Duit lebih untuk kawen..yippe

Friday, June 24, 2011

Kenali lelaki pilihan hati



Tajuk panas ke nih?
rasanya tak kot,sebab ada blog-blog lain juga sudah bercerita pasal ini.
Sara ni suka berkawan.
So,dah kenal macam-macam jenis lelaki ini.
Ada sebab kalau saya menjauhkan diri.
Dan bersebab juga saya boleh berkawan.

Tak susah,senang jer nak kenal mereka ini:

1.Boleh dipercayai,Jujur
Ini boleh dilihat kalau dia diberi tanggungjawab dan diselesaikan sampai habis.
Tapi lihat juga tanggungjawab diberi lagi-lagi melibatkan RM.
Adakah jujur dia memberi resit dan wang baki yang secukupnya?
Apakah feedback orang yang berurusan dengannya?
Adakah kerja yang dilakukan sempurna dan terjamin habisnya.

Kerana Al-Amin, Khadijah terpikat
Sirah Rasulullah, bagaimana baginda digelar al-Amin. Kerana beliau diberi amanah oleh para pemuka Quraisy dalam isu meletakkan Hajar Aswad. Kenapa dia diberi amanah tersebut? Kerana Baginda nabi adalah seorang yang dipercayai akibat kejujurannya dalam menjalankan amanahnya.
Abu Lahab pernah cuba meminang Siti Khadijah melalui Abu Thalib. Namun, ditolaknya. Kerana apa? Abu Thalib berkata :
“Dalam pertemuanku itu, Khadijah mengatakan dia memerlukan seorang lelaki yang dapat dipercayai bagi menjalankan perniagaannya. Dia berpesan supaya mencarikannya seorang lelaki yang jujur dan dapat dipercayai. Ayah tidak nampak orang lain selain kamu, wahai Muhammad.”
Ciri-ciri orang yang dipercayai? Pastinya tutur kata yang baik, amanah, jujur serta tidak berbohong. Sukar? Wanita baik seperti Khadijah menyukai lelaki seperti ini.







2.Berani dan berkomitmen


Lelaki berani iaitu of course lah jumpa family si perempuan itu..lagi-lagi jumpa ayah kepada si perempuan.
takkan lah nak kawan selama-lamanya.Hidup mesti ada perancangan.Kalau lelaki itu asyik hidup enjoy dan bersosial sahaja,tanpa memikirkan komitmen hidup dalam perhubungan sah,lepas itu hidup dikelilingi perempuan yang semuanya dia declare sebagai kawan baiklah,kawan sekolej lah kawan itulah,kawan inilah,
jangan ragu-ragu untuk ucapkan Good Bye my lover.Sah-sah dia nak sesuatu saja dari anda!mungkin anda seorang yang berduit?atau seorang yang mempunyai reputasi tinggi masa depan?



Usaha dan Berani, akhirnya Fatimah dimiliki
Dua sahabat terkemuka telah cuba meminang Fatimah, namun pinangan mereka ditolak dengan baik oleh Rasulullah. Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar, siapa tidak kenal dengan tokoh Islam yang terkenal ini?
Yang akhirnya dapat? Tak lain tak bukan, Saidina Ali.
Apa yang dilakukan oleh Saidina Ali untuk mendapatkan Fatimah? Adakah beliau berdiam diri sahaja? Tidak, beliau berusaha untuk menikahi gadis yang dicintainya, bukan berpeluk tubuh dan berdoa semata-mata.
Gadis yang baik tak akan timbul dari langit, usaha perlu ada. Lelaki yang bersungguh-sungguh, InsyaAllah akan menjadi suami yang menjaga isterinya sebaiknya. Kerana usahanya berbaloi jua.
Apa dimaksudkan dengan berani? Saidina Ali sentiasa berdamping dengan bapa mertuanya (ketika itu belum lagi), dan akhirnya, beliau sendiri datang berjumpa baginda nabi. Sehingga ke alam perkahwinan, beliau masih lagi berhubung baik dengan bapa mertuanya.
Secara jujurnya, wanita selalu sahaja mudah mendampingi keluarga mentuanya. Berbanding lelaki, hanya berani ketika ingin mendapatkan wanita idamannya, tapi selepas menikah, lebih banyak ditumpukan keluarganya berbanding keluarga isterinya.
Sebab itu tidak hairan jika si isteri lebih rapat kepada keluarga mentua berbanding suaminya. Kerana suaminya sendiri mencipta jurang segan terhadap keluarga mentuanya. Bila bersama dengan keluarga isteri, mereka banyak berdiam diri, sebab tak beranilah tu.






