Duit lebih untuk kawen..yippe

Tuesday, March 29, 2011

Johor Bahru,my vacation.

Salam.
Hye apa khabar u all semua?
Macam mana weekend yang lepas?
Mesti ramai yang pergi jalan-jalan kan..
Oh ya,
Sara dapat jemputan untuk buat talk mengenai
penampilan diri di UTHM pada 26 Mac yang lalu.
This is my first experience travelling to Johor Bahru
So,I am so excited!yeay..
So,perjalanan Sara ditemani 3 orang yang lain,
Shot,Panjang dan juga Bella.
Thanks guy sebab teman:)

Btw,we all bertolak jam 9 malam dari KL mengikuti tol Sungai Besi.
Mungkin hari itu jumaat,
Maka kesesakan amat luar biasa.
Tapi dengan adanya co-pilot yang berpengalaman,
Maka,perjalanan ke Parit Raja hanya mengambil masa 3 jam lebih jer
kitaorang sampai pukul 12 lebih macam tu.
Exit terakhir sebelum sampai adalah tol Ayer Hitam RM32.40.
Sampai sana mestilah nak cari tempat bermalam.
We all decide nak duduk hotel paling best kat Batu Pahat.
Wah sangat demand ingin menjadi seperti orang kaya ;p
Da google mucul The Katerina Hotel,Batu Pahat
Rating 3-4 star hotel di Batu Pahat..
Harga promosi RM185 untuk 1 malam.
untuk tahu lebih lanjut klik SINI
Kalau tengok gambar,uhh memang sangat indah,
tapi bila sampai tak adelah sangat.
Mungkin hotel ini pun dah lama maka ada lah kurang sana-sini.
Tapi yang penting breakfast nya sedap.
Terbayang-bayang french toast bercicah madu tu.




 Muka happy selepas breakfast.

 Ada senyum orang kaya di waktu pagi tak?haha ;p


 Ini sebelum pergi UTHM.Bergambar depan The Katerina hotel dulu.

 Bersama sebahagian pelajar UTHM.
I try buat muka comel sebab nak nampak muda macam mereka:)

 Uh,sangat suka i bercakap kan.
Yang ambil gambar pun mesti senyum-senyum jer masa i berceloteh.

 hah,itu dia membebel lagi cik sarah kita nih.


 Waktu ini dah pukul 1pm.
Jadi perut sudah lapar,
Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua:)

Oh ya,
i tengah tunggu gambar dari photographer dari UTHM juga..
Nanti i upload ya.:)
Suka tengok mereka happy dapat ilmu dan tips baru dari bengkel grooming ini.
So,sesiapa sahaja individu,pertubuhan,kolej dan universiti yang nak 
jemput i bagi talk about personal grooming bolehlah 
menghantar email ke sarahataresources@gmail.com




Sebenarnya plan asal ingin pulang terus ke KL selepas habis program.
Tetapi kawan-kawan i yang lain decide nak pergi JB pulak.
So,ini unplanned activity.
Jadi mengikut undi majoriti kata nak pergi.
Maka kitaorang pun pergilah.
Sara masa tu dah pengsan dalam kete sebab i bagi talk dari 9am sampai 530pm.
So,mestilah banyak bercakap dan berdiri.
Dari Batu Pahat ke JB dalam 2 Jam macam tu.
Sampai je JB dorang kejut kita da sampai The Zon.
Sara dengan muka mengantuk,The Zon itu apa?
The Zon itu tempat membeli belah tanpa cukai (Duty-free).
Masuk dalam pusing kiri kanan,tapi tak ada apa yang menarik perhatian.
Sara beli selipar je sebab kaki sangat sakit pakai heels lama sangat -_-


Kemudian,mestilah lapar.
Mula-mula nak cari Nasi Beriani Gam kat Taman Dahlia.
Tapi sesat tak jumpa-jumpa.
So,kitaorang makan kat restoran Singgah Selalu.
Fuh,memang penuh tempat tu,
Nak makan kena tunggu tempat ada kosong atau tidak.
Ini link nya KLIK SINI


Dah abis makan,
memang yang nampak keletihan yang teramat sangat adalah saya,
Muka lesu dan kaki dah kebas mahu baring dan tido.
Maka operasi mencari hotel di JB pulak.
Lagi sekali lagak mereka-mereka orang kaya baru;p
Mahu mencari hotel terbaik sahaja.
Mula-mula nak yang murah sahaja.
Tapi fikir-fikir balik mesti kemudahan tak berapa best.
Sebab ikut pengalaman,
Yang hotel murah ini macam-macam.
Towel tak adelah,bilik air kena kongsi lah.kadang-kadang apa pun tak ade.
Serik.Tak nak dah.:(
Maka,memang mencari yang terbaik untuk selesa.
:)
Memang mula-mula pilihan adalah Tune Hotel.

