
Dari situ,mungkin abah dah dapat tau potensi,sara dimasukkan ke sekolah asrama untuk belajar lagi.Tetapi ketika itu,Sara dah macam terminat dalam salah satu bab dalam kemahiran hidup yang ada lukis-lukis ikut skala dan pembaris itu.Rasa macam nak tukar cita-cita.Tunggu Sampai result PMR,dapat 6A 2B.Abah tengok lagi,dia kata boleh masuk kelas sains tulen ini.[memang dia nak tengok sangat Sara jadi doktor].Tapi..abah,maafkan Sara kerana tidak dapat menunaikan janji itu :(
Diharap cucu-cicit dapat menunaikan janji,buat pengetahuan abang kepada abah sara adalah seorang doktor perubatan di Negeri sembilan dan mempunyai klinik sendiri,sebab itu dia inginkan anak-anaknya mengikut jejak bapa saudara yang berjaya itu..

Namun,naik tingkatan 5,Sara berhenti dari ingin belajar kelas LK kerana masalah dalaman yang tidak dapat ditangani.Maka terlepas peluang lagi untuk menjadi seorang arkitek.Seingat Sara,ketika di tingkatan 5,banyak masalah yang datang dari kawan,diri dan keluarga.
Sara jadi sangat-sangat stress dan hilang punca.Sara target ingin mendapat 11A dalam SPM bagi melayakkan diri mendapat biasiswa tidak kiralah belajar di dalam atau luar negara.Namun,harapan terkubur.[Hanya Allah Maha Mengetahui mengapa Dia mengatur hidup Sara sebegitu,maka kena terima dan Redha serta setiap sesuatu ada hikmahnya]
Sedih juga dan malu,sepupu-sepupu sara mestilah dapat keputusan terbaik,11A.12A dalam tangan dan mereka dapat tajaan dan kini sedang melanjutkan pelajaran..
Tapi Sara teruskan denagan mengambil bidang profesional[ini pun abah yang bantu,sebab sara dah hilang semangat ketika itu]Sara secara tidak sengaja telah mengambil LCCIQ[London Chamber of Commerce International Qualification] lebih menjurus ke arah akaun.Alhamdullilah,lulus dengan jayanya,kemudian mengambil pula CAT-ACCA[Certified Accounting Technician]..Sara habis je belajar,tidak sampai seminggu sudah dipanggil untuk bekerja sebagai Eksekuti Akaun di Damansara Utama.[Dapat kerja mungkin sebab sijil profesional ini,dan bos itu pun suka aku rasanya,-haha-]
Kerja dalam masa setahun setengah sahaja,Namun,aku rasa tidak puas kerana hari-hari dan setiap bulan hanya melakukan rutin yang sama,kalkulator,nombor-nombor yang banyak,depan komputer lakukan management report,Debit Notes,Credit Notes.Jadi aku berhenti!

Tapi,aku rasa biarlah sebelum abah menutup mata,maka baiklah aku mengikut kehendaknya yang terakhir ini,aku perlu sambung belajar dan memohon jadi pensyarah.
Mungkin dengan mengikut katanya membuat hidup aku tenang kembali seperti dulu-dulu.
Abah kata buat bisnes tidak salah,cuba cari satu pekerjaan yang menjamin dulu,dan dalam masa yang sama buat juga bisnes,bila buat bisnes,cari tapak dan biar orang mengenali apa kita buat,dah yakin semuanya terjamin baru berhenti dan buat sungguh-sungguh.
Maka sekarang sebab kau masih muda dan ada lagi kudrat memerah otak untuk belajar,maka teruskan.Ambil bidang bisnes.Jadi hendak diterangkan kepada pelajar-pelajar lain nanti mudah sebab dah ada pengalaman bekerja dan sebagainya.
Abah,insyaallah niat yang terakhir abah ini Sara akan tunaikan sebelum umur Sara 30 tahun jika diizinkan oleh-Nya.Kita hanya merancang,tuhan yang menentukan.
Yang terbaik datang daripada-Nya,Yang kurang itu datangnya dari diri Sara sendiri.
Amin.
kak sarah, nak jadi interior designer kena ambik aliran LK ke? ambik aliran LK memang wajib pandai melukis ke nanti kita belajar sendiri dlm matapelajaran tu?
ReplyDeleteDik,interior designer ye?hurm..tak perlu ambil lk pun takpe..yang penting matematik,bahasa inggeris score boleh apply..kalau nak jadi arkitek its yes perlu ambil Lk.tak perlu pandai lukis,sebab ianya teknikal part
ReplyDelete