Duit lebih untuk kawen..yippe

Sunday, May 30, 2010

aku pegang SOTONG besar.


ok.tadi aku biarkan hanya gambar bercerita.
tapi mesti korang tak faham.
sekarang ada masa yang terluang ini aku nak cerita sikit.
lepas balik dari pulau mabul-sipadan,sabah pada bulan 4,
ada rezeki lain pada awal bulan 5,
aku pergi pula ke kampung pasir putih,terengganu.
kami yang terlibat berempat.




pemergian kami kesan bersebab ya.
sebab semua keempat-empat diatas bakal tauke kedai masing-masing nanti.
insyaallah..
doakan kejayaan kami selewat-lewatnya tahun hadapan.
oh ya,gambar diatas kami melawat salah satu kedai yang menjual kain batik songket di terengganu.
belajar sambil meneroka susun atur kedai.
cara melayan pelanggan.
dan semestinya cara jualan.:)



ada gaya tauke kedai kain tak?
konon-konon posing "inilah kedai saya"
:)
tapi tak boleh menerima hakikat hingga kini.
aku sudah tembam.
duduk 5 hari di terengganu asyik makan sahaja.
alhamdullillah.
rezeki tidak disangka-sangka.
pemergian aku ke sana semua ditaja.
semoga Allah memberkati usaha orang-orang yang membantu kami.
jauhkan kami dari orang-orang yang ingin menjatuhkan kami.
Amin.
Banyak kami belajarndari orang yang berpengalaman berpuluh tahun dalam perniagaan ini.



aku suka purple.
sangat suka.
aku rasa nak tuka logo SARAHATA itu warna purple,ada campur sikit hitam putih.
dengan tagline classy.elegant.glamourous.
ada bling-bling.
tengah fikirkan ini.


uits.teruja sungguh aku tengok kemeja batik itu


ketika waktu petang.
kami semua ke tengah laut.
dengan niat nak mencandat sotong.
tapi hampa.
sotong semua malu dengan kami.
maka tiada hasil candatan pada petang itu.
tapi seronok tau.
kiut tak saya kat atas tu?
macam budak sekolah.(sebab ada yang cakap,saya tulis :))


kami teruja sebab banyak sampan-sampan tersadai di pinggiran pantai.
apelagi posing abis.


topi pinjam pak nelayan punya.
ambil berkat hasil keuntungan..
alahai.


sara dan haja.
tapi mana ibrahim?
kebetulan nama kami berkait dengan nama isteri nabi ibrahim..


pemandangan dari atas jambatan.
sangat teruja sebab tak pernah lihat pemandangan seperti ini di kuala lumpur.
rasa-rasanya nak besarkan dan frame di rumah.


ini baru berkait rapat dengan entri diatas.
biar korang semua tertanya-tanya.
apa kaitan sotong besar dengan gambar-gambar sebelum ini.
sebenarnya aku juga secara tidak langsung belajar memasak.
nak bagitau,aku bukanlah pandai sangat bab-bab kat dapur ini,
baru merangkak,kalau salah tolong tunjukkan.
aku pegang sotong itu tahap 2.
ada lagi besar.
itu spesis sotong jantan punya.
time potong.
mak haih,gila besar.
siap picit-picit dakwat hitam itu...
lepas tu,aku gatal-gatal.
lupa pulak aku ada alergi dengan makanan dan hidupan laut ini.
bagaimanapun akau enjoy.
syukur di atas kurniaan ini.
mun gkin bulan 6/7,aku nak pergi camping pula..

(asyik berjalan-jalan je ye kau sarahata..dah rezeki pergi secara percuma,macam orang kata macam orang mengantuk disorongkan batal atau bagai bulan jatuh ke riba atau durian runtuh.mana satu yang sesuai untuk situasi aku ni ek?bole bagitau tak kawan-kawan?terima kasih)

No comments:

Post a Comment

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...