Duit lebih untuk kawen..yippe

Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

Review Filem : Karak





Filem Karak ini berinspirasikan dari cerita pengalaman benar saksi dan tambahan cerita digarap sendiri pengarah Yusry Abdul Halim.
Para pelakon terdiri dari muka-muka baru Syahir,KilaFairy,Shera Ayob, Along Ezendy.


Bagi aku,permulaan yang baik dan dah ada mood seram.
Sepasang suami isteri yang mempunyai anak kecil terkandas di laluan Karak kerana 
kereta mereka rosak.
Maka,si suami meninggalkan isteri dan anak kecil mereka di dalam kereta untuk meminta bantuan.
Dan bermulalah episod hantu karak bermaharajalela..


Kemudian adegan 4 sahabat ingin ke Kuantan,
tetapi ketika itu jalan jem melalui highway maka mereka mengambil keputusan
untuk melalui jalan lama iaitu Karak.
Dalam perjalanan mereka bercerita mengenai mitos yang terjadi kepada pengguna jalan terbabit.
Namun akhirnya mereka terjebak dalam kemalangan,
Kereta jatuh ke gaung/cerun bukit.


Bermula episod itu,aku rasa cerita dah tak best dan tak seram.
Tak tahu kenapa.
Rasa bosan pun ada.
Tapi teknik CGI memang bagus dan cantik.
Tapi entahlah sebab muka hantu dibuat begitu rasa macam benda pelik sahaja.
Seram lagi aku tengok Jangan Pandang Belakang..


Hurm lagi satu bab Kilafairy yang nak mandi tengah-tengah malam dalam hutan.
Amboi berkemban seksi you!
Dalam wayang bebudak lagi dok suwit-suwit kat dia saja.
Yelah macam tak logik jer ko nak mandi kat tengah hutan malam-malam.


Tapi motif utama cerita ini suruh kita kuat berpegang pada agama dan suruhan-Nya.
Kelainan yang ditonjolkan adalah bacaan ayat kerusi tetapi tafsirnya dalam bahasa melayu.






Entahlah overal aku bagi 2 bintang je kot.
Kalau korang nak tau best ke tak,tgk sendiri lah ya..
Ini pada mata pandangan aku jer.
















"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM

Review Filem :KL Ganster



Hye.
Mesti hampir semua sudah menonton cerita ini.
Filem ini mengisahkan 2 beradik yang terjebak dalam dunia gangster di KL.
Seorang bernama Malek(Aaron) dan seorang lagi bernama Jai (Ady)
Abangnya Malek telak dipenjarakan 5 tahun setelah dikhianati kumpulannya
sendiri iaitu King tetapi didalangi oleh anak tirinya Shark (Shamsul).

Bagi bekas banduan,Malek tidak ingin lagi hidup dengan kehidupan yang lama,
Maka beliau berniat untuk membantu ibunya yang tua dengan melakukan pekerjaan mulia.
Namun,ramai gangster yang tidak puas hati dengan Malek ini.
Terutama anak tiri King,iaitu Shark..
Ada sahaja jalan yang dicari untuk Malek bertemu dengannya.
Memang setelah dilihat,Shark ini cemburu sebenarnya dengan kelebihan Malek.
Maka,dia buat macam-macam cara untuk hapuskan malek.
Sampai kawan dan ibunya turut diganggu.
Bagi akulah,nak jadi gangster tu tak cool lah ko kacau family kan?
Kalau nak gaduh jumpa lah depan-depan.
Ini sampai kawan dan ibu si Malek pun kau kacau.
Tapi disebabkan Shark ini banyak duit,dia perbodohkan Jai iaitu adik Malek untuk join kumpulan dengannya.
Pada asalnya Jai adalah ahli kumpulan Dragon.
Tapi disebabkan wang,Jai ikut serta dengan Shark untuk turut memburu Malek.
Malek mempunyai rakan yang dipercayai iaitu Ajib dari kumpulan Dragon.

Maka terjadilah pertempuran serta kisah tragis.
Serius aku boleh sebak dalam wayang tengok cerita KL Gangster ini..
Semangat setiakawan begitu kuat.
Sampai sanggup gadaikan nyawa.


So,kalau korang tengok memang berbaloilah..
Aku bagi 4 /5 bintang cerita ini sebab boleh bagi aku touching..





"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...