Duit lebih untuk kawen..yippe

Monday, May 23, 2011

Review Filem :Nur Kasih The Movie





Hah,itu dia movie trailer dari Nur Kasih The Movie.
Memang akan membuatkan hati sesiapa sahaja ingin menontonnya.
Rasanya semua orang sudah melihat hasil tangan 
pengarah Khabir Bhatia
dalam siri drama Nur Kasih ini.
tengok gambar pun dah tahu ini hasil kerja beliau.
Tetapi kali ini jangan lupa pengarah sinematografi

Nurhanisham Mohd (Labu)

Beliau lah orang yang bertanggungjawab membawa kita ke angle cantik bagi setiap sisi

filem ini.

Memang tertawan lah.

Tapi dari segi CGI (Computer Generated Imagery),
agak mengecewakan,nampak sangat api yang dibuat itu palsu.
Ok memang serius masa itu saya gelak.














Tapi bagi yang tak menonton siri penuh Nur Kasih Drama Series
mesti pening sikit dengan jalan cerita.
Banyak sangat plot yang ingin diketengahkan.
Isu Amina mengandung,gugur,mengandung lagi,
Aidil kematian isteri,
Tapi cara kematian adalah hanya mengejar LAYANG-LAYANG.
Hurm..
,lepas itu isu Adam sakit bil hospital
sampai RM23 ribu ++.
(Kenapa Adam tak beli Life Insurance?kesian Nur Amina..hehe)
Tapi masa maknya datang hospital melawat Adam,
maknya boleh kata:
"Mak sayang Adam,tapi mak tak nak Adam pergi dulu sebelum Mak"
Ini lagi satu part aku geleng kepala dan gelak.
Anaknya Adam sah-sah bole bercakap lagi,
takdelah terlantar tenat,sampai hati cakap macam tu:(

Kemudian isu nak buat bangunan,
tetiba menyelit pula Jehan Miskin minta nak buat kelab,
Part best Amina jawab kat Jehan :
"Rezeki bukan awak tentukan,Tapi tuhan yang beri."

Then,isu mengajar budak-budak bermasalah.
Yang ustaz itu memang poyo.
Asyik semuanya HARAM jer.
betul juga apa yang diomelkan Adam,
kalau ustaz-ustaz hanya nak berceramah dengan ilmuan,cendiakawan agama dan kaki masjid
sahaja,habis dengan budak-budak itu siapa yang nak jaga?
Tanggungjawab kita juga.

Tapi Skrip yang aku ingat lagi mengenai
"Sayang sikit dan sayang banyak,"-----Muniff Isa
Kalau sikit yang kita beri,maka kita akan dapat setimpal dengan nya.

"Sakit Sikit atau Sakit banyak."
kalau sakit sikit tak ape,kalau sakit banyak meninggal nanti.-----Mia Sara

Lepas itu isu mengenai Keretapi yang meletup,
Adam & Nur terselamat,
Cuma lepas itu isu CINCIN pula.
Aduhai sangat bernilaikah cincin itu sampai sanggup menggadai nyawa sendiri.
Mungkin pada sesetengah orang.

Kemudian,apakah relevan dan kaitannya mimpi Adam mengenai tembakan
oleh pengganas di pasar Jordan?
Tapi nak puji juga,masa inilah aku terkejut sikit.
dan cara pengambilan gambar orang kena tembak tu dia buat slow motion,
so nampaklah peluru tu kena kat dada,terpercik darah.
Masa ini aku kata Wow!



Tapi at least Nur AMINA dapat juga anak dan hidup bahagia dengan Adam.
TAPI.....
jangan terkejut dan pening kepala ada pula watak orang tua
tetapi pelakonnya orang lain tapi hanya menggambarkan sbg
keadaan Nur,Adam dan Aidil bila tua nanti,
Masa tua tu Nur macam blur-blur sikit.
Aku faham dah tua bukan boleh nak ingat semua,
mungkin ada penyakit Alzheimer


Hurm mesti korang pun pening apa yang aku cerita,tapi itulah sedikit sebanyak ceritanya..
Memang banyak flashback.
Kena Fokus,
Kalau tak korang memag totally lost.
Anyway korang boleh je tonton cerita ini.
Lakonan oklah.
Nasib baik Tiz Zaqyah pandai berlakon.
Dialah watak utama dalam segala permasalahan cerita ini.

Kalau CGI buat dengan lagi cantik,dan kalau buat real.
serta plot yang tersusun dan juga penggunaan watak tua pelakon yang sama,
aku bagi 5 bintang..
tapi sebab takde itu semua aku bagi 3 bintang sebab sinematografi yang sangat cantik!
terpegun macam tgk gambar photoshoot.
cuma bezanya ini dalam filem dan bergerak.

Oh,sekian.
p/s:maaf kalau korang pening,kalau nak tau tengok sendiri ya.

selamat menonton.



"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God." 
 WWW.SARAHATA.COM

4 comments:

  1. Amin :kan?pening kepala sikit lah:)

    ReplyDelete
  2. yeke cerita nye cmtu... sy xtengok lagi..tp ramai kwn2 yang dh tengok komen sbegitu juge. bintang yang turut di bagi pon 3. btw...tenx ye bg plot yang menarik utk sy gambarkan jalan cerita nye! ;D

    ReplyDelete
  3. baru tengok movie ni semalam...
    memang agak terlambat, tapi takperla kan?
    better late, than never...

    secara jujur, sy tak pernah pun layan drama nur kasih ni
    kononnya ego la..tak layan citer2 jiwang
    smlm ble member ajak, so layan jela..

    ble start je movie, terus sy tergamam
    mmg filem Nur Kasih ni tak sama dengan filem melayu2 yg lain
    cantik je scene2 dlm filem ni...
    mmg seronok dan berbaloi tengok filem ni!
    no wonder la siri drama nur kasih jadi fenomena dlm negara kita

    Entry Terkini:
    Review Jujur Nur Kasih The Movie Daripada Bukan Penonton Siri Drama Nur Kasih

    ReplyDelete

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...