Duit lebih untuk kawen..yippe

Tuesday, May 31, 2011

Baju Membentuk Stail Peribadi


Baju Membentuk Stail Peribadi
Wanita muda dan aktif ingin memiliki stail peribadi. Ia dapat dihasilkan melalui cara penampilan yang telah ditetapkan bersesuaian dengan anda. Teliti tips di bawah dan laksanakan apa yang sesuai yang dapat menampilkan diri anda yang tersendiri.










Leher Baju

Untuk kelihatan langsing dan tinggi, tumpukan perhatian kepada kolar. Bentuk leher baju yang panjang memang sesuai untuk semua jenis leher. Leher berbentuk V dan luas sangat ideal untuk mereka yang berleher kecil dan berwajah bulat. Pastikan anda tidak memakai pakaian yang berspan di bahu, jika perlu, hanya gunakan pelapik span yang tipis sahaja supaya bahu tidak kelihatan lebar dan besar.










Corak Yang Berjalur

Pemakai boleh tampak tinggi dengan corak baju yang berjalur ke bawah. Jika kena caranya, pemasangan butang yang memanjang ke bawah di tengah-tengah baju juga akan memberi kesan langsing. Elakkan dari memakai corak yang berjalur melintang atau kasut yang bercorak sedemikian. Anda akan kelihatan rendah dari saiz sebenar.






Kasut

Jangan sesekali memakai kasut yang berwarna putih melainkan anda benar-benar tinggi. Kasut putih boleh menyebabkan anda kelihatan rendah.







Baju Yang Berpotongan Longgar

Jika mahukan kesan yang langsing, pakaian yang berpotongan longgar dengan fabrik nipis dan lembut beralun mampu membantu agar pemakai nampak langsing. Jika pakaian jenis tiga keping, pastikan anda memilih warna yang sama atau yang senada. Jika tidak, pastikan gandingan warna yang dipilih bertepatan dan sesuai.








Pinggang Kelihatan Kecil

Bagi yang berpinggang lebar, gayakan kain, skirt atau seluar yang berwarna lebih gelap dari baju. Misalnya skirt tanpa corak dengan baju yang berjalur.







Bagi Yang Berpinggang Lebar

Jika mahu tampak pinggang lebih langsing, elakkan memakai corak yang berjalur pada bahagian pinggang ke bawah, juga jangan sesekali memakai warna-warna yang terlalu berkilat, pleated skirts atau seluar panjang yang terlalu lebar. Hiasan yang terlalu berlebihan pada bahagian pinggang ke bawah akan menarik perhatian kerana anda pemakai akan tampak lebih besar. Hanya berikan tumpuan pada bahagian atas sahaja jika mahu bergaya dengan aksesori.







Mengelakkan Tumpuan Pada Pinggang

Larikan pandangan mata orang lain dari pinggang anda dengan memakai pakaian atau gaun malam yang berpotongan luas pada dada. Anda juga boleh memakai kalung yang cantik atau aksesori yang agak berat untuk leher. Pemakaian skaf juga mampu mencuri pandangan.




Warna Putih

Jarang orang menggayakan warna putih ke majlis makan malam. Bagaimanapun, tidak salah jika ingin mencubanya. Tetapi pastikan pakaian tersebut benar-benar sesuai dan lebih elo jika ia mengikut potongan badan. Elakkan warna putih pada bahagian yang ingin dilindungi, misalnya leher yang pendek dan besar.





Aksesori

Gunakan rantai berlian atau dari jenis emas putih jika memakai pakaian yang berleher luas atau pakaian berwarna hitam. Jika pakaian berdasar putih, gunakan aksesori yang berkilauan, elakkan dari memakai aksesori yang berwarna kusam.



Seimbangkan Bahu Dan Pinggang

Agar pinggang kelihatan lebih langsing, pakailah pakaian yang mampu membuatkan bahu kelihatan lebih besar daripada pinggang. Misalnya, penggunaan span nipis sebagai lapik bahu, potongan leher baju yang luas, gabungan warna yang sepadan antara bahagian bawah dan atas iaitu di bawah lebih gelap dari bahagian atas. Ia mampu memberikan kesan yang efektif!

Seghairah mana sekalipun anda ingin memperlihatkan stail sendiri, janganlah sehingga menjadi mangsa fesyen. Yang penting, teliti terlebih dahulu gaya manakah yang paling sesuai bagi mengelakkan tersalah gaya. Ingat, personaliti diri anda dinilai daripada stail peribadi anda!






