Duit lebih untuk kawen..yippe

Saturday, January 15, 2011

Fasilitator Tudung -IKA RADIUSITE



Salam semua..
Ok..kali ini Sara nak update mengenai program :
Cantik Dengan Hijab,Yakin Dengan Makeup dan Azam Alaf Baru

Panjangkan tajuk program?
sebenarnya sama sahaja dengan bengkel penampilan diri yang lain.
Cuma kali ini,
program ini membawa 3 fasilitator yang memang ada ilmu dan kemahiran dalam bidang
masing-masing

Bagi Sesi makeup,Puan Fazilah
selaku owner Cantek Adab House di Wangsamaju.
Beliau memang mengajar makeup kepada para pelajar dari PUNB,MARA dan sebagainya.
Maka student-student beliau akan habis pengajian selama 6 bulan
dan bolehlah jadi Make Up Artist..
Yea! :P


Bagi Sesi Ikatan Tudung,dibawakan khas oleh Puan Ika Radiusite,
Siapa yang tidak kenal beliau?
Memang penjual tudung online tegar nih.
Walaupun ramai pesaing,namun nama Radiusite tetap menjadi pilihan para
peminat shawl dan tudung.
Dari pemerhatian,orangnya ramah melayani karenah pelanggan serta view product pun
cantik.
Sebab itu ramai orang menantikan produk baru dari Radiusite ini.
Sara pun sering kali terlepas peluang untuk membeli kerana
memang cepat sold out..
Bayangkan boleh jual hampir 400 helai dalam sehari..
Wah..kagum dengan kamu Ika*_*


Bagi sesi Personaliti Diri,Sarahata..:P
Saya akan menerangkan dan bercerita bagaimana mengenali diri dari segi ilmu CVT.
Teknik getaran,bunyi dan warna serta tarikh lahir.
Jangan risau saya memang memiliki sijil sah dari Pusat CVT untuk menerangkan ilmu ini..
Pasti anda teruja untuk berkenalan lebih dalam dengan diri anda kan?
:)



Dibawah ini beberapa gambar tutorial gaya tudung oleh Ika Radiusite :





Wah..sangat cantik okey..
Alhamdulillah butik tudung Ika Radiusite akan dibuka Januari 2011 ini..




Shawl kasih yang memang cantik!


Jom join kalau nak dapatkan ilmu makeup,ikatan tudung serta mengenal potensi diri..
dan tidak lupa juga sesi bergambar ala model mestilah ada kan :)

kalau minat,

No comments:

Post a Comment

Komen yang elok-elok je tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...