3.Ikhlas
Bermakna dia takdelah nak paksa-paksa kita tak boleh buat itu ini terus menerus.Dia ikhlas sayang kita sebab nak jadikan kita terbaik.Contoh kalau kita sakit ke,accident ke,si dia sanngup menghulurkan bantuan tak kira masa dan tenaga.Sanggup bersusah payah untuk kita.Selalunya dia tidak mengongkong kita.Bagi dia,jika kita betul-betul sayangi seseorang,kita lepaskan dia,nescaya dia akan datang kembali jika memang benar dia untuk kita.



Keikhlasan cinta Abu Salamah
Abu Salamah? Siapakah dia? Beliau merupakan saudara susuan kepada baginda Nabi. Telah ditakdirkan bertemu jodoh dengan sepupu “Pedang Allah” Khalid al-Walid, yakni Hindun binti Abu Umayyah atau dikenali sebagai Ummu Salamah.
Ummu Salamah merupakan seorang wanita yang cantik, mulia, terhormat dan bijaksana. Cintanya kepada Abu Salamah terlalu besar, hinggakan cemburunya pun besar juga. Abu Salamah merupakan seorang pahlawan Islam yang terbilang, dan sentiasa dilanda kecederaan ketika berjuang. Dan Ummu Salamah menumpukan sepenuh perhatian merawat suaminya yang tercinta itu.
Namun, jodoh mereka tidak berpanjangan. Abu Salamah pergi meninggalkan Ummu Salamah ketika luka lamanya semasa perperangan berdarah kembali. Saat-saat sebelum pemergian Abu Salamah, Ummu Salamah berkata :
“Kandaku sayang! Dinda mendengar bahawa jika seorang isteri ditinggal mati oleh suaminya, sementara suaminya itu menjadi penghuni syurga dan isterinya tidak menikah lagi, maka Allah mengumpul mereka kembali ke alam syurga. Maka berjanjilah wahai kekasihku, kanda tidak akan menikah lagi, seandainya dinda pergi dulu. Dinda juga akan berjanji akan tidak menikah lagi andai kanda pergi dulu.
Abu Salamah memang mencintai isterinya, tapi dia sedar, wanita solehah, secantik dan sebijak isterinya wajar dimiliki oleh seorang yang lebih baik darinya. Dalam tenat berbicara, Abu Salamah membuat keputusan yang terbaik buat isterinya.
“Mahukah dinda taat kepada kanda?’ kata Abu Salamah.
“Sudah tentu wahai kekasihku,” jawab Ummu Salamah.
“Berjanjilah, jika kanda pergi terlebih dahulu, maka menikahlah lagi,” pinta Abu Salamah. Ummu Salamah terkedu, air matanya bercucuran hiba.
“Ya Allah, jika aku mati terlebih dahulu, maka berikanlah Ummu Salamah seorang suami yang lebih baik daripadaku yang tidak akan membuatnya sedih dan menyakitinya,” doa Abu Salamah dalam kepayahan.
Ikhlasnya Abu Salamah bukanlah untuk dirinya, tetapi untuk isterinya, agar isterinya memperoleh kebaikan yang tak terhingga tatkala dia menutup mata.
Demikian keikhlasan cinta seorang suami kepada isterinya, memikirkan yang terbaik untuk isterinya, dan akhirnya, Ummu Salamah bernikah dengan Rasulullah!
Mencintai dengan ikhlas, bukanlah melepaskan diri dari tanggungjawab, tetapi memberi yang terbaik buat isterinya.







 4.Romantis
Romantis tu bukanlah kena selalu bagi bunga,coklat, anak patung beruang ke..
Ianya datang secara tiba-tiba.mungkin lelaki itu sanggup tunggu berjam-jam semata-mata nak tengok kamu sahaja.takpun sidia call bertanya khabar atau pun sms tanya buat apa tu?itu sudah dikira romantis lah.
Tapi yang sudah dikenal pasti,kalau sudah kenal lama..yang si lelaki ini nak call/sms satu hari pun susah.Asyik perempuan itu jer yang tanya.Lama-lama fedup jugak si perempuan itu.Cakap couple sayang-sayang,tapi dah lama buat macam ini pulak.kami perempuan ini makan hati dan macam kena tipu jer.So,jangan terkejut perempuan akan beralih arah sebab ada orang lain yang caring.



