Duit lebih untuk kawen..yippe

Thursday, May 26, 2011

Popular = Dikenali


Popular
apa itu?
budak kecik pun tau apa maknanya.
dan dengan maksud yang senang ianya adalah orang yang dikenali.
Tak semestinya untuk jadi popular perlu jadi artis.
Mereka boleh dikenal ramai dari pelbagai faktor.
Mungkin menjadi Orang Kaya Kampung,
Yang reti mengubah bunga,yang masak sedap.
yang cantik serta kacak,yang bijak pandai
Waima yang mempunyai kekurangan fizikal boleh jadi popular.

Nak dijadikan cerita,
Kawan serumah saya baru balik dari kursus,
Dan terus dia buka youtube.
mengenai NO ARMS,NO LEGS,NO WORRIES..
kita sebagai manusia harus bersyukur kerana lengkap dan sempurna dilahirkan.
Tetapi bagaimana kita lahir tanpa 2 tangan dan 2 kaki?
dapat bayangkan?
secara logik akal,kita tak mampu berbuat apa-apa ..
Tidak boleh menulis,menyentuh,makan dengan tangan
Tapi itu  tidak menjadi masalah pada seorang lelaki ini
NICK VUJICIC
Dilahirkan pada 1982 di Melbourne Australia.



Terkejut juga,
tapi dari dialah timbul semangat dan motivasi untuk hidup.


 Kesian dia masa kecik..
 Masa dia lahir maknya tak boleh terima dia...


 Tapi apabila besar,dia buktikan dia juga boleh buat seperti orang biasa.
tengok itu..dia boleh surfing di laut.
jeles..sebab saya pun takut:(

Beliau menjadi sumber inspirasi banyak pihak.Tengok dia berani bagi talk depan ramai orang.
Dia terima kekurangan diri dan jadikan ianya satu peluang hebat dengan memberi ceramah motivasi.
Baguslah dia ni.


ok itu cerita dari orang yang kekurangan fizikal.
Ini adalah cerita drama yang Sara tengok sorang-sorang di waktu malam.
Drama ini banyak beri pengajaran.
ia mengenai orang yang nak popular dengan menderma kepada orang dan masjid serta orang kampung.
Dengar macam budiman kan lelaki ini.
Jangan salah anggap...
Ia hanya dilakukan kerana inginkan NAMA beliau meniti di bibir masyarakat kampung
mengingati beliau sebagai orang kaya yang banyak derma untuk orang miskin dan surau.
Ini dapat diketahui selepas kematian beliau.
Mayatnya secara automatik bangun merengkok dan tidak boleh diluruskan..
Nauzubillah..
Ikut pandangan tok imam terpaksalah  dikebumikan sebegitu rupa..
Menjadi kemusykilan kenapa terjadinya sebegitu..
Maka,terjadilah flashback dimana isterinya sendiri pernah mendengar suaminya berkata sebegitu.
Duit yang banyak diagihkan hanya untuk orang ingat namanya sebagai pemberi terbanyak.
itu namanya RIAK bukan IKHLAS.
Hanya Allah Maha Mengetahui Segalanya..
Allahuakbar!


Next saya nak tegur sikitlah,
Kalau sesiapa bekerja iaitu menjadikan bidang photographer.modelling sebagai pendapatan tetap atau sampingan,tolonglah dapatkan sesuatu benda itu dengan usaha kita sendiri.
Contoh kalau photographer nak beli kamera,beli dengan duit sendiri dan barang original,
jangan beli dekat mat pet yang curi lepastu jual kat korang dengan harga murah.
Of course tak tahan lama.
Sama juga bidang modelling,paling utama adalah kasut.
Cubalah beli dengan duit sendiri.Ianya lebih bernilai dari kita pau orang belikan untuk kita.
Sebab dari kasut itulah akan jadi sumber pendapatan kita.
Biar kasut tak cantik mana,tapi hasil beli dari titik peluh sendiri.
 Sebab itu Kejayaan itu lagi bermakna kalau Kita bersusah dulu untuk mendapatkan sesuatu.

Teringat sebab dulu saya dah pernah dapat handphone lepas PMR dulu.
sebab result ok.
walaupun hanya nokia 3310,tapi masa itu simcard mahal,lebih kurang RM125 kot harganya..
Tapi mungkin Abah saya tengok saya leka jer dengan handphone kan.
Maka dia ambil balik handphone tu,dia jual balik.
Mula-mula ingat dia gurau.Tapi dia buat betul-betul.
Marah tak barang yang korang nak sudah lama,tapi sudah tiada?
Hurm..tapi saya nekad lepas SPM,saya kerja lah mana-mana dulu sementara tunggu result.
Dengan gaji pertama saya terus pergi kedai Nokia sorang-sorang.
Belek-belek handphone.Tanya itu ini.
Of course lah cina itu layan tak layan je budak hingusan 17 tahun nak beli handphone kan?;p
Cina tu tanya : "Amoi,u ada duit ke nak beli?"
Aku cakap ada: "Ada,dalam RM600 "
(Aku rasa mesti dia tak percaya cakap aku...;p)
pastu aku tertengok satu hp Nokia warna PUTIH..aku tak ingat antara 3100 atau 3102 (serius aku lupa)
tapi masa tu mahal lah RM600++..
Maka aku berjaya membelinya dengan  hasil aku sendiri..
HP itu aku sayang sebab yelah sentimental value.
4 tahun aku dengan dia.
Dari zaman BF lama sampailah zaman tukar BF baru pun.
Tapi paling ingat,ianya hilang dan jatuh di Tasik Genting Highland.
Masa itu tangah main bot kayuh guna kaki tu.aku lupa hp letak dalam poket seluar..
Habis jer main aku Nangis...Serius sedih :(
Tapi...nasib baik BF baik hati dia belikan satu HP nokia Flip tu..
Tapi,mungkin disebabkan aku dapatkannya dengan senang,maka jodoh hp itu tak lama
dengan aku,ianya hilang tanpa dikesan..masih musykil hingga ke hari ini...


Aku bersyukur sebab aku belajar dapat Biasiswa
dengan mengambil profesinal course LCCIQ(Accounting) dan CAT-ACCA(professional accounting)
So,memang lepas abis belajar takdelah hutang dengan MARA/PTPTN.
Maka,seminggu je duduk rumah dah dapat kerja di Damansara Utama.

Lepas itu aim aku nak ambil lesen dan beli kereta hasil kerja pertama ini
Alhamdulillah aku beli kereta pada umur 21 tahun.
Lepas abis belajar kereta,dapat lesen,
terus dapat.Tanpa penjamin ya.
So,kereta pertama dengan hasil sendiri besar nilainya
dari pemberian keluarga.
Banyak kenangan suka duka aku dengannya..:)


Eh,panjang nya aku tulis.
Moral of the story dapatkan sesuatu dengan usaha anda.
Baru bernilai..
:)





"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God." 
 WWW.SARAHATA.COM

No comments:

Post a Comment

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...