Duit lebih untuk kawen..yippe

Wednesday, June 15, 2011

Review Filem :KL Ganster



Hye.
Mesti hampir semua sudah menonton cerita ini.
Filem ini mengisahkan 2 beradik yang terjebak dalam dunia gangster di KL.
Seorang bernama Malek(Aaron) dan seorang lagi bernama Jai (Ady)
Abangnya Malek telak dipenjarakan 5 tahun setelah dikhianati kumpulannya
sendiri iaitu King tetapi didalangi oleh anak tirinya Shark (Shamsul).

Bagi bekas banduan,Malek tidak ingin lagi hidup dengan kehidupan yang lama,
Maka beliau berniat untuk membantu ibunya yang tua dengan melakukan pekerjaan mulia.
Namun,ramai gangster yang tidak puas hati dengan Malek ini.
Terutama anak tiri King,iaitu Shark..
Ada sahaja jalan yang dicari untuk Malek bertemu dengannya.
Memang setelah dilihat,Shark ini cemburu sebenarnya dengan kelebihan Malek.
Maka,dia buat macam-macam cara untuk hapuskan malek.
Sampai kawan dan ibunya turut diganggu.
Bagi akulah,nak jadi gangster tu tak cool lah ko kacau family kan?
Kalau nak gaduh jumpa lah depan-depan.
Ini sampai kawan dan ibu si Malek pun kau kacau.
Tapi disebabkan Shark ini banyak duit,dia perbodohkan Jai iaitu adik Malek untuk join kumpulan dengannya.
Pada asalnya Jai adalah ahli kumpulan Dragon.
Tapi disebabkan wang,Jai ikut serta dengan Shark untuk turut memburu Malek.
Malek mempunyai rakan yang dipercayai iaitu Ajib dari kumpulan Dragon.

Maka terjadilah pertempuran serta kisah tragis.
Serius aku boleh sebak dalam wayang tengok cerita KL Gangster ini..
Semangat setiakawan begitu kuat.
Sampai sanggup gadaikan nyawa.


So,kalau korang tengok memang berbaloilah..
Aku bagi 4 /5 bintang cerita ini sebab boleh bagi aku touching..





"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM

2 comments:

  1. Sy dah tgk..mmg best la..
    anak sedara sy sgt2 suke tgk..
    lg2 part zizan yg mmg kelakar habes..

    ReplyDelete
  2. haslinda :kan ?zizan watak pembantu yg best:)

    ReplyDelete

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...