Duit lebih untuk kawen..yippe

Tuesday, May 31, 2011

Appreciate


Assalamualaikum.

Hari ini nak bercakap mengenai hargailah seseorang.
Appreciate for what they do for you.
Banyak perkara kita perlu bersyukur dan berterima kasih.
Saya pun pernah di satu tahap tiada apa-apa.
Tiada apa-apa untuk dimakan,Wang hanya tinggal RM11.32 sahaja di bank.
Memang saya rasa lemah dan terduduk.
Inilah cabaran kita bekerja dengan kudrat sendiri.
Jadi saya faham kepada orang yang sealiran dengan saya.
Ketika itu Allah menguji dimana sahabat yang sanggup menghulur bantuan 
walaupun sumbangannya kecil namun ianya sungguh bermakna.
Dan saya akan ingat sampai bila-bila.
Semoga dirimu dilimpahi rezeki oleh-Nya.

Tapi Syukur ke hadrat-Nya.
Dugaan itu hanya untuk 2 hari sahaja.
Dan rezeki lain datang tanpa disangka.
Masa itu rasa nak menangis sahaja.
Ikut logik macam mana nak bayar sewa rumah,duit kereta dan lain-lain.


Oklah sebenarnya saya nak tekankan kalau ada mereka yang berniaga,mereka akan tawarkan servis dengan harga yang pelbagai.Cuma anda sebagai pengguna berhak memilih.Cuma janganlah tawar menawar sampai tak logik dengan usaha dan keringat yang diberikan.
Contohnya kerjaya sebagai seorang jurugambar.
Kerja mereka penat,berpanas mengambil gambar,kemudian tanggungjawab mereka bukan disitu sahaja,
Perlu mengedit gambar,perlu ke kedai untuk membuat album.
Jadi fikir-fikirkan lah ya.


Gambar ini adalah belakang tabir penghasilan sesebuah gambar,tengok kesian kan mereka perlu
begini.Tapi jurugambar ini tidak kisah,asalkan hasil gambar terbaik dan puaskan hati semua pihak...
Jadi hargailah orang disekeliling anda,
Jangan sesekali kita menghukum orang yang berbuat salah.
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada kita akan datang.


------------------------------------------------------------------------------------------------






Ok lah sekian.:)


P/s :kelas grooming akan diadakan pada 5 jun ini..ada lagi 3 kekosongan.kali ini kita akan berphotoshoot di studio Get Gorgeous boutique:) sesiapa yang nak join takkan menyesal sebab anda dapat belajar makeup ,hijab styling dan juga fesyen.makeover untuk diambil gambar.gambar akan dapat by cd...3 lagi kekosongan..more info sms only to :
+6014 235 1922..hurry up!


"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God." 

4 comments:

  1. cameraman tu..fuh posing dia..haha terbaik

    ReplyDelete
  2. hehe..pose nya mengalahkan model kan?;p

    ReplyDelete
  3. Betul3. sometimes photographerla yg posing lebih tuk mndapatkan pic yg cantik ^.^

    ReplyDelete

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...