Untuk ketahui lebih lanjut,bolehlah hadiri grooming class saya 5 jun nanti ya..tinggal 2 tempat sahaja lagi.
sms +6014- 235 1922 untuk info.










"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM

Appreciate


Assalamualaikum.

Hari ini nak bercakap mengenai hargailah seseorang.
Appreciate for what they do for you.
Banyak perkara kita perlu bersyukur dan berterima kasih.
Saya pun pernah di satu tahap tiada apa-apa.
Tiada apa-apa untuk dimakan,Wang hanya tinggal RM11.32 sahaja di bank.
Memang saya rasa lemah dan terduduk.
Inilah cabaran kita bekerja dengan kudrat sendiri.
Jadi saya faham kepada orang yang sealiran dengan saya.
Ketika itu Allah menguji dimana sahabat yang sanggup menghulur bantuan 
walaupun sumbangannya kecil namun ianya sungguh bermakna.
Dan saya akan ingat sampai bila-bila.
Semoga dirimu dilimpahi rezeki oleh-Nya.

Tapi Syukur ke hadrat-Nya.
Dugaan itu hanya untuk 2 hari sahaja.
Dan rezeki lain datang tanpa disangka.
Masa itu rasa nak menangis sahaja.
Ikut logik macam mana nak bayar sewa rumah,duit kereta dan lain-lain.


Oklah sebenarnya saya nak tekankan kalau ada mereka yang berniaga,mereka akan tawarkan servis dengan harga yang pelbagai.Cuma anda sebagai pengguna berhak memilih.Cuma janganlah tawar menawar sampai tak logik dengan usaha dan keringat yang diberikan.
Contohnya kerjaya sebagai seorang jurugambar.
Kerja mereka penat,berpanas mengambil gambar,kemudian tanggungjawab mereka bukan disitu sahaja,
Perlu mengedit gambar,perlu ke kedai untuk membuat album.
Jadi fikir-fikirkan lah ya.


Gambar ini adalah belakang tabir penghasilan sesebuah gambar,tengok kesian kan mereka perlu
begini.Tapi jurugambar ini tidak kisah,asalkan hasil gambar terbaik dan puaskan hati semua pihak...
Jadi hargailah orang disekeliling anda,
Jangan sesekali kita menghukum orang yang berbuat salah.
Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada kita akan datang.


------------------------------------------------------------------------------------------------






Ok lah sekian.:)


P/s :kelas grooming akan diadakan pada 5 jun ini..ada lagi 3 kekosongan.kali ini kita akan berphotoshoot di studio Get Gorgeous boutique:) sesiapa yang nak join takkan menyesal sebab anda dapat belajar makeup ,hijab styling dan juga fesyen.makeover untuk diambil gambar.gambar akan dapat by cd...3 lagi kekosongan..more info sms only to :
+6014 235 1922..hurry up!


"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God." 

Taiping (Part II)

Assalamualaikum.

Saya nak minta maaf dulu sebab entri kali ini banyak gambar.
Gambar pun sebenarnya behind the scene,
So,don't expecting too much the picture will look wow,okey?
:)

Sambungan cerita percutian ke Taiping ,Perak part II,
Part I sudah diceritakan,cuba klik Tips percutian diatas tu:)

Kitaorang bertolak dari KL lepas Maghrib.
Dalam perjalanan aku tanya sepupu aku,opah ada dirumah tak?
Sebab aku ni selalu balik surprise je tak bagitau dulu.
Terus terjah je:)
Tapi aku yang kena surprise,cousin bgtau opah di Sg Petani.Jaga sepupu aku yang kecik-kecik sebab
maklang,paklang aku pergi China.
-Sigh- tak bolehlah tidur di rumah opah,makan masakan opah.
serius opah masak sedap.-_-
Jadi sampai Taiping, kena tidur rumah mak Zul lah..nasib baik mak dia sporting.
Rupa-rupanya dia kenal lah siapa tokwan aku dulu.

Masa ni semua orang makan mee kari,aku sorang je protes makan nasi ayam..
bad mood sikit time ini dengan orang yg ambil gambar inilah ;p masa inilah..sekarang dah okey..
Sebenarnya tujuan datang Taiping sebab nak buat pre-wedding Zul & Ina.
Aku kena makeup mereka berdua.



 Ini di Kuala Sepetang,tengok sangguip redah air laut tu nak ambik gambar:)

 Banyak ikan masin dan juga udang di Kuala Sepetang ini.Keluar je kereta memang bau udang kuat.

 Ini dia Taman Tasik Taiping.Kalau sesiapa tak pernah pergi,pergilah...hotel pun senang je.ada dalam kawan taman tasik,hotel seri malaysia.



