Duit lebih untuk kawen..yippe

Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts
Showing posts with label kota kinabalu. Show all posts

Monday, February 11, 2013

Percutian ke Kota Kinabalu,Sabah-Part 2

Salam.
Hai semua.
Kali ini nak bercerita percutian ke Kota Kinabalu part 2 pula.
Selepas ke Kudat,kami berpatah balik ke Kundasang Sabah.
Jadi kami sampai disana sudah malam dalam jam 830 malam.
Kami bermalam di Kiram's Village,Mesilau Kundasang Sabah.
website nya  : Kiram's village.com
Kami bermalam di bilik Chili & Onion.
Harga satu malam RM80.Tiada kipas,tiada aircond.
tapi jangan risau,mesti you all akan terasa nak unggun api je.sejuk sangat.atas gunung kan;)
Tapi memang nak pergi sini lagi.
terasa nyaman,bangun pagi-pagi boleh nampak gunung kinabalu.

 Simple as me,for holiday ;)
  suasana ketika jam 6 pagi.

 Tadaa..di Kiram's Village

 Bergambar la puas-puas.


Ini sesi bergambar kena angin gunung kundasang pula;) 

 4 hartawan,eh silap 4 jelitawan.;)
(kalau hartawan pun apa salahnya in future kan?;)

Kemudian selepas sarapan pagi,kami ke ladang lembu ini.
nak masuk seorang tiket RM3.
Sila sedia dengan tisu berbau harum ya.
Kerana baunya sungguh menusuk hidung.
Bergambar memang terror buat muka-muka happy.


Senyum je,dalam hati tengah tahan nafas 2 minit.
huhu

Seronok korang ya melayan anak-anak kambing putih kelaparan ini.
Sara pun turut excited memberi kambing ini makan.hehe


Yes,i'm feeding a calf just now.
takut tapi nak kontrol cun juga.
perempuan macam itulah.;)

Kami di New Zealand in Malaysia.
;)


Sambil makan aiskrim susu lembu


bergambar sebegini,wajib!

Kemudian,kami ke kundasang
untuk melihat gunung kinabalu.
Namun hampa..
Kabus yang sangat tebal tak nampak apa-apa.
dan sangat sejuk cakap pun keluar asap putih..
kaki tangan semua kebas,tak sampai 10 minit kami gerak pergi tempat lain.

 tiba-tiba nampak semua cerah berseri dalam gambar ini.
Mungkin keadaan cuaca yang sangat sejuk.


Tak nampak apa.ini pun di kaki gunung.


Next trip kami ke rumah terbalik.
nak masuk ni pun tiket rm10 dikenakan seorang.
Sara rasa mahal sebab rumah terbalik sebiji itu saja.
tak dibenarkan ambil gambar isi dalam rumah tersebut.


Kalau masuk dalam rumah terbalik itu korang akan rasa pening sikit,yelah terbalik dari keadaan asal.
kalau nak tau macam mana,pergi sendiri ya;)


Next trip ke pasar filipina/pasar jamilah
(will confirm it later,lupa nama tempat)
Tau tau kenapa namanya sebegitu.
tapi tempat ini jual banyak barang cenderahati,keychain,baju t-shirt dan lain-lain
Kopi tenom ada di Sabah saja.
Sedapla kopi tenom ini,rasanya lain sikit dari kopi lain.

Ada je paparazzi snap gambar ini kan.

Next destination,
kami makan di kedai seafood.
memang sudah lapar sangat tak sempat nak bergambar.
cuma sebelum makanan sampai,
Sara teruja pula tengok belut hidup ini.geli jugak tengok.


selepas makan semua,
kami pulang.
sudah penat.
esok pula nak snorkeling di dua pulau.
pulau manukan dan pulau mamutik.
tak sempat pergi pulau sapi .
tunggu next entry part3 ya;)




"Great things may come from small beginnings." "Alhamdulillah,Good things come to those who wait" WWW.SARAHATA.COM

Percutian ke kota kinabalu,sabah-Part 1


Assalamualaikum.
Hai semua.
Sorry la sebab lama tak update blog.sibuk dengan pelbagai hal.
Terima kasih juga kepada silent reader yang sudi menjengah blog picisan ini.
Lagi-lagi nak cari info pasal wedding dan hall wedding
tq so much!;)

Oh ya,tahun 2013 sudah lama datang.
percutian saya awal tahun ini adalah ke Kota Kinabalu,Sabah.
3 tahun dahulu saya pernah juga bercuti ke Sabah,namun itu ke Tawau,pulau mabul.
Lain tempaat lain cerita,lain suasana.

Kami bertolak dari airport pada 10 jan 2013.
Last minute info Sara dapat tau Sara naik flight sorang.
Hampir ketinggalan flight sebab lewat jalan lenggong mak limah kan..
Tips nak jimat,sila tempah tiket air asia awal,
kemudian plan perbelanjaan dan destinasi nak pergi.
Bolehlah dapat RM200 tiket pergi balik,
Duit simpanan nak pergi reserved RM500 seorang.
Kawan yang lain lambat lagi,lewat sejam.
Maka Sara la sampai KK dulu,nasib baik ada kawan disana yang tunggu.

Hari pertama sampai,masing-masing jetleg(haha,macam apa je,2 jam je dalam flight)
tapi seriously i pening kepala,
So,malam itu hanya aktiviti makan malam saja.
Kos makan di Sabah tinggi ya.
Jangan terkejut harga nasi goreng sepinggan sama harga kita makan nasi goreng di pappa rich,old town.
So,be ready dan extra money kalau nak makan disini.

So pagi-pagi subuh disini jam 4 pagi,
kalau jam 6 pagi bangun tu dah waktu syuruk.
peralihan waktu satu jam awal dari semenanjung.

Pagi itu selepas sarapan,kami berangkat ke Kudat.
perjalanan dari KK ke Kudat ambil masa 3 jam.
jauh tu..
Cuma gagahkan juga duduk dalam kereta lama-lama sebab tak tau kita akan datang lagi atau tak kesini.
Disini yang menarik 
"The Tip of Borneo"

Kalau korang tengok peta sabah yang mucung depan tu.
itulah terletaknya tempat yang menarik tersebut,
Macam kat oversea tau!

Kemudian,kami pergi ke rumah panjang Sabah.
Saja je ambil pengalaman disitu.Adabayaran tiket RM4 seorang.

Boleh scroll gambar dibawah,maaf gambar tidak tersusun ;)

Posing ayu manja menjadi wajib.hehe



Terkena angin hujung sabah.;D

Ini di rumah panjang sabah


"You are here "



Korang datanglah sini,mesti terpegun dengan keindahan pantai dan laut serta sekelilingnya.

Ini di rumah panjang sabah,sesiapa yang nak rasai pengalaman bermalam disini pun bole,
ada tilam bantal,lampu pelita,tapi  tiada kipas, tapi peti ais ada;)

duduk di satu katil ini.namanya INGKODON.
Katil ini digunakan ketika pasangan berkahwin,dan diletakkan di luar rumah panjang dan digunakan oleh komuniti Rungus.




THE TIP OF BORNEO




Ok,next untuk part 2 kita akan cerita pasal di tempat lembu,rumah terbalik dan kundasang ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...