Duit lebih untuk kawen..yippe

Tuesday, November 1, 2011

Duit Syiling Malaysia

 Sumber gambar :ohmaalysiaku.com
Bermula tahun 2012,penggunaan syiling baru ini akan berkuatkuasa.Bentuknya adalah lebih kecil dan ringan sedikit dari syiling lama dan ada lekuk-lekuk di tepi bagi kemudahan orang kurang upaya.
Gambar-gambar dibelakang duit syiling baru ini melambangkan identiti malaysia contohnya :
syiling 50 sen - menunujukkan gambar sulur kacang
syiling 20 sen - menunjukkan gambar bunga melur
syiling 10 sen - menunjukkan gambar motif corak orang asli
syiling 5 sen - menunjukkan lambang destar siga

Ada diantara lambang-lambang ini yang kurang jelas maksudnya .Apakah maksud disebalik lambang-lambang belakang duit syiling ini?

Sulur kacang
Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Kelembutan lingkaran dan juntaian pokok kacang tergambar dalam ukiran pada barang kemas, peti, dan juga pada bahagian-bahagian rumah kayu tradisional seperti muka pintu, bingkai tingkap serta panel kayu pada dinding rumah. Garisan halus pada latar belakang motif merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan.

Bunga Melur
Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Keharuman bunga ini menjadikannya sebagai satu elemen penting dalam majlis tradisional seperti majlis perkahwinan dan acara keagamaan. Motif bunga melur juga sering terdapat pada hasil kesenian dan pertukangan tangan tradisional seperti sulaman dan ukiran perak. Pada duit syiling 20 sen baharu ini, bunga melur dipaparkan dengan berlatarkan motif kain destar siga.


Motif Orang asli
Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Setiap kaum memiliki corak anyaman tersendiri yang lazimnya diilhamkan daripada sistem kepercayaan dan persekitaran mereka. Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.

Destar Siga
Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Kain hiasan kepala ini ditenun terutamanya dengan benang hitam dan diserikan dengan benang pelbagai warna bercorak geometri serta motif yang diilhamkan daripada flora dan fauna. Dengan berlatarkan motif sulur kacang, destar siga menjadi corak utama pada duit syiling 5 sen baharu.

 Sumber gambar :ohduniaku.com

Hari ini baru tergerak hati nak google mengenai duit syiling baru Malaysia.

 Kita banyak menggunakan syiling ini buat masa sekarang.
 Kalau dulu belakang duit syiling:
50 sen adalah gambar wau.
20 sen adalah gambar tepak sireh.
10 sen adalah gambar congkak.
5 sen adalah gambar gasing.


 kalau syiling yang fesyen lama lagi senang,belakannya semua sama gambar bangunan parlimen ;)

"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
WWW.SARAHATA.COM

5 comments:

  1. Sya ada syiling 1 sen lama,syiling lama 1971($).wang kertas 1 ringgit yg pertama n syiling emas 1989 n 1992

    ReplyDelete
  2. Adakah syiling 50 sen disaluti dengan emas

    ReplyDelete

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...