Duit lebih untuk kawen..yippe

Friday, November 4, 2011

Ajaibnya bersedekah

Ajaibnya bersedekah,
Semakin bersedekah,semakin kaya.

Hurm,secara fakta logik akaun,
kalau kita memberi sesuatu dari hasil pendapatan kita,ianya akan mengurangkan jumlah asalnya.
Ya,memang secara zahirnya begitu.
Namun ianya berbeza dengan sedekah,kerana sedekah beserta niat dan perlu dengan hati yang ikhlas.

Teringat seorang teman memberi nasihat.Ini kata-kata dari ibunya diperturunkan kepadanya dan dinasihatkan kepada aku:

"Jika masa orang tengah nak bayar makanan ke,air ke,tiket lrt ke,duit parking kete ke,kalau dia tak cukup duit dan kita pula berada belakang dia,kita tolong dia dengan niat nak bantu dia dan tak nak jatuhkan air muka dia"

Masa itu aku dengar,macamlah orang sekarang nak buat kan.Sebab sekarang masing-masing tidak begitu mementingkan masyarakat sekeliling.Hendak dijadikan cerita,memang satu peristiwa berlaku,si dia memang buat apa yang diperkatakan.Memang nasihat yang diberi pada aku dan maknya perkatakan dia ikut.Satu pengajaran hebat pada hari itu.

Satu lagi pengajaran ialah ketika aku bersama seorang rakan lagi makan di warung.Seperti biasa mana mungkin kita makan di warung tempat yang penuh keselesaan,namun rasanya yang enak dan harga yang murah kami kesana tetapi ada satu peristiwa acap kali juga ianya berlaku.Apabila kami makan,kucing-kucing akan datang pada sidia melangut tengok.Kalau sekali mungkin kebetulan,tapi ianya berkali-kali.Kucing itu akan kelilingi dia bukan pada aku.Mungkin kucing itu tau aku bukannya penggemar mereka.

Si dia yang aku kenal memang mempunyai sifat belas kasihan yang tinggi terutama pada binatang,pada kucing,burung,ikan.Memang tidak menjadi satu kepelikan bila kucing-kucing itu suka pada dia.Sebab memang ada chemistry attraction dia dengan kucing-kucing tadi.So,dia pun bagi lah isi ayam ke,daging ke pada kucing tadi.Aku memang banyak songeh sikit sebab aku rasa buat macam itu akan mengotorkan tempat itu tapi si dia berkata :

" Binatang kalau datang pada kita pun,sebenarnya dia pilih..kenapa dia tak pergi dengan orang lain,tapi dia datang pada kita walhal orang lain pun makan benda yang sama juga.Kalau dia nak makan,kita bagi je dengan hati ikhlas,"

Ok,aku terdiam dan terfikir sebab binatang juga mempunyai hati dan perasaan.Mereka tahu sebenarnya apa yang dirasai kita cuma mereka tak boleh berkata-kata.Mereka juga mungkin mendoakan rezeki bagi kita.;) So,kalau ada kucing tepi-tepi korang maknanya dia pilih korang la tu..janganlah halau-halau dia.


Lagi satu,kalau ada tetamu nak datang rumah,raikan mereka sebaik-baiknya ikut kemampuan.Rumah yang menerima tetamu dengan hati ikhlas dan terbuka akan selalu dilimpahi rezeki.Tak kisah rumah itu besar atau kecil mana pun.Kita akan dapat rasa aura rumah itu sendiri.Orang selalu datang rumah itu sebab mereka suka dengan suasananya,bukan kerana barangan dan hiasan dalam rumah,tetapi kerana layanan ramah tuan rumahnya serta hurm..aku sendiri pun tak tau nak describe macam mana,tapi aku sukalah datang rumah orang itu.

Lagi satu kalau nak bersedekah atau memberi berilah barangan terbaik anda,bukan barang yang anda nak buang beri pada orang,orang yang menerima mungkin terasa terhina.Mungkin orang itu tidak berkata apa-apa namun hatinya mungkin tercalar.

Apabila kita memberi dengan ikhlas,kita akan melupakannya dan tidak mengungkit kembali di kemudian hari.Rasanya part ini sukar sebab selalunya ramai yang memberi bersebab.Tepuk dada tanya hati.;) anda sendiri boleh jawab.


Lagi satu niat nak beri sedekah,tapi memberitahu seantero dunia dia yang bagi itu-ini kat anak-anak yatim,bagi makan pekerja-pekerja nya dengan banyak hari-hari tapi alih-alih dia mengungkit kembali segala kebaikan yang dia buat.Itu memang sah-sah tidak ikhlas dan membuatkan banyak hati yang terasa.Ingat,kita buat salah dengan orang sebab bagi hati orang tercalar itu lagi sukar nak diubati.Selagi orang itu sukar memaafkan,selagi itu rezeki kamu tertahan atau memang tiada langsung.Tapi apa-apa pun Allah maha mengetahui.

Secara peribadi saya pernah diuji dengan pelbagai ujian kental sebelum ini.Saya jatuh.
Tapi dari situ saya tahu siapa sebenarnya kawan,siapa lawan.Syukur masih ada sedikit iman dalam jiwa ini.

Saya bangkit tapi untuk mempunyai sesuatu saya perlu ingatkan diri untuk bersedekah walaupun kecil.Tidak perlu paksa,biar ianya datang dari hati.Ikhlas..


Ikhlas itu tak perlu diucapkan.Kita akan rasa.

Bersedekah,
Semakin bersedekah,semakin kaya.





"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God."
 WWW.SARAHATA.COM

1 comment:

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...