Duit lebih untuk kawen..yippe

Tuesday, April 17, 2012

Tips Diet

Diet?
Apa yang anda tahu mengenai diet?
Diet yang sihat ialah pengambilan makanan yang sihat dan tidak mengambil endah kandungan zat dan protein dalam makanan.

Bab kata salah seorang kawan saya yang bekerja sebagai dietitian(tak tahu betul ke ejaan),kandungan kalori setiap makanan perlu diambil kira.Purata pengambilan kalori  setiap hari adalah  :

Paling elok kita makan 1500kcal dalam sehari sebab bukan hari-hari kita aktif,ada hari-hari kita lemau juga,asyik nak tido jer.

Jadi untuk mendapatkan jumlah 1500kcal dalam sehari,kita perlu bahagikan pemakanan kit kepada 5 sesi setiap hari.huhu;p Kerapnya makan;)
Iaitu Breakfast,Lunch,Snacks,Dinner,Supper.

Ada orang kata jangan makan malam nanti ko gemuk balik.Hurm,sebenarnya kalau ko makan banyak tak hengat malam tu siangnya dari pagi tak makan apa-apa,ya ko boleh gemuk.Sebab?Metabolisme badan sudah lambat bekerja.Bayangkan perut sudah kosong dari pagi,minum air jarang sekali,sah-sah pergi toilet sekali dua je,nampak sangat sistem pembuangan kurang baik.Maka kebanyakan makanan malam itu sudah menjadi lemak bukan nya tenaga.Kalau makanan kita berubah menjadi tenaga,bakinya kita akan buang melalui peluh,air kencing dan kita akan "yak" juga..

Saya teringat masa sekolah menengah berat saya cuma dalam 48kg sahaja.Wah bayangkan dengan tinggi 160cm dengan berat macam itu,terasa ringan je diri ini dan aktif bertaekwando.Huhu (ok,ini tunang saya tak tau).Mestilah ramai yang suka.hehe;p.Ya saya sedar ketika itu sekolah saya banyak tangga,nak pergi kelas naik tangga,nak masuk asrama pun naik tangga,pergi dewan makan naik tangga,pergi kantin naik tangga,ya sekolah saya berbukit bukau didalamnya.Jadi saya cepat lapar dan makan je.Satu hari tak miss makan.(sebab lain makcik tu masak sedap kot).

Masa saya berjumpa dengan tunang saya dulu pun berjaya mengekalkan berat badan itu,sempat dia mengusik,"dulu saya jumpa awak besar ini je (sambil menunjukkan jari kelingking),sekarang ini awak dah besar ini  (dia tunjuk ibu jari).." hahaha.Ya,saya tau dia bergurau tapi kadang-kadang kena ambil serius juga.Dia sudah kenal saya 6 tahun.
Ya,6 tahun kot banyak perubahan dia dapat lihat.

So,dalam tempoh 6 bulan sebelum menjelang hari bahagia,saya akan cuba dapatkan berat badan idaman,dah dapat berat idaman sudah tentu bentuk badan idaman tiba-tiba juga menjadi.Yea!


Dewasa
          Umur (Tahun)
            Tenaga (Kalori)
Lelaki
Aktif
Sederhana
Berat Badan
55 kg


20 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60


2,530
2,400
2,280
2,020
Perempuan
Aktif
Sederhana
Berat Badan
50 kg

0 - 39
40 - 49
50 - 60
> 60


2,000
1,900
1,800
1,600







Fakta yang perlu diambil perhatian:
Jenis Diet
Tugas
Kesan
Pengambilan Herba/Jamu Memberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja.
Bertindak seperti ubat untuk mengurangkan selera makan.
Kesan jangka panjang : rasa loya, rasa lesu, sembelit dan tekenan darah yang rendah
Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang.
Kekurangan tenaga dan nutrien
Pengambilan Pil Diet
Memberi kesusutan berat badan jangka pendek sahaja.
Bertindak seperti ubat untuk mengurangkn selera makan untuk sementara waktu sahaja.
Kesan jangka panjang : boleh menyebabkan kebergantungan pengambilan pil yang serius
Kesusutan tidak dapat bertahan untuk jangka masa panjang.
Kekurangan tenaga dan nutrient pda badan
Penggunaan Julap / Teh Pelangsing Menggalakkan kesusutan air dalam badan. Kehilangan air yang banyak namun lemak tetap tinggal dalam badan
Mengakibatkan kekurangan karbohidrat yang menyebabkan ketosis iaitu dimana proses penguraian lemak di badan tidak dapat dilengkapi
Sumber : “Makan Dengan Bijak – Pelaburan Sepanjang Hayat” terbitan Jabatan Dietik & Dietari, Institut Jantung Negara

 Saya tak pernah ambil pil-pil ini.Saya takut dengan kesan sampingan nya seperti kelihatan pucat,tidak bermaya,cirit birit,pening kepala,loya,muntah.
Cara mudah,kurangkan pengambilan nasi,setengah pinggan sahaja,makan banyak sayur dan buah.

Lagi satu sunnah Rasullulah SAW,Baginda suruh kita makan buah dulu sebelum makan nasi.
Nak tau sebab apa?
Sebab buah cepat hadam,so memang membuatkan sistem penghadaman lancar,kalau kita makan nasi dulu,kemudian baru kita makan buah sebenarnya akan menghasilkan toksik dimana sepatutnya bahan itu perlu dibuang dulu,tapi ditahan nasi yang belum di digest sepenuhnya dalam perut,maka berlakulah cirit birit,angin kus-kus,sendawa,kentut.opps!;p(Betulkan saya jika saya salah)

Ok,sekarang saya happy berat dah kurang 2 kg,kalau every month turun 2 kg,
memang boleh capai target lah berat 50kg di hari bahagia nanti;)







p/s :dah kurus senang buat kerja,pakai baju apa pun ok jer,tak delah nampak buruk sangat lemak terjojol sana sini.;p malu tau.kalau badan macam dipam-pam jangan pakai baju ketat.sedar diri.sekian

"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM

1 comment:

  1. Semangkuk meehon sup menggantikan sepinggan kuih teow goreng,
    (350 kalori) (600 kalori)
    Segelas air kacang soya menggantikan sebotol minuman ringan,
    (60 kalori) (150 kalori)
    Sepotong buah segar menggantikan semangkuk bubur caca,
    (60 kalori) (300 kalori)

    Jumlah : 470 kalori 1050 kalori

    Sajian makanan segera
    Pilih yang berkalori rendah : dari makanan segera yang berkalori tinggi seperti :

    burger keju, 317 kal whooper sandwich, 628 kal
    buah-buahan, 60 kal kentang goreng, 227 kal
    air atau teh tanpa gula, 0 kal coke, 150 kal
    salad tanpa dresing, 28 kal

    Jumlah : 405 kalori Jumlah : 1005 kalori

    ReplyDelete

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...