Duit lebih untuk kawen..yippe

Sunday, March 18, 2012

Me in Assalamualaikum,Tv Alhijrah

 Azlia,Sara,Amin dan Tun dalam Assalamualaikum
 Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui kemunculan saya dalam rancangan live Assalamualaikum beberapa bulan yang lalu.
Bukan tak nak beritahu,cuma ada beberapa kali terkena juga media atau produksi yang call saya nak ambil gambar style tudung dan etc,saya excited dah bagitau kawan dan keluarga,last minute tak jadi,So,untuk tidak mahu kejadian berulang,
Maka kali ini saya senyapkan sahaja.
Cuma selepas habis rancangan ada juga feedback yang memberangsangkan.;)
Itu saya suka.
Ahli keluarga saya sorang pun tak tahu.
Paling saya tak jangkakan adalah opah saya yang di Taiping tengok segmen ini pada hari itu.;P
Bila jumpa dia,dia berceritalah macam kenal je budak yang tengah bercakap dalam tv ini.
haha;p rupa-rupanya cucu dia.

Sebenarnya saya dijemput pihak tv kerana untuk memenuhi segmen darah muda
tajuk : Dari dunia profesional ke dunia fesyen.
Dulu saya bekerja di sebuah syarikat swasta oil and gas sebagai eksekutif akaun.
Kerja saya dulu banyak deal dengan supplier,meeting dgn MD,CEO,of course membentangkan mengenai prestasi kewangan syarikat.
Ketika itu saya muda lagi.Kerja itu bagus,bukan senang nak dapat.
Ketika interview saya rasa macam tak layak je sebab ada yang lagi bagus.
Tapi rezeki berpihak kepada saya Alhamdulillah.

Cuma,lama-lama saya macam memaksa diri untuk berbuat sesuatu yang bukan diri saya.
Saya jadi tak enjoy bekerja.
Jadi saya hanya kerja bukan bekerjaya.
Faham maksud saya?
Simple je

Kerjaya : Kerja + Minat + Berjaya = :)

Kerja     : Terpaksa + Bosan +stres = :(
Sebab itu saya berhenti dan berbuat sesuatu yang saya minat dan buatkan ia sebagai kerjaya.
Rupa-rupanya lagi best!
Cuma masa saya lain dari orang.
Kadang-kadang letihnya pun lain macam;)
Saya minat makeup orang supaya nampak jelita,saya suka buat tudung koleksi saya sendiri.
Saya mahu ada jenama saya sendiri,saya mahu ada butik saya sendiri.
Umur sekarang rasanya amat sesuai untuk memulakan segalanya secara SERIUS.
Tiada istilah berpatah balik.
Teruskan!

Oklah,Good night

p/s :Belajar apa saja ilmu di dunia,satu masa dan satu ketika akan digunakan kelak;p


"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM

2 comments:

  1. wahhh bagus la dh jumpa apa yg akak minat buat. teruskn usaha akak dlm mengecapi impian akak. semoga akak berjaya dalam apa jua bidang akak ceburi. ^_^

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya ye sis sara hatta!!

    ReplyDelete

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...