Romantis ala Rasulullah
Apa fikiran kamu tentang romantis? Geli berjiwang-jiwang? Romantik itulah penghubung erat rumahtangga. Nabi ketika keluar tatkala menyambut salam dari sahabatnya, maka sahabatnya melihat tangan baginda terdapat tepung. Nyata ketika itu baginda membantu isterinya menguli tepung.
Bab menegur isteri pun cukup romantik, tatkala Aisyah memasak sesuatu, baginda nabi merasainya. Lalu dirasakan masakan itu kurang enak, dan Aisyah bertanya tentang masakannya. Lantas, nabi sendiri menyuapkan makanan itu ke dalam mulut Aisyah. Tahulah Aisyah mengenai masakannya itu.
Ada lagi, daripada Aisyah, beliau berkata : “Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya.
“Lalu baginda minum, kemudian saya mengambil cawan, lalu saya menghirup isinya. Kemudian baginda mengambilnya daripada saya, lalu beliau meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya.” (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Sa’id bin Manshur).






5.Pandai urus diri
Janganlah perempuan je korang nak yang cantik,yang cun,,yang korang lelaki tak reti nak jaga diri.
Perempuan beware,kalau nak tau lelaki itu pengotor ke tak,sila tengok kuku lelaki itu?
potong kuku atau tak?lepas itu korang tengok kuku mereka ada daki bekas hitam-hitam ke?
Kalau dah duduk dekat ada tak bau badan?kalau ada bau badan yang tengititu
 memang sah tak reti jaga diri.Apa salahnya sembur perfume sikit.Kita ini dahlah nak berjumpa orang.
Itu adalah ciri-ciri luar.Kalua dapat tau sedikit dari luaran,yang dalaman atau di rumah kita dah dapat agak pun.









 6.Tahu pasal agama
Seorang lelaki yang ingin menjadi suami,bapa dan juga pemimpin masyarakat wajib tau mengenai agama.
Kalau solat subuh baca qunut tak tau langsung,rukun islam 5 perkara x tau,rukun iman itu apa,mengaji alif,ba,ta pun tak kenal..apalagi nak tanya hukum feqah,tajwid semua.Sebab dalam hidup ini perlu ada panduan,kalau tak de semua buat suka hati dia je.sebab itu ada agama,sebab agama itu panduan hidup.Kalau rasa-rasa tak reti tu pergilah belajar,takdenya orang nak gelakkan.Ilmu itu kita perlu cari sampai ke liang lahad.
Tapi kalau ajak pergi bersosial di kelab,laju je pergi.konon nak ikut arus permodenan sekarang.
Hurm,entahlah..pilihan di tangan masing-masing.







 7.Menghormati orang tua dan rakan-rakan
Oh ya,ini sangat penting..cuba bawak lelaki pilihan ini jumpa family dan rakan-rakan perempuan korang.
Dia nak ikut atau tak?atau dia kata dia ada hal,malas lah.
Kalau seorang lelaki yang serius,dia sanggup sebab dia akan jadi sebahagian dari ahli kelurga si perempuan itutidak lama lagi.Kawan-kawan kepada si perempuan inilah yang mengetahui serba serbi tentang kita.




Kalau lelaki yang dipilih sudah menepati ciri-ciri di atas,
jangan tunggu lama-lama,
Kos nak kahwin makin meningkat.
Kalau boleh jangalah meminjam kat ceti haram tu.
Buat guna duit sendiri lagi elok.
Yang lelaki janganlah pinjam dengan mak bapa pula,
Malulah sikit..awak lelaki,ada 9 akal,kudrat yang mampu mencari rezeki yang halal.
Rezeki halal itu memang agak penat,tapi ganjarannya hebat.
Jangan nak cari yang cepat dan senang kaya,itu sudah tentu kerja haram.









"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God." 
 WWW.SARAHATA.COM

4 comments:

  1. wohhhh ! sgttt menarik nih . heheh .

    nak minta share di FB . bley tak cik sara ? :)

    ReplyDelete
  2. hohoh... klu di beri pilihan antara aaron dgn farid... agak2 mane sarah akan pilih?? hehehe....

    ReplyDelete
  3. cumuhana :boleh..silalah ;)

    isteri :yup,mr right.

    roxxette :hehe,aaron kot;0

    ReplyDelete

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...