 Ini di kantin sekolah Sekolah Men Keb Taman Tasik Taiping.
Camwhore aku nih.pantang orang nak shoot aku sibuk jer;p

 Aku mengajar 2 budak sekolah bergambar..:)

 Salah satu tempat makan.
 Kami makan popia..sedap dan murah!


 Ini di bukit larut.
Ada 2 option,samaada nak daiki sendiri atau naik jip.
Kami mestilah pilih naik jip ;p
seorang dikenakan RM6 untuk naik dan turun naik jip ini..

 Bergambar dulu dikawasan Bukit Larut.Ini bahagian bawah bukit itu sahaja.


 Ok,ready to go..adventure.lagi-lagi siapa yang duduk tepi tingkap..Kalua siapa yang ada mabuk-mabuk
tu,tak payahlah naik.pertama jalan nak naik berpusing-pusing,dalam 30 minit juga nak sampai puncak.
Of course u all akan rasa pening dan takutttt...
Memang profesional driver yang naik jip sahaja yang boleh bawak kitaorg naik bukit ini..



Masa ini dah sampai puncak :



 Ok teruja dengan pokok ini :)

 ada je yang snap gambar saya melayan perasaan ini kan?Tapi,u see the tree..very unique..Subhanallah.

 Ada jambatan gantung lagi.


Buaian ini dah lama,but i love this picture..:)

"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM

satisfying






My mother drew a distinction between achievement and success. She said that achievement is the knowledge that you have studied and worked hard and done the best that is in you. Success is being praised by others. That is nice but not as important or satisfying. Always aim for achievement and forget about success..







"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM

Wide Leg Jeans


Ini adalah beberapa jenis Wide Leg Jeans.
Sara pun menyukai cutting ini.

Sebab :
-saya mempunya bentuk badan jenis pear,dimana bahagian punggung dan peha besar.
Jika pakai jenis ini macam nampak seimbang.
Kalau saya pakai jenis skinny jeans/jegging,
nampak macam pelik sikit.
Entah,mungkin saya yang rasa begitu.
Tapi kalau pakai baju yang tutup punggung dan peha.
it was the best option by choosing skinny jeans:)




Tapi jenis seluar macam ini bukanlah trend terbaru.
Trend ini dah ada sejak tahun 1970-an.
Bergantung kepada kesesuaian cara pemakaian,
Pemakaian wide leg jeans/wide leg trousers boleh membuatkan anda
tampil kasual,formal dan seksi:)

Ianya ada 2 pilihan iaitu Silhouette-Mid  atau High-Waist.
Silhouette-Mid : Cutting bawah pusat.
High-Waist : Cutting atas pusat

Contoh boleh dilihat dibawah :



Pilihan warna yang sesuai warna faded seperti kelabu,coklat,hitam,putih.
Selamat Mencuba


"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."

Monday, May 30, 2011

I'm in love...

Yes,
I'm in love..
With truly,deeply the way she looks.
Very confident with style.
Every women should have that.
Their own identity and trademark.










Selalu lihat videoclip jenis macam ini style barat jer.
Dimana seorang wanita nak bersiap pergi dinner,
pakai dress,makeup,setting rambut..
but u did it hana tajima..well done!


"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM

Makeup,Hijab & Fesyen Workshop Siri 3

Tarikh :5 Jun 2011
Lokasi :Akan diberitahu melalui sms.(Wangsamaju)

Aktiviti : Makeup,Hijab Style & Fesyen Workshop

Ini bukanlah kali pertama penganjuran.bebarapa gambar bagi tatapan anda:





Syira yang kini menjadi model bagi majalh Dara.com,Nur dan Pesona Pengantin.
Beliau pernah mengikuti kelas Grooming workshop bersama saya juga
sebelum kemunculan beliau di dalam magazine dan runway
Tahniah!
Proud of u dear:)


 Kak Anies Maniesha.
Sungguh anggun dengan penampilan baru beliau.


 Mel Emilyn,ketika mengikuti kelas workshop ini masih menduduki SPM.
dan kini melebarkan sayap dengan muncul di akbar utusan melayu versi jawi,
dan akan muncul di dalam majalah Wanita.
Tahniah!















Dan sudah tentu semua akan dapat sijil,fail dan juga nota:)


Ini gambar salah seorang peserta yang nak makeover - ini gambar SEBELUM-



Ini gambar SELEPAS- Berbeza tak?



So jangan ragu-ragu nak join.tempat limited!!sms +6014-235 1922 untuk info selanjutnya:)

"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...