkan pakai baju 
printed tops yg ada gambar besar-besar dan bunga besar.elok pakai bentuk V.
Seluar :Pakai seluar yang longgar dan berwarna cerah.Jangan sesekali pakai straight cut,legging,.Nampak sangat janggal nanti.Pakai skirt dan dress lagi okey.







Jenis Hour Glass :
 Ini bentuk badan idaman wanita.Ideal untuk memakai apa jenis pakaian sekali pun 
Seluar :Pakai boot cut,Wide leg.
Skirt :bentuk A line,pensil,dan bertingkat







Jenis Petite :

Baju :disebabkan mereka kurus,baju yang sesuai warna-warna pastel,dan ada ropol-ropol
Seluar :pilih yang berwarna cerah untuk impak seimbang.Elak warna hitam.
Skirt :Pilih warna pastel dan jenis Cotton.






Jenis Athelic Slim :

Baju :Sebelum pakai baju elok pakai korset untuk menampakkan bentuk badan.
Pakai baju yang ada bentuk,elok pakai tali pinggang untuk kesan ada pinggang.
Baju berleher V.
Pakai jacket singkat itu pun ok.Untuk nampak kesan pinggang lagi slim.
Seluar : Straight cut sangat sesuai.




Ok sekian,
Selamat Mencuba!

"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."

Bentuk Badan dan Handbag


Hye Beauty Ladies!
Hari ini sara nak bercerita mengenai bentuuk badan dan handbag.

Mungkin ramai yang tidak tahu dan mungkin tidak sedar,
dari segi bentuk badan dan pemilihan handbag itu sendiri memberi kesan terhadap 
penampilan harian kita.


Nak tau jenis bentuk badan anda?



Secara umum,ada 5 jenis bentuk badan:
1.Jenis Pear :Selalunya mereka akan besar bahagian punggung,dan kecil dibahagian dada.
Sebagai contoh :Siti Nurhaliza

2.Jenis Apple :Mereka akan kurus dibahagian punggung ke bawah,namun mengalami masalah 
bahagian atas dari perut ke dada.
Nampak kurang stabil,kaki kecil,dada besar.

3.Jenis Hour Glass :Jenis bentuk badan ini sempurna.sebab nampak sama bahagian atas dan bawah.serta pinggang kelihatan ramping..:) 
Memang menjadi idaman wanita bentuk badan macam ini.
Sebagai contoh :Anita Sarawak

4.Jenis Petite :Selalunya orang kurus memiliki bentuk badan macam ini..Dia boleh tergolong dari kategori diatas juga jika telah berisi nanti..


5.Jenis Slim Athelic :Kalau wanita yang aktif bersukan.selalunya ukuran dada,pinggang dan pinggul sama je tak banyak beza.




Ujian Bentuk Badan :

-Kalau nak tahu bentuk badan sendiri,berdiri depan cermin dengan memakai baju ketat mengikut tubuh,kemudian ambil gambar.
Tunjukkan kepada rakan yang sangat dipercayai untuk membantu mengenali bentuk badan sendiri.





Handbag yang sesuai :

Ok sudah selesai ujian tadi,mari tengok handbag yang sesuai untuk anda :






Bagi handbag ini sangat sesuai oleh bentuk badan jenis petite..Sebab ianya kecil dan tidak terlalu besar.



 Yang ini sangat sesuai bagi bentuk badan  Hour Glass kerana warna keemasan serta bentuk handbag itu sendiri menampakkan keseimbangan.



Ini adalah warna dan bentuk selamat kepada semua jenis bentuk badan.




Ini sesuai bentuk badan Slim Athelic dan Appetite.




Yang ini sangat sesuai bagi bentuk badan jenis Apple.Bentuknya besar bahagian bawah boleh mengubah
perhatian orang dari bentuk badan seseorang ke arah beg :)





Warna coklat juga adalah warna selamat,namun design ini sesuai untuk jenis bentuk badan Pear.
Sebab talinya pendek dan bila kita bawa ke bahu dekat dengan dada.
So boleh menampakkan keseimbangan bahagian atas dan bawah badan.





