Duit lebih untuk kawen..yippe

Wednesday, July 20, 2011

Melahirkan baby dalam air ?

Sara tak pernah tau ada kaedah melahirkan anak dalam air.
Rasanya tak pernah tengok.
Dengar macam tak percaya,macam mana ya keadaannya?
Mesti darah penuh kan dalam air itu?Hanya orang yang kental berani tengok darah dalam air.
Sara sendiri pening tengk darah banyak-banyak.
Yuk..

Tapi selepas membaca komen Dr Muszaphar dan isterinya Dr Harlina dalam majalah Harmoni
ingin melahirkan anak melalui kaedah "Water Birth",
Maka baru timbul kesedaran serta kepercayaan dimana kaedah ini
semakin diterima di Malaysia.
Kaedah ini dikenalkan dari Russia,dan hampir 50% penduduk Taiwan melakukannya.

Nak tahu apa itu water birth?
Ianya proses melahirkan anak didalam air.
Mengikut teori katanya untuk boleh mengurangkan kesakitan pada ibu.
Dan ibu akan rasa lebih relaks serta mempunyai tenaga lebih untuk meneran.
Dalam air,liang-liang kulit akan terbuka,maka proses pembukaan kelahiran lebih mudah.
Bayi dengan air tiada masalah.
Kerana memang dalam perut ibu dia sudah berada dalam air.
So,tiada istilah dia kelemasan dalam air,
Bayi akan meggunakan paru-parunya setelah 10 detik keluar dari perut ibunya.

Tetapi bukan semua wanita boleh melalui kaedah kelahiran begini.
Jika ibu yang ada masalah darah tinggi,herpes,kelahiran bakal kembar,songsang,
ada penyakit yg berjangkit,ketuban belum pecah,kelahiran tidak cukup umur,pinggul ibu yamg kecil.
Maka mereka tak boleh melalui kaedah water birth.

nak tahu lebih lanjut tengok video ini :





"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God." WWW.SARAHATA.COM

No comments:

Post a Comment

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...