Duit lebih untuk kawen..yippe

Wednesday, March 23, 2011

Umpan Ferrari untuk bertunang




KUALA LUMPUR: “Dia ajak saya bercuti ke luar negara sebagai hadiah pertunangan, tapi saya tak mahu. Sebagai pengganti dia menempah sebuah kereta Ferrari untuk saya dengan menggunakan nama saya.
“Sudahnya, dia ghaib entah ke mana dan saya pula diburu penjual kereta yang meminta bayaran pendahuluan,” kata seorang wanita yang bukan saja terpaksa menanggung malu apabila majlis pertunangannya Sabtu lalu dibatalkan kerana bakal tunangnya menghilangkan diri, tapi turut kerugian RM50,000 selepas ditipu lelaki terbabit.

Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Fauzana, 30-an, berkata lelaki terbabit berusia 40-an dikenalinya setahun lalu melalui laman web sosial, facebook sebelum mengadakan pertemuan buat pertama kali di Bukit Bintang, di sini, awal bulan ini.

Menurutnya, lelaki itu yang mendakwa dia kerabat diraja dan berpangkat Datuk kerap ‘menjual’ nama seorang ‘Tengku Mahkota’ serta seorang ‘Yang Dipertua Negeri’ dengan berkata seorang daripada mereka bakal menjadi ketua rombongan peminangannya.

“Bukan itu saja, dia juga menggunakan nama saya bagi menempah pelbagai barang kemas bernilai ratusan ribu sebelum menghantar gambar barang kemas dan kenderaan mewah itu melalui telefon bimbit kepada bapa saya.

“Dia turut menghantar pelbagai peralatan hantaran untuk majlis pertunangan kami ke rumah keluarga saya di Kota Bharu bagi meyakinkan pertunangan itu bakal menjadi realiti,” katanya.


Menurut Fauzana, lelaki terbabit juga mendakwa pertaliannya dengan keluarga diraja membolehkan dia menggunakan pesawat peribadi kerabat diraja itu bagi tujuan majlis pertunangan mereka.

Berikutan itu, bapa Fauzana berusia 60-an yang terpedaya status elit bakal menantunya mengadakan persediaan bagi majlis pertunangan Sabtu lalu, tetapi kecewa bakal menantunya itu menghilangkan diri serta gagal dihubunginya.

Berasakan dianiaya dan ditipu kekasihnya itu, Fauzana membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, keesokannya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai hubungannya dengan kekasihnya, Fauzana berkata biarpun pertama kali berjumpa pada 10 Mac lalu, dia percaya lelaki itu kerabat diraja dan berpangkat Datuk.
“Malah, dia juga berjanji akan memasukkan wang lebih RM15 juta ke dalam akaun saya sebelum memberi alasan gagal berbuat demikian kerana ada masalah dengan Bank Negara,” katanya.

Fauzana berkata, walaupun wujud perasaan curiga terhadap lelaki itu, dia seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa, sebaliknya akur semua arahan selepas diberi alasan apa yang dilakukan semata-mata bagi memastikan majlis pertunangan berjalan lancar.

“Ketika itu dia meminta saya menyerahkan kad kredit, barang kemas, wang tunai dan semuanya mencecah RM50,000 dan mendakwa akan membayarkan semula,” katanya.

Fauzana mendakwa selama beberapa hari bersama lelaki itu di Kuala Lumpur, dia seolah-olah berada di alam lain dan tidak menyedari apa yang dilakukan selain patuh arahannya.

“Malah, pada 13 Mac lalu, dia membawa saya ke sebuah kedai barang kemas bagi menempah cincin pertunangan bernilai lebih RM400,000. Dia meyakinkan saya biarpun barangan kemas ditempah itu menggunakan nama saya, pembayaran akan dibuat keluarganya.

“Saya langsung tak sangka tindakannya membawa saya menempah sebuah kereta Ferrari hanya lakonan dan helahnya untuk menipu saya. Mujur juga saya tidak mengikutnya ke luar negara, jika tidak mungkin saya dijualnya di sana,” katanya.

Sebelum lelaki itu gagal dikesan pada hari pertunangan Sabtu lalu, penipuan terakhir dilakukannya ialah pada 17 Mac lalu dengan janji untuk membawa Fauzana bersama ahli keluarga di Kuala Lumpur pulang ke kampung dengan menaiki pesawat peribadi keluarga diraja.

“Namun, beberapa jam sebelum waktu berlepas, dia memberitahu penerbangan itu terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat kebenaran untuk mendarat. Sudahnya, saya terpaksa pulang ke kampung dengan penerbangan biasa.

“Bagi meyakinkan saya, dia menyerahkan kad ATM (mesin juruwang automatik) miliknya yang kononnya mempunyai baki RM6 juta, namun sebaik tiba di kampung kad itu tidak boleh digunakan dan dia pula gagal dihubunginya sehingga kini,” katanya.

Fauzana berkata, dia membuat laporan polis atas penipuan dilakukan lelaki itu bagi memastikan tiada wanita lain menerima nasib sama.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.


-------------------------------------------------------------------------------

Secara peribadi Sara pelik sebenarnya ada orang yang menipu sebegini.
Orang sebegini bijak memanipulasi seseorang yang lain.
Sebenarnya dia tak ada apa-apa langsung.
Maka untuk meyakinkan orang lain,
Maka dia sendiri akan mereka-reka cerita mengatakan dia kerabat diraja,anak orang kaya
dan pelbagai cerita yang bombastik.
Secara logiknya,kita akan turut terpedaya kerana
Mana mungkin anak kerabat nak mengaku kerabat diraja
Jika tidak benar bukan?

Tetapi kesian perempuan ini ditipu dan menanggung hutang dan kerugian yang besar.
Tak apelah,orang yang buat itu hidupnya tak akan tenteram.
Harap-harap redha dan bersabar jerlah ya.

"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God." 
 WWW.SARAHATA.COM

3 comments:

  1. xkanla bleyh tertpu ish2

    ReplyDelete
  2. Alaa apa yang nak dihairankan,bukan kena pukau semua tu kes mabuk ayat....bila dengar wang berjuta harta keliling pinggang manusia dah tak fikir secara waras...satu keluaga mabuk ayat...

    ReplyDelete

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...