Beg ini juga sesuai untuk semua..sebab ianya bertali panjang.Boleh ubah mengikut ketinggian seseorang.



Paling praktikat untuk bentuk badan pear sebab ianya berbentuk angular shapes.(bersegi).untuk 
mengimbangkan bentuk badan kita yang berisi dibahagian bawah.
Tapi bagi pemilik bentuk badan pear,
Dinasihatkan membeli beg yang berbentuk bersegi.
Jangan bulat atau rounded shape.
Sebab membuatkan anda lagi berisi.




Ini talinya panjang sedikit,maka sesuai untuk bentuk badan apple.
Kerana dapat mengelak badan nampak terlalu penuh di bahagian atas,
maka dengan tali yang panjang sedikit dapat menutupi kekurangan bahagian atas lagi besar dari yang bawah.

 Clutch berbentuk segi sesuai untuk bentuk badan pear,hour glass,apple.





Berbentuk bulat atau ala-ala bulat sesuai untuk bentuk badan appetite dan juga slim athelic.



Sekian tutorial pagi ini.
Next nak bercerita mengenai bentuk badan dan kasut pula,:)


"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."

Friday, January 28, 2011

Fesyen Skirt Cantik


Hello Fashionista!
Kali ini Sara nak buat review pasal Skirt pula.
Sekarang ramai yang berminat mengenai gaya vintage.
yup memang sinonim dengan skirt dan warna-warna tanah.

Cuba tengok contoh-contoh girls yang pakai skirt dibawah.
Ayu jer:)














 Ini owner RNR Collection.
Rabbiautul Najua Rosman.

Beliau yang menjual skirt-skirt ini.
Cantik.
Harga pun sangat berpatutan .RM40-RM45 je:)


Contact beliau di FB ya..
Nama :Rabbiatul Najua Rosman



P/s :Sis promote nih,boleh dapat diskaun tak beli nanti ? :P


"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."

Cantik Dengan Hijab,Yakin Dengan Makeup dan Azam Alaf Baru

Hye!
Hah,hari ni nak bagitau ada pertukaran FC untuk segmen tudung 
bagi event Cantik Dengan Hijab,Yakin dengan Makeup dan Azam alaf baru.

Berikutan pertukaran tarikh 26 FEB 2011,
Ika Radiusite akan ke China,
Maka terpaksa cari seorang yang boleh mengajar lilitan tudung dengan cara tersendiri.


Then,tadaaa...
I jumpa Fatin Suhana,Si jelita :)
Seorang model dan juga penjual tudung juga..












Nak join?
meh klik link ini.
Penyertaan 5 terawal yang bayar RM200 sudah penuh..seterusnya perlu bayar RM230 ya.
Apa yang anda dapat?

-Belajar Makeup
-Lilitan tudung style easy dan praktikal
-Kenali diri dgn konsep CVT(warna dan tarikh lahir)
-Pose like a model depan photographer..


----> sgt sesuai kepada mereka yang ingin meningkatkan keyakinan diri serta ada gambar cantik macam model..:P

Hurry up!limited seat for 15 people only :)




"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."

Thursday, January 27, 2011

Basic Barang Makeup


Hello!
Kali ini nak buat entri pasal makeup plak..
Just basic makeup je..
Rasanya barang-barang ini setiap perempuan perlu ada.


Sebelum nak pakai apa-apa bahan makeup di muka,perlu pakai yang ini dulu :

1.Moisturizer/Pelembap



Lepas tu baru kita guna yang ini :


2.Foundation/Bedak Asas



Foundation ini ada banyak jenis,ada jenis liquid,ada jenis krim dan ada jenis stick.
Contoh barangan popular yang selalu digunakan :
Jenis Liquid :Maybeline Angelfit,Revlon Photoready,Bobbi Brown,MAC dan lain-lain
Jenis Krim :Elianto,Naturactor,Dermacos, Krim Safi dan lain-lain
Jenis Stick :Kryolan Tv Paint dan lain-lain

Tapi untuk biasa dan senang,makeup untuk hangout saja sara lebih suka pakai jenis krim,
paling suka elianto/naturactor.
Senang bawa pergi mana-mana :)

Kalau photoshoot,memang elok pakai Kryolan TvPaint,Dermacos,Supra
Sure muka nampak mampan je dengan bedak:)
Dan kulit nampak mulus je:)


Kemudian,

3.Compact Powder/Loose Powder




Boleh je pakai compact powder,lagi senang dibawa.
Nak jimat beli yg boleh refill punya macam Elianto punya Compact Powder.