Harga bilik sahaja RM104 TETAPI tidak ada aircond,towel,tv.
Kalau nak semua kena bayar asing-asing.
Towel sehelai RM5.30
Aircond RM15++
Bayar apa yang kita nak pakai.
Hurm tak best,kitaorang tak nak.
So,jalan-jalan cari hotel sampai 2 pagi baru terjumpa yang berkenan kat hati.
THISTLE HOTEL,JOHOR BAHRU.

Memang best!masuk jer bilik wow!!
Hiasan modern contemporary.
Inilah yang i suka simple and elegance.
semua lengkap hairdryer,iron,lock box n etc
Harga 1 malam RM220.
Nak tahu macam mana KLIK SINI




Esok pagi bangun dengan wajah girang!yea:)
Maaf tudung sama jer sebab unplanned activity kan mana bawak baju banyak-banyak.
So pakai jer apa yang ada:)


 Konon-konon shoot untuk kulit album ;p


 Ini adik comel yang teman saya sepan jang percutian hebat di JB.:)


Masa nak keluar dari hotel,
Kitaorang nampak satu kereta yang sangat Cooolll!
Sesiapa tengok pun tak kan beralih pandangan;p
Owh,rupa-rupanya TMJ pun singgah sini ke?
Tau TMJ itu apa?
Tengku Mahkota Johor..




 Ini bukan nak cover apa,i memang tak boleh pandang kamera sebab panas sangat di Danga Bay.
Memang pergi pun tak kena waktu pukul 2pm di Danga Bay.

Then,kitaorang bertolak jalan-jalan cari makan pada hari Ahad.
Namun hampa kerana kebanyakan restoran tutup.
Teringin Nasi Padang tapi tak jumpa.
Hurm apa lagi masuk shopping complex JB City Mall.
Owh tak tahu nak makan apa.
Pusing kiri-pusing kanan.
Dengan bisingnya lagu cina yang bergema.Aiyak..
Perut sudah lapar.
Ada cadangan dari salah seorang supaya kita makan Kenny Rogers!
Wah i melompat dulu sebab ada lagi orang nak belanja nih.
Yahoo!
Susah betul kalau nak tolak offer makan,lagi2 KRR ini.

Lepas makan pusing-pusing kedai.
Syed Shot jumpa kedai polo beli wallet.
Panjang jumpa kedai House of Leather beli wallet jugak. 
Sara Jumpa Body shop singgah jap beli perfume.
Sara dan Bella Jumpa Vincci singgah jap beli kasut.
Owh sudah-sudahlah ya kita berada di JB nanti tak cukup fulus mau pulang ke KL.
Boleh kitaorang lepak di Starbuck bincang-bincang nak stay 1 hari lagi.
Tapi masalahnya masing-masing sudah kering...
Hah,itulah percutian hebat yang tidak dirancang dan terbeli macam-macam kan.
Tapi Syed Shot perlu bekerja pada hari Isnin,mana bole ponteng tanpa sebab.
So,balik lah juga KL pukul 630 petang.
Lewat jugaklah sebab masing-masing keletihan berjalan dari tengahari.
Memang bertukar-tukar orang drive kereta.
JB ke KL tuh.
Dalam 5 jam jugaklah
Sampai KL pukul 12.
Exit tol Sungai Besi dari Skudai RM41.30..

Ada time Sara berada di hadapan meneman en Syed memandu,
Sara perhatikan sebuah bas dari sebuah syarikat
memandu secara merbahaya.
Punyalah Sara cakap jangan dekat dengan dia.
Sebab bas itu macam terhuyung hayang tak centre on the road.
Haih,Risau.
Fobia sikit sebenarnya :(


One thing kitaorang terlepas lagi adalah nak masuk Singapore,
first,tak bawak passport,
kedua,nak buAT visa pun tak boleh sebab tak cukup 5 orang.
Mungkin lain kali lah ya.
Sebab tersangatlah dekat Singapore itu dari The Zon.


Ohya,terima kasih UTHM:)
Organizer book itu sangat cantik!
I love it!


 Insyaallah 9 April nanti saya akan ke Seremban ada jemputan memberi talk ke sana.
Alhamdulillah.





P/S:sebenarnya bulan ini saya banyak berjalan,ke Melaka,ke Kuantan,Ke JB..
Owh,
Ini baru dalam Malaysia.
Misi tahun hadapan ke luar negara pula Insyaallah.



"Your talent is God's gift to you. What you do with it is your gift back to God." 
WWW.SARAHATA.COM

3 comments:

  1. wahh panjang nyer journey cik sara er..tp ape2 pon..mse kt uthm best i rase xnk balek jer sebab syiokk org dok amek gmbar...ahakss~~~~

    ReplyDelete
  2. wah3~ pe jd gn mee racun.??? kte nk try... huhu~

    ReplyDelete
  3. hye moorfa..itulah pasal.,best ada kat johor.panjang i bercerita.itu pun gambar2 terpaksa ditapis lagi.

    hye awak.mee racun tak jadi pergi.kesuntukan masa.insyaallah lainkali nak try.

    ReplyDelete

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...