Duit lebih untuk kawen..yippe

Wednesday, May 25, 2011

Beza Putu (Mayam,Piring,Buloh,Mayang,Perak,bola)

Hai.
Korang apa khabar?
Harap sihat..
Hari ini nak bercerita pasal PUTU.
hah,pernah dengar tak?
Kebiasaan yang nampak Putu piringlah..
Tapi sebenarnya ada macam-macam jenis putu sebenarnya.
Sampai yang korang tak pernah dengar atau makan.
Selalunya aku balik kampung Taiping,Perak
memang tiap-tiap pagi dihidangkan dengan kuih muih dan Putu Mayam ini.
Tapi hari itu balik,x delah pulak..
Sebab itu nak cari keliling KL ni.
Kalu boleh area Ampang,Pandan Jaya macam itu


1.Putu Boluh /Putu Bambu
Putu buluh atau putu bambu merupakan sejenis makanan yang banyak dijual di pasar malam. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung ubi, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Ia dinamakan kerana semasa ia dikukus, ia diletak di dalam kelongsong yang diperbuat daripada buluh sebelum dikukus di atas kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda (nyiur kulit hidup).




2.Putu Mayam
Hah,yang ini susah sikit nak dapat area tengah Kuala Lumpur.
Selalunya mamak dia jual putu mayam naik motor.
Itu menjadi kesukaran nak dapatkannya.:(
Memang asalnya dari India.
Dalam bahasa inggering dipanggil String Hoppers.

 Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri LankaMalaysiadan Singapura sebagai snek.



3.Putu Perak/Putu Cawan
 Namun, sejenis kuih tradisional – Putu Perak – jarang didengari apatah lagi didapati di negara ini walaupun dicari di bazar-bazar Ramadan.
Berintikan kelapa parut, berwarna putih serta rasanya yang lemak-lemak manis, tekstur luaran kuih ini yang lembut pasti menarik perhatian sesiapa sahaja untuk mencubanya.
Diberi nama sempena bahan asasnya yang mudah didapati di Perak, ia menggunakan tepung beras, tepung pulut serta kelapa sebagai adunan utama.
Bezanya dengan putu piring, ia tidak menggunakan tepung ubi.
putu Perak yang asalnya dipanggil sebagai putu cawan




4.Putu Mayang
Kalau di Indonesia,
Putu Mayam mereka dipanggil Putu Mayang.
kalau bahasa Inggeris dipanggil Central Java atau Petulo Di Timur Jawa.
Kalau tanya aku macam mana rasanya
pun aku tak tau..
Mana nak dapat kat KL.
kalau nak pergilah Indonesia..
:)





5.Putu Piring

Putu piring ini pulak adaptasi dari Putu Mayam tapi ini Malaysian Version lah.


Putu piring banyak dijual di pasar malam. Ia merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripadatepung ubi, yang berintikan nisan atau gula Melaka. Ia dinamakan sempena bentuknya seperti piring, dan akan dibalut dengan kain putih sebelum dikukus dalam kukusan khas. Selepas itu, ia akan diletakkan di atas kepingan kecil daun pisang yang dialas dengan inti kelapa parut muda (nyiur kulit hidup).
Terdapat juga putu piring yang dicampurkan kunyit menjadikan warna kuning. Selain daripada putu piring





6.Putu Bola
Putu Bola ini sebenarnya sama je denagn putu piring/putu mayam
Cuma ini di Singapura.
Memag sangat terkenal sejak tahun 1970 lagi.
Pembuat putu bola ini asalnya dari India yang berhijrah ke Singapura.
Maka untuk kelainan maka beliau buatlah putu Bola ini.



Oklah korang kalau ada tempat menarik jual Putu Mayam bagitau ya.
Ada beberapa aku survey,
tapi bukan rezeki orang yang jual naik motor itu takde.
Kena bukak kedai sendiri jual putu mayam lah nampaknya..
hehe;p


"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM

6 comments:

  1. wah no.4 n no.6 mmg xpenah jumpe

    my fav putu bambu :)

    ReplyDelete
  2. pia :sara pun tak pernah rasa.no 3,no 4 dan no 6
    :)

    ReplyDelete
  3. putu perak boleh beli kat pasar malam bandar tun razak hari khamis.5 ketul rm 2 jek...

    ReplyDelete
  4. nak share.... nak tunjuk kat kawan macam mana rupa putu perak / putu cawan... kalau ada cara nak buat putu tu, boleh link kan tak? :) ~http://marieamnayan.blogspot.com... tq

    ReplyDelete
  5. ikut cerita, putu bola terjadi sbb lebihan buat putu...tak nak bazir lebihan tu dia buat la bulat2...

    ReplyDelete

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...