4.Eyeshadow/Pembayang Mata

Ini depends kat korang nak pakai ke tidak,
Tapi kalau setakat nak pergi kelas,tak perlu..
Kalau nak hangout dengan kawan-kawan boleh try :)
Beli SimplySiti pun ok jugak.Ada gabungan warna terang dan cerah.
Kalau nak jenis satu-satu pun ok.
Biasa ambil warna coklat dan hitam.
Warna selamat..:)




5.Eyeliner/Penggaris Mata




Eyeliner pun ada 4 jenis iaitu :
Jenis Pensil :Ini memang selalu dipakai,bergantung kepada kesesuaian,Tapi leceh kalau
tumpul,kena asah...
Jenis Stick kecik :Yang ini paling praktikal dan senang,Pulas dan pakai je..Tak sakit.
Jenis Gel Eyeliner :Agak susah kalau sesiapa yang tak biasa pakai dan akan ambil masa sikit..Tapi hasil cantik.
Jenis Liquid :Lagi susah,sebab kalau silap sikit,cacat dah makeup tu.Tapi jangan takut mencuba.Praktis selalu nanti mahirlah.:)

Untuk kegunaan harian,Sara selalu guna jenis stick kecik tu je..boleh beli jenama
Silky girl,Avon,Maybelline.




6.Mascara/Pelebat Bulu Mata


Mascara pun ada fungsinya,boleh membuatkan efek bulu mata melentik dan lebat bergantung pada jenama.

Selalu sara guna Maybelline Volume Ekspress,yang botolnya warna kuning tu..
sebab best..rasa bulu mata melentik je:)




7.Blusher/Pemerah Pipi
Blusher juga ada macam - macam jenis.Selalu ada 3 jenis yang popular :
Jenis Powder :Ini yang biasa kita lihat dan kebanyakan pakai jenis ini
Jenis Stick :Selalu orang kulit berminyak pakai jenis ini supaya hasil blusher lebih tahan lama.
Jenis Cecair :Jarang orang pakai jenis ini sebab ianya macam lipgloss tu tapi pekat.Kalau salah pakai,tak cantik.




8.Lipstik/Pemerah Bibir

Lipstick pun ada banyak jenis iaitu :
Jenis Shimmer : Ada kilat-kilat dekat lipstick itu.Bila kita pakai bibir automatik macam ada goldass,(erk,betul ke eja macam tu :)
tak payah pakai lip gloss lepas tu dah.
Jenis Matte :Ini lipstik jenis kering,kalau rajin tengok kat watson..ada yang jenis kering
Ada macam-macam lagi :)

Eh,tapi sebelum pakai lipstik,untuk menjaga bibir,kita perlu pakai lipbalm.
sama juga macam kulit perlu pakai pelembap dulu.




9.Lipgloss/Pengilat Bibir
Lipgloss ini digunakan selalu sebagai penyeri bibir supaya nampak sedikit basah.
Jangan pakai sapu satu mulut.
Just pakai sikit di muncung bibir.

ok itu saja,,kalau ada masa nak buat guna youtube palk..
bye.
selamt mencuba :)











"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."

Wednesday, January 26, 2011

Jelajah Malaysia -Part 3 (Tawau,Semporna,Pulau Mabul-Sabah)


Bercuti lagi?
Aduhai..:p
Ini gambar lama,tapi tak pernah cerita dalam blog.
Percutian ke Sabah.



Ok..nak sambung balik.
Dah rechagre energy..:P

Ketika ini sara pergi bersama kawan-kawan,
 Sara bawa seorang adik saya join sekali.
Untung dia belum habis sekolah lagi dah jalan-jalan jauh.




