Duit lebih untuk kawen..yippe

Friday, May 13, 2011

Review Cerita Roommate

Hai semua..
Lama rasanya tak update blog.
Oklah kali ini nak review sikit mengenai filem "Roommate"
Ingatkan cerita hantu di hostel.
Rupa-rupanya bukan.


Ianya kisah mengenai Sarah yang sebilik dengan Rebecca
Rupa-rupanya mengenai rakan sebilik Sarah iaitu Rebecca yang ada sakit mental.
Mana taknya,
Dia jeles kalau kawan dia balik lewat malam atau tak balik.
Kemudian,konon nak jadi hero belikan barang yang menjadi kesukaan Sarah.
Rebecca ini akan hapuskan setiap orang yang buat hidup Sarah ini
terganggu.
Paling teruk dan paling rasa terganggu masa Sarah cakap nak pindah bilik
dan nak duduk dengan makciknya Irene.

Hurm..mmg dahsyatlah kalau orang dah sakit mental ini.
Tapi dia nih jenis overprotective.
Mula-mula ingat dia lesbian,tapi takde lah pulak.
So,kegilaan nya boleh menyebabkan orang lain hampir terbunuh.






So,lepas ini kalau ada roommate yang lain sikit ngan korang,
Baik pindah dulu cepat-cepat.
Sebelum perkara lain yang jadi.



Nak tahu ciri-ciri senang jer :

- Dia seorang yang jeles kalau korang ada boyfriend dan kawan-kawan yang lain.
-Seorang yang selalu bersendiri
-Menganggap korang adalah kawannya yang terbaik dan dia seorang je kawan korang.
-Tetiba menyukai apa yang korang suka.Contoh akan belikan barang kesukaan korang,
pakai jam,beg yang korang suka dan beli barang yang serupa korang ada.
-Akan marah kita secara tiba-tiba sebab kononnya terlalu risau.


"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God." 
 WWW.SARAHATA.COM

No comments:

Post a Comment

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...