Anggaran tiket flight pergi balik :RM150 seorang
Kalau nak lagi jimat beli tiket awal-awal.
Lagi untung..:)

Lepas check in Lapangan Tawau,
Kena lalu imigresen dulu.
Nak masuk Sabah, Sarawak ada pas juga tau.
Kalau ada passport pun lagi ok,bawak je sebab nanti dorang chop kat passport.
Kalau tak de,dorang akan bagi satu kertas ada chop itu.
Tapi pastikan jangan hilang,
Nanti tak boleh balik semenanjung.
Duduklah kat Sabah kahwin dengan orang sana..hahaha:P
--->Takdelah,Sara gurau jer :)



Sebelum naik flight,
Bergambar dulu :)


Subhanallah,sungguh indah ciptaan tuhan..
Terpegun pemandangan dari atas awan...
(Tapi masa ini pramugara tengah dok usha apelah sara tengah buat...:P)


Sara sampai lapangan terbang Tawau dalam pukul 8 malam.
Nasib baik ada kawan di sana,
Maka perjalanan menjadi lebih mudah.
Perjalanan ke rumah dia mengambil masa 1 jam lebih.
Kalau naik teksi sediakan wang RM70 ya.


Sampai rumah Salmah,kami tido dengan nyenyak..
Alhamdulillah dapat tempat yang selesa.
Terima kasih Salmah sebab melayan kami semua dengan baik:)
Kalau tido hotel 1 malam lebih kurang RM170.
Cuba check hotel di Tawau :Promenade Hotel,Tawau


Esok paginya,kami bercadang nak ke Semporna naik bot ke Pulau Mabul-Sipadan.
Ohya,nak bagitau waktu di Sabah awal 1 jam dari semenanjung,
Pukul 6 pagi dah macam jam 7 pagi di Semenanjung.
Agak liat kene bangun pukul 4 pagi siap2..
Sebab kena sampai Semporna pukul 8 pagi...

Sara naik kereta sebab ada kawan.
Kalau yang naik teksi sediakanlah wang anggaran RM100 pergi balik.
Sebab naik kereta itu pun,minyak isi full tank RM50 bagi kereta Myvi.
Perjalanan ambil masa 2 jam untuk ke Semporna.


Anggaran perbelanjaan naik bot :RM30 seorang
Perjalanan ke Pulau Mabul dengan menaiki bot mengambil masa hampir 1 jam 15 minit dari Semporna.

Yeahaa...Berjimba atas bot..
Habis gelap kulit lepas balik semenanjung..
Pastikan pakai sunblock sebelum berjimba atas bot ini..
Kami pilih bot biasa jer sebab nak rasa macam mana nelayan menangkap ikan :)




Terkejut..ada orang tinggal dalam bot.
Bermakna buat macam rumah.
See,ada baju-baju tu..

Mengikut cerita, Suku Bajau atau Palauh yang tinggal di dalam bot dan bersifat nomad.
Dan mereka beranggapan yang tinggal atas bot kaya dan di darat adalah miskin.

Bangsa bajau laut ini bertaburan , dorang ada di malaysia , burma , filipina , indonesia , kehidupan mereka banyak berkisar pada lautan , buat anak atas perahu , beranak atas perahu , beranak cucu atas perahu , dalam mana2 negara itu kerakyatan bajau laut tdk diiktiraf ..





Jangan main-main..
Rumah atas air pun ada FREE-WIFI..
Masa ini satu bot gelak-gelak tengok iklan tu :P

Dah sampai..
Tapi kuatkan hati,kentalkan jiwa..
Sebab korang akan berjalan atas laut..
Maksudnya atas kayu-kayu itu..
Tapi,Masyaallah..
Kayu-kayu itu semua jarang-jarang.
Jalan kena hati-hatilah ya. :) 



Skandal Sabah-Daren :P



Ok,bye-bye..
Sesiapa nak pergi Sabah,pergilah..Best!!:)










"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...